Contoh Nama Kedai Shopee Yang Menarik dan Unik - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Contoh Nama Kedai Shopee Yang Menarik dan Unik

Contoh Nama Kedai Shopee Yang Menarik dan Unik

Contoh Nama Kedai Shopee Yang Menarik dan Unik
Ini adalah brand yang kami gunakan dalam Master Class kami 

Untuk seller baru yang baru hendak berniaga di Shopee , website atau apa-apa pun akan memilih nama branding mereka terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan bisnis on line mereka.


Apa yang saya lihat mereka tidak mengambil peduli akan nama kedai mereka dan ianya sesuatu yang merugikan pada masa akan datang. Untuk membuat nama kedai ini anda harus mempunyai brand yang memperkenalkan niche anda. 


Brand dan niche anda haruslah selari agar ia  boleh digunakan pada masa akan datang dan sudah tentu ia harus mempunyai nilai yang profesional.

Nama kedai anda haruslah yang menarik dan unik dan mudah pelanggan anda mengingatinya dan mereka akan menjadi repeating customer.


Niche: Kesihatan / kuruskan badan / putihkan kulit yang kita lihat nama kedai mereka ini kita dah tahu branding dan niche yang diberikan.

1. PakarLemak
2. GuruKulit
3. GengGym
4. KurusPecut
5. MamaGebu

Namun, contoh nama sesuai untuk perniagaan online apa yang sesuai untuk syarikat anda dan bagaimanakah anda ingin tahu nama apa yang sesuai untuk digunakan? Oleh yang demikian, saya akan kongsikan beberapa tips yang amat bermanfaat untuk membantu anda memilih nama sesuai untuk perniagaan online anda sama ada perniagaan konvensional mahupun perniagaan online.


Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online Yang Boleh Digunakan


Perkara yang perlu diutamakan apabila anda ingin memilih nama sesuai untuk perniagaan online anda ialah kesesuaian nama tersebut. Sebagai contoh, jika anda menguruskan perniagaan untuk membekal makanan dan bahan mentah, mesti pelik dan tiada kena mengena jika anda namakan perniagaan anda sebagai Kedai Elektrik Ahmad. Apa yang saya maksudkan di sini ialah nama tersebut perlulah ada kaitan dengan sifat perniagaan yang anda tubuhkan.


Apabila anda menggunakan nama perniagaan yang melambangkan jenis perniagaan yang anda jalankan, para pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat atau servis tersebut akan memahami dengan serta merta tentang sifat perniagaan yang anda tawarkan. 


Kunci utama nama perniagaan anda ialah untuk tidak mengelirukan para pelanggan untuk berurusan dengan anda serta memudahkan para pelanggan untuk mencari khidmat perniagaan anda apabila diperlukan.


Mudah Untuk Diingati


Bayangkan jika salah seorang dari pelanggan tetap anda sedang bersembang dengan kawannya dan dia ingin mencadangkan kawannya untuk menggunakan servis yang syarikat atau perniagaan anda sedang tawarkan. 


Apabila kawannya bertanya apakah nama syarikat anda? Maka dia memberitahu kepadanya nama syarikat anda ialah Syarikat Isthmus conglomerate. Anda rasa kawannya akan ingat nama syarikat anda?


Individu tersebut semestinya akan lupa nama syarikat anda apabila dia ingin mengikut cadangan rakannya itu untuk menggunakan servis syarikat anda kerana nama syarikat anda amat susah untuk dieja dan sukar untuk diingati. Nama syarikat yang bagus perlulah mudah untuk diingati. 


Sebagai contoh, syarikat courier seperti Poslaju sangat mudah untuk diingati kerana namanya berkaitan dengan sifat perniagaannya dan pelanggan boleh mengingati nama tersebut dengan mudah kerana mereka inginkan proses pengeposan barangan mereka sampai ke destinasi dengan cepat atau laju.


Catat Ulasan