SATU KELEBIHAN BERBLOGGING DAN INI YANG PALING UTAMA
Ramai yang akan mengatakan blogging adalah salah satu teknik dalam bidang bisnis on line mencari pendapatan dengan menjual produk dan disamping itu menjana pendapatan pasif.
Itulah impiansetiap blogger yang kita kenali dan itulah target mereka. Maka mereka pun bersusah payah membuat artikel yang mesra SEO serta membuat beberapa konten yang berkait rapat dengan produk tertentu supaya Google dapat mengiktiraf autoriti mereka dalam produk tersebut.
Dan pada masa kini Gppgle mahukan artikel yang bersifat "Google Helpful Content" iaitu penerangan sesuatu tajuk yang lengkap dengan data, infografik serta malumat yang boleh dipercayai.
Maka anda akan membuat kajian dan membuat perbandingan artikel agar artikel anda berada di enjin carian pertama dan melalui enjin carian pertama potensi untuk menjual produk tersebut secar organik amat tinggi tanpa perlu mengeluarkan modal untuk iklan berbayar,
Kajian bukan sahaja melibat data artikel sahaja tetapi melalui kata kunci teruatam "Search Intent" yang dicari oleh pengguna. Malah teknik On Page SEO harus dipraktiskan sepenuhnya di artikel ini agar lebih berpotensi untuk di ranking oleh Google.
Ini belum lagi melibatkan memasukkan gambar yang menarik perhatian dan kalau nak gambar lain daripada yang lain anda kena ambil gambar sendiri atau menggunakan aplikasi khas seperti CANVA untuk kasi gambar tersebut nampak gah!!!
Adakah cukup dengan gambar sahaja. Kalau ada video pun bagus juga,. Maka anda akan membuat video berkisar tentang tajuk artikel anda dan anda masukkan video ini dalam artikel tersebut agar pembaca mempunyai pilihan membaca dan menonton video anda.
NAMUN ANDA LUPA melalui semua perit getir membuat sebuah artikel ini NILAI TERPENTING yang akan anda perolehi ialah ILMU.
Melalui kajian data melalui tajuk artikel anda itu, Anda akan memperolehi ilmu dari tajuk tersebut. Anda terpaksa belajar mencari maklumat secara tak sengaja pada mulanya bukan ilmu yang anda kejar tetapi SEO serta ranking dari Google.
Belum lagi ilmu yang terpaksa saya pelajari membuat video dan menerangkan pada pengguna anda. Secara tak langsung anda telah memperolehi ilmu video!!!!!!
Inilah nilai yang saya mahukan sebagai seorang blogger dan sebab itu saya kekal berblogging selama 12 tahun tanpa henti kerana ini.
Ya, wang itu penting tetapi sebagai pendorong utama dan sekaligus saya tak lupa faedah lain yang lebih besar saya terima.
