Ramai yang mengatakan bahawa dropship telah mati dan bisnis online menggunakan dropship tidak relevan lagi.
Dropship yang dimaksudkan ialah dropship syarikat besar seperti Ali Ekspres, Save Value, Kumoten dan sebagainya yang mempunyai produk yang banyak dan dijual oleh ramai seller. Inilah dropship yang dimaksudkan sebagai mati.
Ini kerana persaingan antara dropship ini terlalu hebat hingga menyebabkan sukar untuk menjual produk dropship ini. Dan saya secara peribadi jika ditanya adakah dropship ini telah mati?
Sebenarnya untuk saya dropship ini tidak mati dan ramai mengatakan ia mati kerana disebabkan 3 perkara ini dan bagimana untuk atasinya akan saya jelaskan di bawah.
TERLALU RAMAI SELLER
Sebagai contoh jika anda sertai dropship Save Value maka anda adalah peserta yang ke 100 ribu atau lebih. Inilah saingan paling hebat sebagai dropship dimana anda bersaing sesama sendiri dan apabila berlaku persaingan ini maka perjalanan bisnis ini menjadi sukar.
Pembeli pun dapat ketahui bahawa produk anda adalah produk dropship apabila mereka klik produk anda di Shopee dan kemudian apabila mereka skrol ke bawah "You May Also Like" mereka akan dapati gambar, tajuk serta harga produk yag mereka klik ada juga dijual.
Dan apabila ini berlaku, pembeli akan terfikir kenapa ramai sangat yang jual produk ini dan secara tak langsung nilai eksklusif produk ini menurun dan mereka akan memiih produk lain.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Perkara ini berlaku adalah salah seller sendiri dimana anda tidak mengemas kini produk listing semasa anda upload produk tersebut. Sebagai seller anda harus ketahui bahawa bukan anda seorang yang menjual produk tersebut tetapi ramai seller yang lain dan apakah kelainan yang boleh anda buat untuk mengatasi seller lain ini.
Pertama anda haruslah menukar gambar yang diberikan oleh dropship tersebut untuk membezakan anda dengan seller lain.
Kedua ialah anda harus menukar tajuk mengikut algoritma Shopee dan berbeza dengan tajuk yang diberikan oleh dropship tersebut.
Ketiga ialah harus memastikan kategori / deskripsi di periksa adakah ia dalam kategori yang betul. Dan adakah deskrisp anda terlalu pendek dan boleh huraikan lagi tentang produk tersebut.
Perkara ini telah saya jelaskan dengan lengkap di Shopee Funnel Sales Meletup saya dan bagaimana teknik yang boleh anda gunakan .
HARGA YANG TIDAK KOMPETATIF
Apabila anda menjual produk dropship ini, masalah utama ialah harga yang tidak kompetatif. Anda akan melihat harga yang diturunkan terlalu rendah dan jika anda turunkan lagi maka anda akan kerugian.
Tetapi jika anda tidak turunkan maka anda pasti tidak akan mendapat sales kerana harga anda menjadi mahal.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Jumlah produk dropship biasanya bukan jumlah yang sedikit tetapi beribu produk yang ditawarkan oleh sesebuah dropship tersebut. Pasti anda akan menjumpai produk yang boleh dijual didalam kedai Shopee anda.
Saya banyak kali katakan apabila anda menjual sebagai dropship maka anda kena mencari produk winning. Produk Winning adalah produk yang mampu bersaing dan membuat jualan di kedai Shopee anda.
Pada gambar di atas melalui analisa harga di Shopee, kami dapati produk ini adalah produk yang termurah berbanding dengan harga saingan yang lain. Kami hanya perlu mengurangkan sedikit harga dengan memberi diskaun.
Teknik ini kami telah berikan dalam funnel Produk Winning dan Marketing dimana harus gabungkan kedua-dua teknik ini untuk mendapatkan hasil yang baik.
Selain itu anda juga boleh membuat bundle deal atau add on deal untuk menambahkan kuantiti jualan serta mampu mengurangkan harga melalui teknik ini.
SELAIN itu sering ke laman website dropship anda untuk melihat produk-produk baru yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dimana jika ada produk baru maka produk tersebut baru di pasaran dan saingannya tidak terlalu ketat berbanding dengan produk lama.
Sebagai contoh Save Value setiap minggu ada sahaja produk baru yang mereka lancarkan untuk semua dropship mereka dan terpulang pada anda bagaimana untuk anda menjualnya,
Sebab itu dalam sales funnel saya iaitu Maintenance saya telah mengatakan pencarian produk winning harus dilakukan setiap minggu agar kedai Shopee anda kekal konsisten. Ini kerana lama kelamaan sebagai dropship, produk winning anda tidak akan kekal lama disebabkan pasti ada saingan yang akan memotong anda dan juga ada produk winning yang tamat trend.
Apabia pihak lawan berjaya memotong anda atau produk tersebut tidak lagi trending, anda harus sentiasa updated produk winning anda.
BERGANTUNG PADA MARKETPLACE
Apabila anda bergantung pada marketplace untuk membuat jualan produk dropship, anda akan hadapi masalah harga yang amat kompetatif dan ini potensi mengurangkan jumlah produk winning anda dan untuk mencari produk winning semakin lama semakin sukar.
Apa Yang Harus Anda Lakukan?
Sebab itu dalam Sales Funnel saya iaitu Advanced Sales saya telah kerap mengatakan, platform marketplace adalah bersifat sementara dan apabila anda telah mempunyai ilmu maka beralih kepada website atau ECommerce anda sendiri.
Melalui website anda sendiri masalah harga bukanlah masalah terbesar anda kerana anda tidak mempunyai persaingan harga. Anda boleh sahaja menjual apa sahaja jenis produk dengan harga anda sendiri.
KESIMPULAN.
Dropship tidak akan mati dan yang mematikan dropship adalah seller sendiri dimana anda sendiri ketahui dunia dropship semakin lama semakin mencabar dan ia akan terus mencabar dari masa akan datang.
Anda harus ikuti perubahan persaingan ini dan mencari jalan terbaik bagaimana mengatasi isu-isu terbaru dan terus mendapat jualan.