KENAPA SELLER SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP SELALU GAGAL

KENAPA SELLER SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP SELALU GAGAL

KENAPA SELLER SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP SELALU GAGAL

Bisnis online pada zaman selepas COVID-19 merupakan satu kawasan perang yang cukup besar dimana seller semua umpama jeneral yang berebut tapak tanah yang kecil. Palbagai cara yang para jeneral ini akan gunakan untuk menguasai tapak tanah tersebut.

Mungkin jeneral Ahmad akan berjaya kuasainya tetapi ianya tidak akan cukup lama jika pertahanan beliau seperti marketing dan harga beliau tidak cukup kuat kerana pihak lawan akan sentiasa perbaiki senjata mereka dan semua jeneral di market place terutama Shopee kena sentiasa ubah senjata mereka dan upgrade dari masa ke semasa.

Inilah situasi sebenar dunia marketplace terutama Shopee yang mempunyai jutaan Seller. Walau pun jumlah trafik atau pelanggan yang masuk ke Shopee setiap hari jutaan orang namun ia tak menjamin kejayaan seseorang seller tersebut.

Disini saya akan kongsikan kenapa sebagai dropship anda menghadapi saingan yang lebih besar lagi di dunia Shopee.


DROPSHIP SHOPEE BUKAN JENERAL TAPI SARJAN

Sebagai dropship di Shopee anda hanyalah berpangkat Sarjan sahaja bukannya Jeneral. Dimana sebagai Jeneral mereka biasanya founder mempunyai hak istimewa untuk turunkan harga sesuka hati, ubah packing produk menjadi lebih kecil jika pasaran mahal agar dapat bersaing dari segi harga. Dan pelbagai lagi cara yang mereka boleh gunakan.

Namun jika anda sebagai dropship, anda tidak mempunyai kelebihan terhadap produk tersebut kerana anda tidak memilikinya. Anda hanya menjual sebagai orang tengah sahaja. Jika produk tersebut mempunyai packaging yang buruk atau harga yang lebih mahal berbanding dengan produk yang hampir serupa di Shopee. Anda tidak boleh buat apa-apa.

Apa tindakan anda

Sebagai dropship anda mempunyai beribu-ribu produk yang boleh anda jual. Dalam salah satu produk tersebut anda harus mencari Winning produk yang anda boleh gunakan sebagai produk utama. Itu maksudnya wining produk .

Anda harus membuat analisa produk manakah yang berpotensi untuk dijual dengan menggunakan beberapa aplikasi yang disediakan oleh Shopee atau diluar Shopee.

Di Shopee sendiri terdapat satu bahagian yang dipanggil Business Insight yang anda boleh kaji produk-produk yang sedang trend dan mendapat permintaan tinggi. Anda gunakan maklumat tersebut dan mencari produk yang hampir serupa.

Oleh itu anda masih boleh bersaing dari segi produk dengan jeneral-jeneral diuar sana. Dimana saya nasihatkan mencari seberapa banyak produk yang winning dengan membuat analisa tanpa henti. Anda perlu sentiasa upadated produk wining anda agar kekal bersaing di dunia Shopee


Apa kami boleh bantu ?

Salah satu teknik dalam Shopee Funnel Sales Meletup kami ialah Produk Winning. Sebelum itu jika anda tidak kenal apa itu Shopeer Funnel Sales Meletup ianya merupakan sesbuah Ebook yang bersistem untuk menjana jualan di kedai Shopee anda dengan cara yang sistematik atau dalam bahasa bisnis membina Sales Funnel yang kuat.

Mencari produk Winning yang terbaik anda harus tahu menguna Selling Coach, Trending Product, High Research Produk Analize. Itu semua terdapat di Shopee.

Manakala pula jika di SEO anda boleh mencari di Google Trend serta beberapa aplikasi yang diberikan di Google.

Melalui semua kajian awal ini anda akan gabungkan dan membuat analisa seterusnya melihat data yang diberikan dan dari situ anda boeh ketahui kekuatan produk tersebut.

