LANGKAH PENUH BUKA KEDAI SHOPEE DAN GAGAL

LANGKAH PENUH BUKA KEDAI SHOPEE DAN GAGAL

LANGKAH  PENUH BUKA KEDAI SHOPEE  DAN GAGAL


SEJARAH SHOPEE HOMEMANIAC


Shoppermaniac kini membuka sebuah kedai baru iaitu "Homemaniac" pada 15 Jun 2022 dimana kami memberi fokus hanya  pada satu dropship sahaja iaitu DROPSHIP MALAYSIA. 

Perlu diingatkan dropship yang kami maksudkan disini ialah dropship auto sync dimana kesemua urusan transaksi dan jualan secara automatik.

Kenapa kami membuka sebuah kedai baru ini kerana atas desakan subcriber kami yang banyak bertanya bagaimana prosedur membuka lebih dari satu kedai dan bagaimana untuk menguruskannya dan apakah impaknya kepada sales keseluruhan dan pelbagai lagi.

Selain itu juga setelah setahun lebih You Tube Channel kami berbicara tentang satu kedai Shopee dan saya jangkakan yang telah lama ikuti kedai You Tube Channel Shoppermaniac sudah tentu mahukan penambaikan konten dan sekaligus bagaimana untuk menjana sales melalui pelbagai dropship dengan lebih dari satu kedai Shopee.

Kedai Shopee yang saya gunakan ini ialah kedai Shopee recycle yang telah lama saya tinggalkan dengan nama haniflinda dan saya menjual dropship Kumoten dengan lebih dari 3000 produk. 

Namun anda semua maklum sejak Kumoten membuat membership, saya tinggalkan Kumoten ini dan tumpukan pada Shoppermaniac yang menjual produk Save Value  (SV) dan Cico. 

Saya pernah membuat artikel pengalaman membuat dropship dengan Kumoten dan salah satu perkara yang saya malas nak layan ialah produk oversea yang ambil masa terlalu lama nak shipping dan kerap kali saya kena marah percuma...hehehehe.


Dan kini saya telah menukar nama kedai haniflinda ini kepada Homemaniac dan tumpukan pada satu dropship sahaja iaitu Dropship Malaysia. Saya nak rasa apakah kelebihan Dropship Malaysia ( DSM ) ini.

Apakah yang anda akan perolehi dengan penambaikan kedai baru ini:
1. Anda akan mengetahui selok belok DSM terus dari pengalaman saya.
2. Anda akan mengetahui adakah DSM mempunyai produk winning yang banyak seperti SV.
3. Anda berpeluang mempelajari bagaimana nak set up kedai Shopee dari kosong dan teknik Funnel yang saya gunakan.
4. Adakah DSM sesuai untuk memggunakankan Program Shopee.
5. Mengetahu kadar untung margin DSM dan pelbagai lagi.
6. Benarkah kedai Shopee baru ambil masa 6 bulan untuk dapat sales konsisten.
7. Apa pro dan kontra jaga 2 kedai Shopee.
8. Kesilapan memilih dropship dan sebabnya

Jangan buang masa lagi dan ikuti step yang saya  gunakan untuk membuka kedai Shopee ini.


DROPSHIP PILIHAN HOMEMANIAC


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC

Seperi yang saya katakan saya memilih Dropship Malaysia sebagai pilihan saya. Untuk pengetahuan untuk menyertai DSM ini anda harus menyertai Basic Plan iaitu pembayaran tahunan RM200 dan menurut DSM jika kedai anda hanya menjual produk mereka sahaja anda akan dinaikkan taraf ke Premium.

Dimana anda boleh upload sehiingga 600 produk dan free gift disediakan.

Namun buat masa sekarang jika anda sertai DSM anda boleh trial selama 3 bulan dan upload produk sebanyak 100 produk sahaja. Ok ler, buat masa sekarang saya buat trial dahulu.

Produk DSM ini kebanyakan ialah produk penjagaan rumah, hadiah dan juga sedikit barangan bayi. Namun apa yang membuat saya memilih DSM ini kerana


KELEBIHAN DROPSHIP MALAYSIA.COM

Gambar produk yang cantik.


