KEPENTINGAN GRAFIK DESIGN DALAM DIGITAL MARKETING - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

KEPENTINGAN GRAFIK DESIGN DALAM DIGITAL MARKETING

KEPENTINGAN GRAFIK DESIGN DALAM DIGITAL MARKETING

KEPENTINGAN GRAFIK DESIGN DALAM DIGITAL MARKETING

KEPENTINGAN GRAFIK DESIGN DALAM DIGITAL MARKETING

Dalam dunia digital ini kemahiran membuat design yang baik merupakan salah satu mekanisma kejayaan yang patut anda miliki.



KENAPA PERLU MAHIR  GRAFIK DESIGN

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.

 Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.

 Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.

Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.

Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman we

Bayangkan jika anda menjual produk samada digital atau fizikal di dalam dunia internet. Mereka semua tidak merasai produk tersebut. Dan apa yang boleh meyakinkan mereka untuk membeli produk tersebut ialah design serta gambar secara visual untuk menyakinkan mereka. 

Itulah pentingnya kemahiran design dalam dunia digital ini. Manakala bagi saya sebagai You Tuber kecilan pula, salah satu aspek yang penting ialah thumbnail iaitu gambar pertama yang akan dilihat oleh pencari maklumat sebelum menonton video saya.

Kekuatan thumbnail memainkan peranan yang amat penting untuk menarik perhatian pertama ke You Tube Channel.

Grafik design bukan sahaja berkisar tentang membuat grafik tentang produk atau thumbnail seperti yang saya ceritakan ini. Tetapi ia lebih meluas samada membuat logo, branding serta pelbagai design untuk semua sosial media anda. 



MASALAH UTAMA

Masalah utama yang saya hadapi ialah saya tidak mempunyai kemahiran langsung dalam grafik design ini. Dan masalah ini saya rasa dihadapi oleh semua  pengusaha bisnis on line atau pemain sosial media di dunia ini.

Jika anda hendak mempelajari tentang ilmu grafik ini dengan detail maka ia di luar kemampuan anda. Takkan nak pergi sekolah grafik pula. Ianya tak logik !!

Cara yang terbaik ialah mengupah grafik design untuk membuat grafik untuk semua produk anda. Tetapi anda baru sahaja memulakan perniagaan on line ini dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil pekerja bidang grafik ini.

Inilah masalah utama yang dihadapi oleh saya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam dunia bisnis online saya, grafik design amat penting kerana saya menjual EBook serta mempunyai beberapa akaun sosial media yang perlu post dengan grafik yang baik serta You Tube Channel ini.

Saya bergantung sepenuhnya pada grafik design dalam memastikan perjalanan bisnis online saya ini berjalan dengan lancar.


PENYELESAIAN MASALAH GRAFIK DESIGN

Untuk menyelesaikan masalah  ini mahu tak mahu saya kena mencari aplikasi yang murah dan paling penting mudah digunakan. Saya tak mahu buang masa mempelajari aplikasi seperti  Photoshot atau Adobe yang memerlukan kemahiran yang tinggi.

Saya mahukan sebuah aplikasi yang mudah serta mempunyai templates percuma untuk saya gunakan dalam penggunaan seharian saya. Kalau boleh saya mahu membuat sebuah grafik design untuk thumbnail You Tube Channel saya dalam masa 5 minit sahaja. 

Saya tak mahu buang masa membuat grafik design sehingga berjam-jam lamanya kerana saya seorang diri dan banyak kerja lain yang saya perlu saya lakukan selain membuang masa di depan komputer membuat design. 

KEPENTINGAN GRAFIK DESIGN DALAM DIGITAL MARKETING


GRAFIK DESIGN DENGAN CANVA 

Akhirnya saya menjumpai sebuah aplikasi yang bernama CANVA iaitu sebuah aplikasi grafik design dalam semua aspek.

Yang saya suka tentang CANVA ini ianya percuma jika anda tidak mahu mengambil plan pembayaran bulanan mereka. Dengan plan percuma anda mampu memperolehi ratusan templates untuk semua sosial media anda samada Instagram, Facebook, You Tube dan sebagainya,.

Malah jika anda mahu membuat video pun ada dan semuanya adalah automasi serta disediakan templates percuma,.

Saya mengambil masa tidak lama untuk mempelajari bagaimana mengguna CANVA ini, Ia umpama macam plug and play. Semuanya tersedia untuk anda gunakan.

Untuk saya, kelebihan Canva ialah membantu saya membuat thumbnail You Tube Channel saya dengan cepat serta membantu saya membuat infografik EBook saya agar lebih menarik.

Di bawah ini beberapa kebaikan Canva ( saya copy paste..hehehehe)

Tetapi cara terbaik untuk mengetahui Canva adalah pergi ke dashboard akaun anda dan mula membina reka bentuk. Mulakan dengan salah satu daripada banyak templat (lihat tangkapan skrin).

Post Media Sosial - Dalam bahagian Media Sosial, anda mempunyai template untuk laman sosial yang paling popular termasuk, Twitter, Pinterest, Facebook dan Instagram. Setiap template sudah bersaiz ke dimensi yang betul.

Dokumen - Di bahagian Dokumen, anda mempunyai templat untuk kepala surat, penutup majalah, resume, buku tahunan dan banyak lagi.

Blogging dan eBook - Bahagian ini mempunyai template untuk meliputi buku, kertas dinding desktop, spanduk web, kolaj foto, infographic dan banyak lagi.

Bahan Pemasaran - Bahagian ini mempunyai template untuk menu, risalah, label, logo dan banyak lagi.

Media Sosial dan Pengepala E-mel - Di sini anda mempunyai template untuk pelbagai jenis tajuk untuk Facebook, YouTube, Twitter dan banyak lagi. Adakah anda mempunyai kedai Etsy? Terdapat templat untuk penutup kedai dan ikon kedai Etsy.

Peristiwa - Adakah anda perlu mengumumkan sesuatu acara? Terdapat templat dari poskad untuk program dan jemputan.

Iklan - Ini termasuk template untuk iklan Facebook dan banyak lagi.

Kesemua templat ini mempunyai dimensi yang paling popular seperti pos Instragram 1080 x 1080 piksel. Tetapi, jika anda mahu menggunakan dimensi anda sendiri, cuma klik butang Gunakan Dimensi Tersuai di bahagian atas tetingkap.


Catat Ulasan