Ini semua ada kami berikan untuk anda bagaimana membuat kajian produk dengan terperinci sehingga ia menjadi produk winning dengan funnel ini.


DROPSHIP BUKAN JENAMA TAPI PRODUK

Anda kena memahami sebagai dropship anda bukan menjual branding tetapi ada menjual produk Manakala untuk founder ia melibatkan 2 perkara iaitu menjual branding dan sekaligus membina branding.

Dalam jangka masa panjang seorang founder kan berkembang jika produk mereka berkualiti dan sekaligus menaikkan branding mereka. Sebagai contoh, anda menjual produk tudung dengan branding anda sendiri.

Lama-kelamaan jika anda terus menerus membuat teknik jualan dan syukur alhamdulillah mendapat trust dari pelanggan secara tak langsung produk tudung akan meletup. dan ianya bukan sahaja meletupkan produk tudung anda tetapi branding anda.

Apabila anda ingin menjual produk lain dengan niche yang sama seperti baju kurung, jubah atau blouse ianya menjadi lebih mudah kerana branding anda telah kuat dan dipercayai oleh pembeli.

Manakala Sarjan Dropship pula anda menjual pelbagai barangan yang bukan menjual produk anda sendiri maka untuk anda kekal bersaing di dunia marketplace amat sukar. Anda mudah dilupakan oleh pelanggan kerana anda tidak mempunyai produk yang istimewa.

Apa tindakan anda?

Anda harus fokus untuk menjual produk yang winning. Pedulikan tentang hendak promosikan brand kedai anda dengan serius. Buat masa sekarang jangan fikirkan tentang branding kedai anda, yang penting membuat jualan produk

Jangan lakukan perkara tidak bermanfaat seperti masukkan nama kedai anda di hadapan tajuk setiap produk seperti brand besar yang lain. Sebagai contoh Nike Shoe Bubble Trap.

Dan anda pun ada jual kasut hampir seperti Nike dan anda letakkan nama kedai anda di hadapan tajuk Shppermaniac Shoe Bubble Trap. Kononnya untuk membuat branding pada masa akan datang.

Anda hanya dropshipping, tak perlu susah payah. Masa awak akan tiba apabila anda mempunyai produk sendiri nanti.


Apa kami boleh bantu?

Fokus pada produk listing. Jangan fokus pada branding awak buat masa kini. Sebagai pemula bisnis online belajar bagaimana untuk menjual dan mempelajari sistem kerja Shopee.

Dalam Shopee Funnel Sales Meletup, kami ada menjelaskan teknik Produk Listing dimana anda menambahbaikan kata kunci serta visual produk wining anda dengan mantap. Agar produk anda lebih mudah ditemui oleh algoritma Shopee apabila seseorang mencari produk tersebut.

Sebagai founder mereka tidak mempunyai pilihan selain menjual produk mereka sendiri tetapi anda sebagai dropship anda mempunyai pilihan untuk menjual apa jua produk tetapi dengan syarat ianya produk winning.

Sudah jumpa produk winning tidak semestinya anda boleh menjualnya kerana anda dropshipper. Maksudnya bukan anda seorang sahaja yang menjual produk yang sama tetapi  bersama-sama ribuan seller yang lain.

Ini datangnya funnel kedua kami tadi Produk Listing dimana anda membuat kelainan pada gambar serta deskripsi produk tersebut agar amat berlainan dengan gambar yang diberikan oleh pihak syarikat dropship yang digunakan oleh beribu- ribu seller yang lain.

Selain itu tajuk produk harus dikaji semula. Ini adalah proses yang amat pentuig sekali dimana anda harus membuat kajian lagi melalui carian oleh pembeli.

Ini kita panggil sebagai kata kunci atau keywords. Untuk pemahaman ringkas algoritma Shopee adalah mencari produk berdasar kata kunci yang ditaip oleh pembeli. Maka anda kena masukkan tajuk produk sama seperti yang dicari oleh pelanggan agar mudah ditemui.

