JUMLAH VIDEO DIPERLUKAN UNTUK 1000 SUBCRIBER YOU TUBE

BERAPA JUMLAH VIDEO YANG DIPERLUKAN UNTUK 1000 SUBCRIBER YOU TUBE

BERAPA JUMLAH VIDEO YANG DIPERLUKAN UNTUK 1000 SUBCRIBER  YOU TUBE 

BERAPA JUMLAH VIDEO YANG DIPERLUKAN UNTUK 1000 SUBCRIBER  YOU TUBE


Satu persoalan yang bermain di kotak fikiran setiap mereka yang mahukan view yang tinggi di Channel mereka.  Bagi You Tuber baru sudah tentu mengalami masalah utama iaitu konten anda tidak mencukupi untuk You Tube lonjakkan video anda sebagai rekomendasi mereka atau dalam enjin carian mereka.


Maka berapakah video yang harus anda terbitkan hingga mendapat view dan 1000 subcriber yang sesuai. Sebelum kita menjawab soalan ini perkara pertama kita haruslah mengenepikan  atribut yang lain seperti kata kunci, deskripsi dan thumbnail.


Kerana ketiga-tiga ini memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kekuatan video anda di kacamata You Tube. 


Berbalik pada persoalan berapa videokah yang harus anda terbitkan untuk memastikan You Tube algoritma mengenali anda. Ada yang kata 20 video, 40 video dan 60 video hingga 100 video.


BERAPA VIDEO SEPATUTNYA?

Menurut kajian oleh salAh seorang You Tuber dari Channel Maker. Beliau telah membuat kajian dan mendapati jumlah video yang terbaik ialah 100 -150 video.

Dimana anda akan konsisten post video setiap hari jika boleh atau seminggu 2 kali atau 4 hari sekali minimum.


Ini pendapat beliau untuk You Tuber baru hendak mendapatkan view dari You Tube.

Logiknya mudah sahaja, sama seperti mana-mana sosial media yang lain. Lagi banyak anda post lagi berpotensi post anda dijumpai. 

Bayangkan jika anda post seminggu sekali berbanding rakan anda post 3 kali seminggu. Manakah berpotensi untuk mendapat view yang tinggi dari You Tube.


Menurut You Tuber Channel Maker ini, dengan pertambahan video ini dan pada 100 post ke atas anda akan melihat perubahan yang ketara dengan peningkatan view di You Tube anda


Setelah anda mendapat view yang baik ini maka anda sudah boleh membuat perancangan posting seminggu sekali tetapi jika anda baru lagi . Anda wajib push diri anda post seberapa banyak yang mungkin.


Eksperimen You Tube Shoppermaniac

Kejayaan ini anda dapat lihat saya mencapai 1000 subcriber pada bulan April  2022  yang lalu setelah hampir 12 bulan memulakan You Tube Channel ini dengan 300++ video. ( March 2021 - April 2021) 



JIka anda lihat kami menghasilkan 393 video dalam masa 12 bulan untuk mendapatkan 1000 subcriber.  Dan pada tahun 2022 anda dapat melihat kenaikan view ( garisan hijau) mula meningkat lebih daripada garisan ungu ( view) dari masa ke semasa.

Menurut Channel Maker  sepatutnya kami mendapat 1000 Subcriber dengan 100- 150 video tetapi anda kena fahami niche yang kami pilih adalah niche yang mempunyai persaingan yang kuat. Ini merupakan salah satu faktor penting dalam mendapatkan 1000 subcriber samada cepat atau lambat.


Niche kami adalah niche Bisnis On Line pada mulanya khusus pada Tips Shopee dan kemudian kami kembangkan kepada Facebook Ads dan Blogging.


Salah satu sebabnya ialah untuk mempelbagaikan konten tetapi dalam niche Bisnis On Line.

Oleh itu untuk mendapatkan 1000 subcriber key point nya ialah konsistensi, niche dan konten anda.



KONSISTENSI 

Membawa maksud konsisten membuat video setiap minggu atau setiap 3 hari. Nasihat saya ialah sebagai You Tuber baru anda harus post video setiap hari agar anda lebih cepat di tangkap dan di rekomendasikan oleh You Tube.


Dalam dunia sosial media konsistensi memainkan peranan yang amat penting samada sosial media anda ini berjaya atau tidak. Persoalan anda tidak mampu untuk membuat post seminimum 1 post video setiap hari ke You Tube Channel anda tidak boleh dibincangkan. Ianya adalah teknik wajib yang harus anda lakukan.


Konsintensi post video akan menunjukkan pada You Tube Algoritma yang You Tube Channel anda ini aktif dan signal ini akan membolehkan anda di tunjukkan di rekomendasi oleh You Tube.



NICHE

Pastikan niche yang anda pilih adalah niche yang anda mahir. Kerana anda akan membuat konten berdasarkan niche ini dan jika anda tidak mahir bagaimana anda hendak konsisten membuat konten setiap hari atau setiap minggu.


You Tube amat mementingkan niche, jangan anda campur aduk konten dengan niche yang pelbagai. Jika anda campur aduk, bagaimana You Tube Algoritma nak memahami apa is kandung atau cerita sebenar You Tube Channel anda.


Masalahnya ialah niche anda ini niche yang mempunyai persaingan tinggi atau niche yang baru dan belum ada orang buat lagi. Kalau niche yang membuat persaingan hebat maka usaha anda harus diperhebatkan dengan membuat konten lagi.


Kalau anda mempunyai niche yang tiada saingan tetapi ada carian di Google maka lebih cepat algoritma You Tube 'push" channel anda ke bahagian rekomendasi.


Seperti You Tube Channel Shoppermaniac yang membuat niche bisnis on line merupakan niche yang amat sengit dan ia berbentik pendidikan maka makan masa untuk mendapatkan 1000 subsriber.



KONTEN

Saya tidak mempunyai kemahiran membuat konten dan saya tahu konten amat penting sebagai langkah pertama untuk mendapatkan view dan subcriber yang baik.


Saya malu dan saya tidak punyai peralatan yang mencukupi untuk membuat konten yang baik walaupun saya telah mempunyai beberapa idea untuk konten-konten saya ini.


Sebelum anda memberi alasan ini, apa kata anda melihat konten-konten terawal saya sebagai "Content Creator" di You tube. Apa pendapat anda tentang video ini.


Saya andaikan anda akan katakan, audio saya tidak jelas dan penyampaian saya agak tergagap-gagap. Kenapa saya masukkan juga konten ini ke You Tube Channel saya.


Ini kerana pada masa itu saya anggap konten ini yang terbaik dari segi penyampaian dan audio. Lalu saya postkan sahaja ke You Tube.


Lama-kelamaan setelah membuat beratus video sedikit demi sedikit saya mula perbaiki gadget audio dengan beli yang murah di Shopee dan juga improve lighting untuk video.


Pengajarannya ialah all out apa yang anda ada. Kalau fikir terlalu mendalam memang takkan jadi sambil bila-bila. Padahal anda sudah membuat draft konten dan punyai 20 idea konten.


Post setiap hari dan improve diri anda. 

Ingat ini sampai bila-bila, konten is KING dan ia tetap king sampai bila-bila.



KESIMPULAN 

Untuk mendapatkan 1000 subcriber anda memerlukan 100 hingga 300 post.. Ini kesimpulan yang dapat saya berikan dengan data yang saya tunjukkan.


Ini adalah data realistik rata-rata semua You Tuber Kreator akan memperolehi 1000 subcriber.

Manakala masa yang diperlukan ialah antara 6 bulan - 1 tahun mengikut semua data yang saya kumpulkan termasuk data peribadi saya.


NAMUN terdapat juga You Tuber yang membuat 10 post pun dah boleh mencapai 1000 subcriber. Seperti saya katakan jika niche beliau tiada saingan dan penyampaian beliau menarik perhatian penonton, maka ia adalah bonus kepada anda mencapai 1000 subcriber dengan pantas.


Jangan terpengaruh dengan akidah sedemikian dan mereka yang memperolehi 1000 subcriber dalam masa yang singkat saya boleh katakan ia luck dan mempunyai skill pandai menarik perhatian penonton.


Biar kita membuat KPI yang realistik :

1. 100-300 post

2. Seminggu 2 atau 3 kali post.

3. Masa antara 6 bulan - 1 tahun.

Selepas anda membuat perkara ini dan subcribe anda masih belum mencapai apa yang anda hendaki maka anda kena upgrade dan membuat analisa.


PERSOALAN saya adakah anda boleh bersabar selama 6 bulan membuat post setiap hari. Seperti saya membuat post selama 12 bulan tanpa henti, dengan view yang tidak konsisten. Tanya diri anda sebelum anda menceburkan diri ke dunia You Tuber ini.

Anda boleh gunakan Tube Buddy iaitu sebuah mekanisme aplikasi untuk melihat SEO You Tube Channel anda. Dan ianya percuma

Catat Ulasan