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Kalau dibandingkan dengan syarikat dropship yang lain. DSM memenangi tempat pertama mempunyai gambar yang cantik dan potensi untuk membuat jualan lebih tinggi kalau difikrkan logiknya.

Kadar keuntungan 100%


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Kadar keuntungan yang diberikan ialah 100% dimana jika kos produk sebagai contoh RM0.25 dan jualan di Shopee ialah RM0.50 ertinya anda untuk sekali ganda.

Namun DSM telah menekankan pada semua seller DSM mereka hanya dibenarkan menurunkan harga maksimum sehingga 40% sahaja. 

40% untuk saya adalah logik setelah ditolak kos dari Shopee dan sebagainya. Apa yang menarik minat saya ialah dengan margin untung yang tinggi dan kebenaran  40% buang harga maka saya boleh membuat baucer yang tinggi, sertai kempen Shopee dan sertai Program Shopee serta membuat Shopee Ads.

Tetapi saya kena buat analisa harga produk DSM yang dijual di Shopee pula. Takkan saya seorang sahaja berpikiran hendak buang harga ,mesti ramai seller yang lain pun akan buat demikian kan. 

Shipping yang pantas

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC

Saya pernah menggunakan DSN sebelum ini dan saya akui shipping DS dalam masa 1 - 2 hari sahaja sama seperti Save Value. 

Motto DSM "Ready Stock. Ship From Malaysia Within 48 Hours" adalah jaminan shipment mereka kecuali kurier buat hal. Itu diluar kawalan DSM.



KELEMAHAN DROPSHIP MALAYSIA.COM


Membership Plan 

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Basic Plan berharga RM200 yang perlu di bayar setiap tahun. Tidak seperti Save Value ianya percuma.

Dimana kerap kali saya tekankan jika anda mahu bermula dengan dropship, bermulalah dengan save Value atau Cico kerana ianya percuma.

Buat masa sekarang ini saya gunakan free trial ( 3 bulan) dan kalau sesuai mahu tak mahu saya kena bayar membership plan ini juga.


Top Up Kredit Minimum RM200


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Minimum top up adalah RM200 dan ianya agak membebankan buat pemula Kedai Shopee yang baru berbanding Save Value minimum top up ialah RM50 sahaja.

Ini adalah hak syarikat dropship masing-masing dan anda kena ikuti peraturan yang diberikan. 

Walaupun saya ambil trial membership percuma 3 bulan namun saya terpaksa top up minimum RM200 juga sebab kalau ada jualan semua jualan saya akan pending untuk shipment nanti.

Kurier Terhad 

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


DSM hanya menerima kurier dari Shopee Ekspress dan J@T sahaja. Manakala yang lain-lain mereka tak terima,

Ini masalah pada seller Shopee yang telah diberikan kurier secara paksa oleh Shopee bukan dari pilihan atau kehendak DSM.

Jika anda mahu sertai DSM, ada terpaksa hantar permohonon menukar kurier anda jika kedai anda mengggunakan kurier selain daripada Shopee Ekspress dan J@T.

Untuk saya ini merupakan kelemahan DSN yang paling besar dan mereka harus selesaikan masalah ini terutama selepas Shopee membuat Standard Shipping untuk seller.


Kesimpulannya jika anda mahu sertai DSM pastikan perkara-perkara yang saya sebutkan ini tidak menjadi masalah awak.



MASUKKAN PRODUK DSM KE SHOPEE

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Masukkan produk dari DSM ke Shopee amat mudah dan ianya sama seperti dashboard Save Value.

Oleh itu ia tidak menjadi masalah untuk anda dan kelebihan DSM ini ialah website mereka memang pantas untuk masukkan produk ke My Store DSM anda dan juga sync ke Shopee.

Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan SV, anda dapat melihat perbezaan ketara dari segi kepantasan loading time DSM ini.

Jumlah produk sehari 


Saya masukkan sehari produk DSM ke Shopee ialah 15 produk maksima kerana tidak mahu kena banned oleh Shopee.

Jika anda masukkan semua produk sekali gus, potensi Shopee anggap anda sebagai SPAM amat tinggi.  Dan ramai seller telah melalui pengalaman ini.