Kami memberikan pelbagai teknik mencari kata kunci ini kerana kami ketahui kata kunci adalah akar untuk setiap produk di Shopee. 

Dimana kami memberi tunjuk ajar mencari kata kunci melalui keywords di Shopee Ads, kata kunci melalui auto suggest Shopee, menggunakan aplikasi Uber Suggest yang cukup terkenal di dunia dan ianya percuma. mencari kata kunci melalui SEO Stack dan pelbagai lagi.


DROPSHIP UNTUNG IKAN BILIS

Kelemahan dropship yang paling utama ialah margin untung adalah margin ikan bilis. Bukan harga ian bilis yek..hahaha. Kecil sangat.

Manakala margin untung founder wajib mencecah hingga 50%. Kelebihan margin untung yang besar ini memudahkan founder membuat marketing yang dahsyat dan sekali gus membuat jualan yang besar.

Kenapa margin untung founder lebih besar. Ini kerana ianya produk mereka sendiri dan tanpa melalui orang tengah.

Sebagai contoh, katakan produk founder ini minimum keuntungan RM40 dan jika beliau iklan dengan budget sehari RM10 maka potensi untuk  iklan tersebut rugi amatlah rendah kerana pulangan modal dengan kadar untung amat besar.

Senario paling teruk, jika iklan founder ini membuat jualan setiap 2 hari. Founder ini tetap akan untung RM20 kerana margin beliau tinggi.

Manakala Dropship pula margin keuntungan anda dalam 16% hingga 20% sahaja. Oleh itu jika anda hendak membuat marketing haruslah ambil tahu segala kos tersembunyi Shopee serta memahami semua aspek marketing di Platform Shopee dan luar Shopee.


Apa tindakan anda?

Tindakan pertama anda ialah memahami sebenar-benar margin untung anda. Kemudian anda harus memahami sebenar-benar kos servis, kos komisen dan kos transaksi Shopee dimana kesilapan sedikit akan menyebabkan anda rugi.

Setelah memahami perkara ini barulah anda memilih yang mana satu sistem marketing yang akan anda gunakan untuk produk anda. Samada mengguna marketing di dalam Platform Shopee atau diluar Platform Shopee.


Apa kami boleh bantu?

Melalui Shopee Funnel Sales Meletup kami ada menjelaskan teknik Marketing.

Kami tahu marketing amat penting dalam bisnis terutama bisnis online, Dimana sesuatu produk tanpa marketing iany asukar dijual, tak kira anda di market place atau diplatform lain.

Marketing ini sebenarnya adalah aktiviti membuang duit dimana ia terbahagi 2 iaitu memberi diskaun , voucher dan sebagainya pada pelanggan jika membeli produk anda dan satu lagi ialah membuat iklan pada produk. Pendek kata kedua-dua ini membuang duit anda.

Melalui teknik marketing ini anda boleh mengawal kerugian produk anda. Di Shopee terdapat 12 jenis marketing tidak termasuk Shopee Ads. Anda boleh menggunakan mana-mana jenis marketing ini. Kami ada jelaskan dengan lengkap.

Dan setelah anda membuat marketing tersebut, kami berikan excel kalkulator untuk anda masukkan data peratusan potongan marketing yang anda berikan seperti baucer, diskaun dan sebagainya termasuk caj-caj oleh Shopee.

Masukkan semua ini dan lihat samada anda rugi atau tidak. Amat mudah sekali membuat marketing dengan teknik kami ini dan anda mempunyai guideline yang manakah jenis marketing kesukaan anda.

Manakala untuk iklan terutama Shopee Ads kami berikan teknik agar anda tidak rugi semasa membuat iklan Discovery atau Search Ads.

Kesalahan membuat bid keyword di Shopee Ads boleh membuat anda kerugian yang amat besar sekali.Kami akan jelaskan dengan lengkap.


DROPSHIP PERLU MAINTENANCE

Siapa kata kedai Shopee tak perlu maintenance. Tak kira anda founder atau  dropship wajib membuat maintenance kedai Shopee anda.

