BERAPA LAMA SOSIAL MEDIA ANDA UNTUK VIRAL - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

BERAPA LAMA SOSIAL MEDIA ANDA UNTUK VIRAL

BERAPA LAMA SOSIAL MEDIA ANDA UNTUK VIRAL
BERAPA LAMA SOSIAL MEDIA ANDA UNTUK VIRAL

Persoalan yang sering bermain di kotak fikiran anda iaitu berapa lama sosial media anda akan viral.

Kalau tak viral pun berapa lama ia akan mengambil masa untuk mendapatkan 1000- 5000 follower minimum.

Kadangkala setelah 3 bulan anda membuka akaun sosial media anda dan anda dapati follower anda hanya 200 orang. Itu pun dah cukup bernasib baik..hahahaha.
Manakala view pula dalam 15 view dan kadang- kadang 100 orang lihat post anda.

Dan atas sebab ini ramai yang kecundang awal dalam mencapai cita- cita mereka untuk sosial media mereka.


Sebelum kita pergi melihat data sebenar berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mencapai target sosial media anda.

Kita lihat kenapa anda harus bersusah payah untuk mencari follower dan like sosial media anda.

SAYA MAHU WANG.

Untuk saya hanya satu iaitu wang. Jangan pertikaikan pendapat saya ni, sebab akhirnya atau end of result anda mahukan wang.

Melalui kekuatan sosial media yang power dan kuat anda mampu menjana wang dengan pelbagai cara.

Antaranya:


Influencer

Inilah impian anak-anak muda zaman sekarang iaitu menjadi viral dengan post anda. Kalau anda viral maka anda sudah tentu mempunyai follower yang ramai.

Ramai nanti syarikat- syarikat besar akan cari anda untuk membuat review produk mereka.

Nak buat review kena ler bayar pada anda. Inilah income tambahan anda. Dan pada masa sekarang, teknik terbaik dan termurah ialah menggunakan influencer.


Jual Produk

Anda seorang bisnis online dan dengan sosial media yang kuat maka anda mampu menjual produk yang sesuai dengan niche anda.

Ianya tidak memerlukan kos pengiklanan. Zero marketing kos.
Anda gunakan platform anda yang popular ini untuk menjual produk anda.


Branding

Dengan kekuatan sosial media anda dapat membina branding diri anda atau syarikat anda dengan kuat.

Dengan Branding yang kuat. Kepercayaan masyarakat pada anda sudah cukup untuk anda memaksimumkan cara mendapatkan wang.

Untuk saya melalui Branding, anda boleh menjadi influencer sekaligus menjadi bisnis owner menjual produk dengan Branding anda.


Pendapatan Pasif

Ada sesetengah sosial media memberikan iklan berbayar jika anda berjaya mencapai target mereka.

Sebagai contoh, You Tube akan masukkan iklan di video anda jika anda mempunyai 1000 subcriber dan 4000 jam waktu tonton.

Ini adalah pendapatan pasif untuk anda disamping kukuhkan Branding anda.



BERAPA LAMA SEBELUM VIRAL


Seronokkan menjadi viral di sosial media. Tetapi berapa lamakah uang perlu anda ambil untuk mencapai cita-cita ini.

Dibawah ini adalah gambarajah masa yang akan diambil oleh anda.


BERAPA LAMA SOSIAL MEDIA ANDA UNTUK VIRAL



Apakah persamaan yang anda lihat dalam semua analisa masa yang harus anda ambil untuk menjadi viral. Iaitu anda membuat konten setiap hari !!!! Itulah kegagalan utama anda nanti.

Saya dah merasakan perit ni semasa membuat You Tube Channel kami ini, dimana harus membuat brain storming untuk dapatkan konten.

Tanpa konten, jangan anda bermimpi akan mencapai target anda seperti gambarajah di atas.

Dunia sosial media ini kejam beb. Ramai yang sertai sosial media dan ianya tidak akan berkurangan tapi malah akan bertambah.


Sudah tentu organik view menjadi amat susah dan salah satu untuk anda menang ialah membuat post setiap hari agar algoritma sosial media ini akan rating anda pada suatu hari nanti.

Lagi banyak post lagi berpotensi untuk anda berjaya dengan lebih cepat.

Dan bukan itu sahaja. Konten anda juga haruslah berkualiti dan mempunyai engagement dengan penonton anda.

Sekarang ni ramai yang hebat-hebat membuat editing video.  Dan anda harus bersaing dengan mereka

Dalam bidang penulisan pula seperti blogging. Pastikan penulisan anda mencangkumi semua aspek maklumat dan dengan data yang kuat. 

Sekadar tulis tanpa data, siapa nak baca blog anda.

Inilah isi penting yang harus anda lakukan dahulu sebelum mengeluh masa yang lama untuk menjadi viral di sosial media.

Adakah anda sudah bersedia. Sanggup korbankan masa, perah otak buat konten dan sentiasa kena perbaiki ilmu membuat editing dan laburkan sedikit duit untuk membeli perkakasan.

Jika ya, good luck.
Saya ada membuat video pedih dan letih selama 1 tahun untuk saya mencapai 1000 subcriber You Tube Channel saya 









Catat Ulasan