Tujuan utama kita membuat blog adalah untuk menjual produk dengan analisa data yang lengkap mengenai topik tersebut dan akhirnya anda akan menjana hasil dari jualan produk tersebut samada dropship atau affiliate.
Selain dari itu anda boleh menjana pendapatan pasif dengan memasukkan iklan berbayar di blog anda dan jika sesiapa klik anda akan mendapat bayaran tertentu,
Itulah salah satu sifat berblogging dimana sebab utama ialah hendak menjana pendapatan.
Tetapi kita sering kali terlupa bahawa dengan berblogging, faedah terbesar yang akan anda perolehi bukannya semata-mata pelajari SEO, buat duit, jadi femes tetapi faedah terbesar ialah ILMU.
Jika ini menjadi sandaran anda dalam berblogging maka anda akan terus berblogging tanpa henti kerana cintakan ilmu. Ini yang menjadi pendorong kepada saya dalam berblogging.
Sebagai contoh anda menjual produk pembunuh semut dan salah satu teknik untuk memastikan artikel anda dianggap sebagai autoriti ialah membuat artikel berkaitan tentang semut. Bukan semata-mata tentang pembunuh semut.
Tetapi beberapa artikel yang berkaitan dengan semut seperti jenis pembiakan semut, jenis-jenis semut, beza semut rumah dan semut pokok dan pelbagai lagi agar Google akan melihat anda mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut sekaligus boleh ranking artikel anda boleh dilonjakkan ke enjin carian pertama.
Kenapa anda harus membuat sedemikian adalah kerana algoritma Google iaitu "Helpful Content" mahukan anda membuat perkara sedemikian dan padahal sebelum ini pun teknik ini telah diamalkan agar artikel anda mudah diindeks. Cuma kali ini Google menekankan perkara ini.
Disebabkan teknik ini harus diamalkan setiap kali anda membuat artikel maka anda suka tak suka kena pelajari benda-benda yang baru yang pada mulanya dianggap tekanan tetapi disebaliknya ialah memperolehi ilmu. Sebelum ini langsung tak tahu tentang semut dan kini anda pakar semut !!!
Inilah kelebihan yang paling utama sebagai blogger dan saya menggangap inilah satu-satunya faedah dari berblogging.