Namun 15 produk sehari untuk saya adalah releven kerana setelah saya masukkan 15 produk ke Shopee saya akan membuat analisa kata kunci dan harga. Makna saya boleh membuat analisa sepenuhnya semua produk DSM.


PRODUK LISTING


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Analisa Kata Kunci atau tajuk merupakan teknik yang paling penting. Supaya produk anda mudah dijumpai oleh buyer di Shopee melalui carian kata kunci.

Saya mengunakan beberapa teknik funnel sahaja mengubah tajuk dan penuhkan 120 patah perkataan di tajuk produk.


Ubah kedudukan gambar 

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Selain itu juga semasa saya mengubah tajuk yang sesuai saya akan pastikan gambar asal produk yang diberikan oleh DSM saya pindah dan tukar dengan koleksi gambar yang disediakan supaya gambar tidak sama nanti.

Ini kerana sebagai dropship bukan anda sahaja yang menjual produk yang sama tetapi beribu-ribu seller yang lain. Jika anda tidak ubah gambar "default" yang disediakan apabila carian oleh buyer keluar maka semua gambar adalah sama dan tiada kelainan.

Jika gambar anda mempunyai kelainan walau pun menjual produk yang sama. Potensi disedari oleh pihak buyer lebih tinggi.


Analisa Harga Di Shopee

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Ini merupakan salah satu teknik yang memenatkan kerana anda perlu analisa harga yang dijual oleh pihak seller lain agar produk yang anda masukkan itu bersifat kompetatif.

Saya menggunakan excel file dan membandingkan harga yang dijual oleh Seller lain dengan produk yang sama.

Oleh itu saya ketahui harga yang diberikan oleh DSM berbanding pihak seller lain. Berapakah diskaun maksima yang saya perlu berikan setelah ditolak semua kos -kos oleh Shopee. 

Saya membanding kos Shopee menggunakan "Shopee Kalkulator Excel" setelah mendapat harga paling rendah yang di jual di Shopee samada produk ini berbaloi di jual di kedai saya.



Produk Winning

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC


Setakat pada hari ini saya telah masukkan total produk sebanyak 50 produk sahaja, Dan dengan kuantiti ini hanya menjumpai satu produk winning sahaja.

Melalui produk wining ini saya akan memeriksa sekali lagi kata kunci dan menukar gambar yang lebih baik( mungkin akan cari gambar lain di Google) dan juga video tambahan jika anda.

Mungkin deskripsi produk winning terlalu pendek dan saya boleh tambahkan lagi deskripsi mengguna bahasa English dan Malaysia.

Walaupun anda telah lakukan kata kunci yang baik tetapi apabila melibatkan produk winning anda kena upgrade produk ini lagi baik. 


Inilah tindakan saya setakat ini dan jika anda lihat untuk mengguna funnel Produk Listing adalah cabaran yang paling utama. Terlalu banyak kerja yang anda harus lakukan untuk satu funnel ini sahaja.

Inilah Sales Funnel Shopee yang saya gunakan ke atas kedai Homemaniac dan kedai-kedai Shopee yang lain. 

Bukan senang mahu gunakan Funnel kami tetapi jika anda ikuti dengan sabar dan teliti maka sudah pasti anda akan berjaya.


Perancangan seterusnya ialah kami membuat marketing pada semua produk DSM ini dan perlu diingat produk ini memberi keuntungan 100 % tetapi DSM menegaskan pengurangan harga maksima hanyalah 40% sahaja.




MARKETING HOMEMANIAC

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Marketing Funnel adalah funnel ketiga kami dalam Sales Funnel Shopee kami. Di dalam teknik ini kami memberi pengurangan harga pada produk melalui beberapa marketing yang disediakan oleh Shopee.

Kami pecahkan dua jenis marketing yang kami gunakan disini; 

Marketing umum 

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Marketing umum ialah kami memberi 2% diskaun pada semua produk DSM yang kami letak di kedai Shopee ini. Ini adalah salah satu tarikan pada buyer kami dimana semua produk kekal 2% diskaun.


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2

Kedua kami memberi New Follower potongan 5% lagi jika mereka follow kami dan membeli produk kami. Ini adalah marketing asas yang semua seller gunakan dan wajib anda gunakan jika mahu kembangkan bisnis anda di Shopee.