Maintenance bermaksud anda mengemaskini kedai Shopee anda dari semua segi agar jualan anda kekal konsisten.

Bukannya tukar banner kedai semata-mata tetapi lebih kepada memastikan sales anda maintain.

Walau bagaimanapun tukar banner pun kita anggap maintenance kerana banner kedai patut ditukar ikut musim.

Namun sebagai founder soal maintenance bukanlah sesuatu yang sukar kerana ia menjual produk sendiri maka tiada pening nak tukar atau fikir produk lain.

Hanya pastikan setiap voucher atau diskaun yang diberikan tidak tamat tenpoh .

Selain itu founder kena pastikan gambar-gambar terkini dimasukkan ke kedai Shopee mereka.

Manakala untuk Dropship anda masih kena lakukan semua perkara diatas dan tambahan kerja ialah tetap mencari Winning produk setiap minggu.

Produk winning harus ditambah dari masa ke semasa setiap minggu untuk memastikan kedai anda kekal bersaing.

Kelemahan dropship ini, kekerapan stok habis amatlah kerap. Tengah syok menjual tiba-tiba stok habis. Atas sebab itu anda wajib mencari produk winning setiap masa.

Apa yang patut anda buat?

Anda kena membuat maintenance berjadual agar tidak terlepas maintenance yang penting seperti tarikh tamat voucher atau diskaun.

Terlupa nak perbaharui diskaun serta merta produk anda jadi mahal.

Anda harus mempunyai jadual dan target bila berkenaan soal maintenance ini.

Apa yang kami boleh bantu ?

Di Shopee Funnel Sales Meletup salah satu funnel kami ialah maintenance.

Anda sudah semestinya ingin ketahui apakah jenis maintenance yang wajib anda lakukan sebelum membuat jadual.

Biar kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa jenis maintenance wajib dan sunat yang patut anda lakukan.

Setelah memahami kesemua maintenance ni. Baru senang buat pemeriksaan berkala.


DROPSHIP BOLEH BERKEMBANG LUAR DARI SHOPEE

Sebagai founder anda tidak boleh semata-mata bergantung pada platform Shopee sahaja.

Anda harus keluar dari platform Shopee jika hendak berjaya. 

Bina website dan bina branding anda diluar dari kepompong Shopee dan kembangkan produk anda.

Manakala dropship bolehkah anda berkembang luar dari  platform Shopee. Sekaligus membawa produk dropship luar dari platform Shopee.

Boleh, dimana anda boleh sahaja membuka website sama seperti founder.

Apa yang patut anda lakukan?

Anda kena khatam semua teknik-teknik jualan di Shopee dengan jayanya.

Pastikan anda ketahui membuat kata kunci, mencari produk Winning, disiplin membuat maintenance di kedai Shopee baru anda melangkah ke dunia website.

Apa yang kami boleh bantu?

Shopee Funnel Sales Meletup kami juga memberi tunjuk ajar menjual diluar Shopee iaitu Teknik Advanced Sales.

Anda akan diberikan Ebook penuh membuat blog menggunakan blogspot.

Dimana kami mengajar bagaimana hendak link kan produk Shopee anda ke blog.

Bagaimana hendak membuat link dan bila pembeli yang melawat blog anda, bila mereka klik produk tersebut terus dibawa ke kedai Shopee.

Selain itu kami juga memberi teknik Facebooks Ads percuma kepada anda agar anda bisa lonjakkan bisnis on line anda jauh ke hadapan dan yang penting membuat sales.

Kesimpulan

Sebagai dropship sememangnya  sukar untuk bersaing di dunia Shopee.

Namun kerap kali saya katakan, bermula sebagai dropship di Shopee adalah perlu agar anda bisa mempelajari segala teknik Ecommerce di Shopee.

Ditambah persaingan yang kuat di Shopee sebagai dropship akan mematangkan diri anda.

Jika anda boleh menjual sebagai dropship di Shopee. Maka anda boleh menjual apa sahaja.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama