Dan teknik mengumpulkan no telepon ini saya telah beritahu, anda boleh ambil kesempatan melalui marketplace di Shopee sebagai amnya dimana anda boleh kumpulkan kesemua no telepon ini dan gunakan sebagai salah satu teknik marketing anda atau dipanggil phone marketing.
Saya lebih selesa menggunakan what apps sebagai mekanisma teknik phone marketing kerana melalui what apps anda boleh masukkan gambar serta link. Ianya tampak lebih kemas dan meyakinkan.
Saya tidak membeli apa-apa program untuk auto what apps dan suka tak suka kena what apps secara manual dan untuk perkara ini terpaksa menggunakan bantuan orang untuk menjalankan tanggungjawab ini.
Buat masa sekarang ini kami tidak mahu mengeluarkan modal sistem auto what apps kerana untuk data phone kami belum cukup besar.
No telepon Shopee bukan sahaja anda boleh gunakan untuk produk di Shopee sahaja tetapi anda boleh gunakan untuk pelbagai tujuan lain dimana saya akan menggunakan untuk mempromosikan minyak wangi HG Perfume.
Untuk pengetahuan shoppermaniac sedang membuat projek menjual produk minyak wangi sebagai founder. Ianya bukan produk saya tetapi saya ambil kesempatan menggunakan produk ini sebagai sampel dalam projek ini.
Anda boleh baca artikel kami berkenaan projek baru kami ini DISINI
TERKINI PADA TAHUN 2023:
User data privacy is of utmost priority to Shopee. With the rise in scam messages received by some of our users, and in compliance with the Personal Data Protection Act (PDPA) or AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 , effective 9 March 2023, buyers' name and phone number will be hidden during all stages of the fulfilment process. However, buyers' addresses will still be visible, except for unpaid and completed orders.
Berrmakna Shopee tidak berikan lagi no telepon buyer anda di AWB mereka. Anda tidak boleh menyimpan lagi semua no telepon dari Shopeee efektif 9 March 2023.
SEDIHKAN ...KALAU ANDA KUMPUL DARI DULU HINGGA SEKARANG MUNGKIN DAH BANYAK DAH
Melalui data yang telah saya kumpulkan hampir setahun setengah ini, kami mempunyai cukup data untuk membuat what apps marketing ini .
Apa yang saya kena buat:
1. Material Promosi- satu gambar padat sahaja
2. Copy Writing
3. Link ke Website
Apa yang kami jangkakan:
1. 2% jualan melalui what apps marketing ini.
2. What apps blok no telepon kami .Tapi kami akan beritahu mereka jangan blok what apps kami ni.
3. Masa yang tidak mencukupi kerana kami buat secara manual dengan jumlah data no phone yang besar.
KESIMPULAN
Pentingnya Phone Marketing
Melalui keujudan Ecommerce Website dan produk sendiri maka anda dapat melihat kepentingan untuk anda menyimpan lebih awal no telepon kesemua buyer Shopee anda.
Mungkin dahulu semasa saya terangkan kepentingan phone marketing ini anda sikap endah tak endah kerana pada masa itu bisnis online anda dalam peringkat permulaan.
Dan apabila anda mempunyai produk sendiri dan anda telah keluarkan modal yang banyak. Anda kini mula nampak kepentingan menyimpan no telefon semasa anda menjadi seller Shopee. Dan anda sedar akan kepentingan phone marketing ini.
Bukti Peta Bisnis Online Shoppermaniac
Melalui phone marketing membuktikan bisnis on line adalah satu perjalanan yang panjang untuk anda berkembang.
Sebab itu dari awal, peta bisnis masterclass kami menekankan jalankan bisnis online melalui market place dropship dan pada masa yang sama anda kembangkan bisnis online anda dan mengumpul data.
Dan untuk kumpulkan data sebagai contoh phone marketing memakan masa dan akhirnya setelah anda memahami bagaimana sistem ECommerce bekerja maka anda boleh maju setapak ke hadapan kerana anda telah mempunyai ilmu serta koleksi data yang anda mahukan. Dan dalam kes saya ini ialah phone marketing .
DAPATKAN PENJELASAN WEBINAR MASTERCLASS SHOPPERMANIAC KAMI DISINI