CARA MEMULAKAN BISNES MINYAK WANGI

CARA MEMULAKAN BISNES MINYAK WANGI



Baru-baru ada rakan saya hendak memulakan bisnes baru dengan menjadi founder minyak wangi.

Saya diminta membantu beliau untuk membuat masterplan untuk projek beliau ini. 

Saya okey jer janji ada pulangan yang baik..ahaks...

Disini saya kongsikan permulaan bagaimana memulakan bisnes minyak wangi atau perfume.

Syarat Mulakan Bisnis Minyak Wangi:

1. Supplier Minyak wangi
2. Kajian Produk 
3. Fahami Undang-Undang Malaysia
4. Alatan Bisnis On Line
5. Tenaga Kerja
6. Pengurusan Kewangan
7. Mahir Sistem Marketing 


SUPPLIER MINYAK WANGI

Supplier, jenis minyak wangi, packaging dan labelling semuanya telah sedia melalui perbincangan dengan syarikat OEM ni.

Beliau bernasib baik kerana MOQ untuk setiap produk minyak wangi adalah 10 botol sahaja dengan kapasiti 30ML.

Satu tawaran yang baik tetapi kosnya  agak tinggi jika ambil 10 botol sahaja tapi masih menjana untung yang baik.

Sistem penghantaran adalah 7-10 hari. 

Buat masa sekarang saya galakkan beliau ambil dahulu kerana budget beliau tidak berapa tinggi dan beliau merancang untuk menjual 4 jenis pewangi iaitu 2 wanita dan 2 lelaki. 

Buat masa sekarang beliau masih berbincang berapa potongan yang beliau boleh dapat jika mengambil lebih dari 10 botol.

Selain itu perbincangan masih dilakukan adalah syarikat tersebut boleh membekalkan sampel wangi dalam 2ML bawah RM1.

Saya meminta beliau membuat sampel kerana minyak wangi ini jika anda buat jualan terus anda memerlukan sampel.

Dan jika anda membuat jualan online anda boleh masukkan sampel pewangi lain.
Biarlah beliau bincang meminumkan kos produk agar lebih banyak untung!!!!

Produk selesai dan mungkin akan ambil masa 3 minggu untuk packaging dan logo. 


KAJIAN PRODUK.

Beliau telah membuat kajian produk dan salah satu produk minyak wangi beliau adalah gambar diatas.

Ini bermakna  beliau membuat minyak wangi seakan-akan original dan menjual dipasaran dengan harga yang lebih murah.

Dan kesemua produk beliau buat masa sekarang ni adalah mengikut tema ni.

Ramai dah buat projek ni tapi mengikut pandangan beliau. Harga yang beliau boleh jual di pasaran adalah harga yang kompetatif dan mampu saing. Itu yang bestnya tentang berniaga minyak wangi ini .

Dan dengan Branding ala-ala eksklusif serta packaging yang baik. Beliau yakin mampu membuat jualan.

Perancangan masa hadapan ialah membuat jenama wangian sendiri. 
Untuk aku okey, janji kajian produk telah dibuat dan beliau pun bukan sehari berniaga. Lagi pakar dari saya dalam bab analysis produk.  


UNDANG-UNDANG
Buat pemula bisnes online jika anda mahu terjun sepenuh masa pada masa akan datang maka modal yang akan dikeluarkan agak besar.

Lagi baik bermula dengan ikuti undang- undang syarikat Malaysia.

Pertama pastikan anda telah daftar bisnes anda di SSM dan kemudian buka akaun bisnes di bank pilihan anda.

Ini semua penting agar tidak ujud masalah akan datang dengan pengeluaran wang dan LHDN nanti.

Ini semua member aku ada. Cuma nasihat saya untuk yang benar2 nak terjun ke dunia bisnes secara serius.

Buat sementara kalau tak der opis boleh ler buat kat rumah, kalau dah berkembang dan nak buka opis jangan lupa minta lesen dengan PBT.

Kalau boleh jangan lupa daftarkan pekerja kau KWSOPdan Socso jika ada apa-apa hal mudah nak claim.


ALATAN
Sebelum mulakan bisnes online anda harus mempunyai alatan yang lengkap.

Iaitu tempat simpan produk dan uruskan penghantaran produk. 
Tempat simpan produk boleh sahaja simpan di dalam rumah anda dahulu. 

Lagi pun sebagai pemula bisnes online anda takkan oder produk terlalu banyak kan. Kena jaga inventori loss beb.

Kedua ialah anda kena beli thermal printer, pembungkusan produk seperti bubble wrapping dan tape.

Ini semua duit yang harus anda ketepikan atau hangus sebelum memulakan projek bisnes ini.


TENAGA KERJA
Buat masa sekarang anda tidak perlukan pekerja sebab bisnes baru nak startkan.

Suami, isteri dan adik beradik boleh tolong anda dahulu buat permulaan.

Untuk saya ni bukan masalah besar sebab permulaan tenaga kerja ialah satu langkah panjang dan anda akan memahami dalam masa terdekat.

Lagi pun jika bisnes meletup anda boleh automasikan sistem kerja anda.


KEWANGAN
Anda kena buat dahulu senarai kertas kerja pengiraan lengkap semua kos produk anda hingga penghantaran.

Supaya anda boleh trace keluar masuk duit anda nanti. Dan tahu margin untung sebenar anda.

Ini kena buat sebelum produk anda launching.


MARKETING

Inilah yang paling susah. Anda kena buat marketing sebelum dan selepas produk launching.

Terdapat 2 jenis marketing utama yang anda boleh fikirkan;
1. Jual Sendiri 
2. Buat dropship.

Sebelum anda membuat salah satu atau kedua-dua perkara ini. Anda kena pastikan :
1. Semua material promosi telah siap sedia.
2. Pastikan Facbook Pages /Instagram/ Tik Tok telah siap sedia,
3. Budget untuk Iklan Berbayar sebulan.
5. Market place Shopee dan Lazada
6. Website sales pages atau landing pages.


JIka anda jual sendiri tiada masalah dimana anda boleh trace hasil jualan sahaja.

Tetapi jika anda mahukan sistem dropship. Anda memerlukan tugas yang banyak dimana anda kena ada table proft mesti ada summary jualan dan pelbagai lagi.


Kesimpulan 
Membuat sesuatu bisnes ini memerlukan modal dan ilmu.
Dan paling penting kesabaran yang tinggi 





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama