FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK - BLOG SHOPPERMANIAC

FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK

FACEBOOK ADS UNTUK SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL SHOPPERMANIAC



UPDATED :OCT 2023

Hari ini saya telah membuat Facebooks Ads untuk You Tube Channel Shoppermaniac dengan tujuan untuk mendapatkan lebih ramai subscriber dan lebih ramai menonton video kami ni.


Buat masa sekarang dengan jumlah subscriber 1760 ( 28/11/22)  orang agak selesa tetapi saya rasa saya hendak boost jumlah subscriber dengan membuat Facebook Ads.


You Tube Channel Shoppermaniac subscriber


PELANGGAN EBOOK 

Tujuan saya membuat iklan berbayar untuk You Tube Channel Shoppermaniac subscriber ialah dengan jumlah subcriber yang tinggi maka peluang untuk saya menjual Masterclass Shoppermaniac akan lebih tinggi kerana mereka yang telah subcriber You Tube Channel Shoppermaniac ini akan lebih engage dan mudah untuk menjual produk saya ini.


Ini kerana kepercayaan telah ujud dan potensi adalah lebih tinggi berbanding membuat iklan. Pelanggan dari You Tube Channel Shoppermaniac adalah pelanggan warm dan hot audience saya.


PENDAPATAN PASIF 

Kedua ialah You Tube Channel Shoppermaniac telah monetize dan menerima bayaran iklan maka untuk meningkatkan view You Tube Channel Shoppermaniac secara tak langsung akan meningkatkan pendapatan pasif You Tube Channel ini.

Dengan pelbagai kemudahan You Tube berikan untuk creator menjana pendapatan seperti Membership, Super Thanks adalah peluang yang tak patut saya sia-siakan dalam meningkatkan pendapatan pasif ini.


BRANDING SHOPPERMANIAC

Permulaan branding Shoppermaniac bermula dengan You Tube Channel Shoppermaniac ini dan ia berkembang dengan kedai Shopee Shoppermaniac dan kemudian berkembang dengan ECommerce kami Shopppermaniacstore.


Manakala dari sosial media pula TIK TOK dan Instagram kami telah membina jenama ini sejak awal lagi dan ia semakin berkembang. Cuma facebook kami menggunakan branding lama dan saya mempunyai perancangan membuat branding baru nanti di Facebook.


IDEA KONTEN 

Dalam You Tube Channel Shoppermaniac setiap 3 hari saya akan post konten baru dan saya agak risau suatu hari ini saya akan kehabisan modal idea dan saya memerlukan idea yang baru dan melalui subcriber yang banyak serta komen dari pembaca.


Akan membolehkan saya terus berkarya dan terus berkarya membantu semua pihak yang ingin menceburi bidang bisnis on line terutama Shopee.



KESIMPULAN 

Dengan alasan ini maka saya mengubah strategi semula membuat iklan berbayar dengan promosikan You Tube Channel Shoppermaniac subscriber dan saya akan mendapat faedah tiga dalam satu.


Ini adalah salah satu teknik eksperimen yang saya lakukan untuk melihat keberkesanan iklan berbayar You Tube Channel Shoppermaniac subscriber ini dan jika berjaya maka syukur alhamdulilah.


You Tube dan Blog kini merupakan passion saya dan saya telah bersedia mengembangkan You Tube Channel ini pada tahun 2023 ke arah yang lebih baik.


Apa pendapat anda dan mari kita lihat adakah hipotesis saya ini akan berjaya..


You Tube Channel Shoppermaniac subscriber

KENAPA YOU TUBE SHOPPERMANIAC PATUT MENJADI PILIHAN ANDA


KESIMPULAN BUAT FB ADS UNTUK YOU TUBE CHANNEL


Pada dasarnya saya gagal mencapai target You Tube Subcriber yang saya kehendaki. Boleh dikatakan FB Ads selama 14 hari adalah tidak berbaloi dengan subcriber yang saya dapat.

Saya mempunyai CTR yang baik dan CPC yang baik tetapi jumlah subcriber amat rendah.

Maka ini membuktikan demografi atau Ads Set dan Ads saya tiada masalah tetapi  landing pages saya bermasalah iaitu You Tube Channel saya sendiri.


Konten yang tidak menarik atau tidak berkualiti disebabkan visual dan audio yang teruk

FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK


Konten yang dihasilkan oada permulaan oleh saya amatkah teruk sekali dari segi visual dan audio. Ini kerana kami todak mempunyai pengalaman bagaimana membuat video dan audio.

Dimana saya menggunakan mikrophone beli dari Shopee dengan harga RM20 sahaja. Dan kemudian apabila saya menganalisa terdapat mikrophone yang agak baik iaitu RM400 serta juga saya membeli soundcard jika saya membuat video melalui PC .


Manakala untuk kamera pula saya masih menggunakan handphone Note 9 saya sebagai kamera utama.



Atas sebab inilah walau saya berjaya membawa mereka ke You Tube Channel saya tetapi masih gagal mencapai target subcriber yang saya mahukan.

Persaingan yang sengit

FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK

Persaingan di platform YouTube sangat sengit. Anda perlu memastikan bahwa konten anda unik dan memberikan nilai tambah kepada penonton untuk memenangkan persaingan dan memperoleh pelanggan.


Dalam You Tube Channel ini kami, niche edukasi iaitu Tips Shopee, Blogging dan Facebook Ads  bukan saya seorang sahaja tetapi beribu lagi membuat niche yang sama. 


Sama seperti anda berniaga di Shopee sebagai dropship. Anda menghadapi persaingan sengit kan.



TINDAKAN SEPANJANG TAHUN 2023 UNTUK MENCAPAI SUBCRIBER


FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK

MEMBERSHIP VIDIQ UNTUK YOU TUBE CHANNEL

Untuk tahun 2023, kami menggunakan perkhidmatan Vidiq untuk membantu kami meninggikan trafik dan SEO You Tube Channel kami.

Saya mengambil PRO plan untuk setahun dengan harga dalam RM400 juga. Tapi yang terbaik ialah Vidiq BOOST PLAN tapi kami nak mencuba dahulu PRO PLAN adakah ia membantu kami.

Dan hampir 5 bulan saya menggunakan Vidiq, saya mendapati ianya amat membantu dalam menjana trafik organik ke You Tube Channel 


SHOOPERMANIAC MENJADI MEMBERSHIP VIDOQ UNTUK YOU TUBE CHANNEL

SHOOPERMANIAC MENJADI MEMBERSHIP VIDOQ UNTUK YOU TUBE CHANNEL


Dari data yang diberikan anda dapat melihat perkembangan dari segi view yang baik di You Tube Channel kami ini. Ini kerana saya tidak hadapi masalah dari segi mencari kata kunci atau keyword yang baik tetapi rendah saingan. 


GADGET TERKINI UNTUK YOU TUBE STUDIO

Saya mengemas kini You Tube Channel Studio saya dengan membeli mikrophone yang berkualiti tinggi dan baru-baru ini menukar PC Desktop yang lama kepada laptop baru.

Ini memudahkan saya membuat konten yang lebih berkualiti dan selesa untuk pendengar You Tube Channel kami.

FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK


 KONSISTEN 

2 TAHUN YOU TUBE CHANNEL 2000 SUBSCRIBER. KENAPA LAMANYA?
DATA DARI NOV 2022

FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK
DATA TERKINI OCT 2023



Dalam soal konsisten saya adalah seorang yang konsisten membuat video serta postkan hampir setiap hari dan kini video saya berjumlah 969 video !!!


Dengan riaknya saya mengatakan anda tidak mampu untuk mengatasi konsisten saya dalam membuat video You Tube Channel sebab saya tahu dalam sosial media untuk berjaya ialah konsistensi termasuk jika anda membuat blog, ia juga melibatkan konsisten menghasilkan konten supaya peluang anda di cari oleh algoritma lebih baik.


Selain itu, penonton ingin tahu apa yang dapat mereka harapkan dari saluran YouTube Anda. Jika Anda tidak konsisten dengan waktu upload atau jenis konten yang dihasilkan, penonton mungkin akan kehilangan minat dan tidak berlangganan saluran Anda




YOU TUBE CHANNEL SHOPPERMANIAC BERKEMBANG SECARA ORGANIK

FACEBOOK ADS UNTUK YOU TUBE? SESUAI ATAU TIDAK

Sehingga Oct 2023, You Tube Channel kami telah berkembang walau pun kami tidak membuat Facebook Ads.

Ia berkembang sejajar dengan ilmu dan konsisten membuat post amat membantu kami mengembangkan You Tube Channel kami.

Pangajaran pertama yang saya pelajari ialah dalam sosial media, apa yang penting ialah konsisten dan kena percaya perjalanannya panjang dan mengambil masa.

Kedua ialah ilmu mesti ada dalam semua perkara yang anda hendak lakukan. Tak guna membuat Facebook Ads jika "landing pages" dan dalam artikel ini ialah video kami tidak berkualiti dan memberi impak kepada pendengar anda.

 

Catat Ulasan