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Kami juga membuat spin ( shop prize) kepada buyer yang bertuah. Jumlah yang kami laburkan amat kecil sekali. Dan ia tidak memberi impak yang besar namun tujuan kami membuat spin ini untuk mendorong buyer membeli produk kami di kedai Shopee Homemaniac ini.


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2

Kami juga sertai kempen-kempen oleh Shopee untuk mendapatkan "exposer" oleh Shopee dimana salah satunya kami sertai paydat campaign dan potinan harga mengikut beberapa produk pilihan kami berikan potongan 10% dengan minimum basket RM50.

Anda kena sertai kempen-kempen ini dan di Save Value kami juga aktif tetapi kami berikan dalam 3% sahaja. Bergantung pada margin untung anda.


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Kami juga sertai Program Shopee Free Shipping RM15% dan 10% cashback yang menelan 7.42% setiap harga produk kami.


Saya kerap katakan jangan sertai program Shopee jika anda sebagai dropship tetapi untuk kali ini saya hanya ingin melihat impak prgram Shopee terhadap sales kami. Dan kami jangkakan tiada impak yang besar.


Program Shopee ini adalah program sementara sahaja hingga kami opt out nanti.


TOTAL KOS Marketing wajib kami :

Diskaun : 2% 
Program Shopee : 7.42% 
tidak termasuk caj wajib Transcation dan Commission fee sebanyak 4.24% 
TOTAL WAJIB LOSS : 13.66% 

Andai kata ada new follower dan kempen:

New Follower: 5% 
Kempen: 10% 
TOTAL LOSS : 15%

Tapi yang ini bukan semua buyer akan impak tetapi segelintir sahaja.
Jika berlaku maka total wajib loss dan tambahan diskaun : 28.66%

Saya masih untung lagi kerana saya dibenarkan untuk buang harga sehingga 40%.
Baki peratusan yang masih saya boleh berikan ialah: 11% jika ambil kiraan keseluruhan peratusan termasuk kempen. Tapi data ini tak lengkap, sepatutnya saya ambil kos wajib sahaja ( 40% - 13.66% = 26.34%)

Jalan selamat ialah saya campurkan semua dan ada baki 11% dan lebihan ini saya gunakan untuk membuat marketing khusus.


Marketing Khusus

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Marketing khusus ialah saya memberi potongan harga tambahan pada produk yang spesifik.

Saya boleh berikan diskaun tambahan pada  add on deal atau bundle deal pada produk yang spesifik. 

Atau saya membuat voucher produk-produk tertentu sehingga 11% dan mereka ia akan terpapar pada produk tersebut.

Atau saya boleh buat voucher istimewa khas untuk pembeli terpilih yang saya chat broadcast atau what apps mereka sehingga 11% .Hanya mereka yang mempunyai no boucher ini sahaja akan dapat 11% potongan.

Inilah marketing yang saya akan gunakan dan peratusan potongan yang akan saya berikan pada semua produk dan spesifik produk terutama produk winning. 

Marketing amat penting dalam bisnis online dan pengiraan yang betul juga amat penting untuk mengelakkan kerugian kelak.



MAINTENANCE HOMEMANIAC


TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Sebagai sebuah kedai Shopee yang baru, tidak banyak maintenance yang kami harus lakukan. Funnel Maintenance ini merupakan salah satu funnel yang amat penting untuk mengekalkan konsisten kedai anda.

Sebagai contoh total produk yang telah kami masukkan kini 100 produk tetapi kami tidak berhenti di sini sahaja malah kami kena teruskan masukkan produk baru dan ikuti semua step permulaan dan dalam funnel maintenance ini kami ingin menambahkan lagi kuantiti produk winning melalui penambahan produk.

Maintenance mempunyai pelbagai tugas dan semua ini telah saya terangkan dalam Sales Funnel Shopee kami ini.


ADVANCED SALES

TUTORIAL PENUH BUKA KEDAI SHOPEE "HOMEMANIAC" - Part 2


Langkah terakhir dalam bootkan jualan di Shopee ialah kami menggunakan platform luar seperti iklan berbayar Facebooks Ads dan juga membina wesbite.

Kita tidak mahu mendapatkan organik sales dari Shopee sahaja tetapi jika boleh mahu dapatkan organik sales diluar platform Shopee dan sebagai contoh organik dari Google.


Guna website 



Sebagai contoh di kedai Shopee "Homemaniac" kami memasukkan produk kami di website kami iaitu Shoppermaniac dan membuat link ke kedai Shopee kami.

Inilah teknik Advanced Sales dan ianya amat power jika anda bijak menggunakannya tetapi ia memgambil masa terutama melalui website.


KESIMPULAN

Sebagai dropship anda suka tak suka harus kerja lebih  sedikit berbanding founder kerana anda tidak mempunyai produk winning lagi dan jumlah produk yang banyak perlu di selia dengan baik.

Jika anda mahu dapatkan teknik yang betul membuka dan mempromosikan kedai Shopee anda dengan cara yang betul dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP kami dan dapatkan sekarang untuk layak mendapat kesemua Ebook kami agar anda lebih maju ke hadapan.

Sekarang kita nantikan perjalanan Homemaniac Shopee kami.


PERJALANAN AKHIR KAMI DAN PENGAJARAN DENGAN DSM


Homemaniac Shopee iaitu kedai Shopee eksperimen saya yang terbaru menggunakan DROPSHIP MALAYSIA tidak menunjukkan apa-apa perubahan yang ketara atau boleh dikatakan tiada langsung jualan pada kedai ini. 

Sememang tekaan saya betul pada artikel saya yang terdahulu bahawa DROPSHIP MALAYSIA ( DSM) tidak sesuai untuk dijadikan sebagai dropship di Shopee.


Disini saya ingin menyangkal apa-apa dakwaan saya sengaja menjatuhkan DSM. Ini berdasarkan analisa saya yang telah menggguna DSM hampir 6 bulan dan mendapati ianya sukar mendapatkan jualan.



PENYEBAB TIADA SALES 



Program Shopee Tidak Membantu 

Untuk pengetahuan saya menggunakan program Shopee  RM15 FREE SHIPPING and 10% CASHBACK pun tidak membantu jualan langsung. Ini bermakna program Shopee pun tak boleh pakai..heheheh. 


Program ini akan menyebabkan saya kehilangan 7.42% dari margin keuntungan dan berharap ada boost dari Shopee. Ianya hanya impian sahaja.





Tidak Membuat Shopee Ads 

Saya langsung tidak membuat Shopee Ads sebab saya mengambil Program Shopee sahaja dah memakan keuntungan saya 7.42 belum lagi termasuk transcation fee dan commision fee dengan jumlah 4.24% .  Total loss saya ialah 11.6% .

Saya tak mampu untuk membuat Shopee Ads jika saya terus mengambil Program Shopee ini.



Saingan harga

Ini adalah yang paling ketara sekali dimana harga produk DSM semuanya terlalu rendah dan jika mahu bersaing. Saya akan untung 2%-3% sahaja. Buat apa buat bisnis kalau untung 3%.


Sebab utama persaingan harga hampir keseluruhan produk adalah kerana produk-produk DSM tidak dikemaskini. Semuanya produk yang telah lama berada di pasaran dan sudah tentu tiada trending lagi.


Inilah kelamahan paling ketara DSM dimana produk mereka adalah produk tepu dan saingan harga terlalu rendah untuk anda lawan. Memang tiada langsung produk winning yang boleh anda jumpai.


Dan saya jumpai satu laman yang menjual semua produk DSM dengan harga yang rendah. Saya rasa dropship DSM yang membuka kedai Shopee ini. Tetapi saya kurang pasti




KESIMPULAN

Dengan caj RM300 untuk setahun dan berjanji ada free gift semuanya palsu. Nasihat saya untuk dropshipmalaysia.com untuk anda berjaya sebagai dropship. Perkara pertama yang anda kena lakukan ialah memperkenalkan produk terbaru.


Dah setahun produk baru tiada dalam senarai new arrival DSM dan saya amat kecewa dengan prestasi DSM tambahan lagi yuran paling mahal dropship di Malaysia ialah DSM tetapi saya melihat Save Value dan Kumoten lagi terbaik.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama