KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.

KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.

 

KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.

KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.


KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.


Kadangkala apabila saya melihat sebahagian seller shopee yang bodoh ini membuat saya rasa marah ler.

Diatas ini adalah produk Save Value yang terbaru dan Save Value memberi margin untung yang agak tinggi hingga 25% . 

Biasanya standard kita ialah memberi 2% diskaun tak termasuk voucher kedai. Ini adalah salah satu teknik saingan yang kita amalkan di Shopee. 

Dan jika beli beberapa produk dengan jumlah yang tertentu anda akan kasi baucer kepada buyer anda.

Itu standard yang kita amalkan dalam dunia bisnis online.

2 hari lepas produk ini dikeluarkan saya lihat harga dalam RM11.50. Maka saya kurangkan kepada RM11.37

KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.
Gambar atas adalah bukti saya berikan diskaun 2% dan pada masa itu harga saya yang terendah .


Hari ini saya lihat harga produk ini telah dikurangkan menjadi RM10.80 dimana penurunan harga hingga RM0.70 beb.

Dalam dunia bisnis online teruatama di Shopee, persaingan harga adalah satu fenomena yang biasa. \

Dan dari data di atas saya melihat 2 seller memberi harga yang serupa. Saya tak tahu seller mana yang menurunkan harga yang terlebih dahulu dan diikuti oleh seller lain.

Seller pertama yang menurunkan harga itu saya panggil bodoh sebab menurunkan harga dengan kadar yang besar!!!!

Dan paling saya pening seller ini ada ambil program Shopee yang akan menolak caj service mereka hingga 7.42% jika ambil Free Shipping / 10% Cash back.

KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.
Gambar atas ini setelah ditolak caj service, seller ini hanya untung RM0.74 sahaja. 

Sepatutnya seller ini turunkan harga dengan kadar yang perlahan iaitu sedikit demi sedikit . Dan jika ada persaingan harga maka ianya boleh bertahan agak lama hingga anda mencapai margin untung yang paling rendah.

Inilah yang saya katakan seller yang bodoh dan suka menurunkan harga membabi buta hingga menyebabkan beliau mendapat untung sedikit.

Ini belum kira kos buat Shopee Ads kalau seller ini buat. Maka makin kecillah margin untung dia. Aiyaaa!!!

Margin untung RM0.74 dan buat Shopee Ads..pehhh. Manyak berani yek.

Tak per, janji ada sales walau untung kecil!!! 

Sebab itu saya pernah kata, dropship tidak mati yang mati kan dropship ialah seller shopee sendiri dan dalam masa terdekat walau ada stok yang banyak di Save Value . Seller lain tak dapat jual sebab kebodohan dia.

Dan akhirnya, harga produk ini akan menjadi seperti di bawah:

KEBODOHAN SELLER SHOPEE MEMBUNUH SELLER DROPSHIP YANG LAIN.
Tak per, janji ada untung walaupun kecil. Pemikiran bisnis yang tak matang dan membunuh rakan-rakan yang lain.

Tapi ini adalah hak mereka sebagai seller. Cuma teknik marketing beliau ini tak ngam.

Kalau saya nak turunkan harga lagi banyak pun boleh sebab Kedai Shoppermaniac tak ambil program Shopee ini. Tapi kenapa saya tak turunkan, sebab kita nak berniaga cara profesional dan cuba sedaya upaya untuk memaksimumkan keuntungan.!!

Jika anda berminat hendak mendapat Shopee Kalkulator yang saya gunakan ini supaya mudah untuk anda membuat pengiraan.  KLIK SINI


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama