3 CARA MENUTUP SEMENTARA KEDAI SHOPEE ANDA

3 CARA MENUTUP SEMENTARA KEDAI SHOPEE ANDA

3 CARA MENUTUP SEMENTARA KEDAI SHOPEE ANDA

Sebagai seller Shopee, adakalanya anda mempunyai masalah atau meraikan sambutan perayaan 

Anda terpaksa menutup kedai anda buat sementara dan tidak boleh menguruskan penghantaran.

Apa yang patut anda lakukan. Terdapat 3 cara yang sering dilakukan untuk menutup sementara kedai shopee oleh kebanyakkan seller dan cara ketiga adalah amat tidak digalakkan.


AKTIFKAN VACATION MODE.

Mengikut standard Shopee, jika anda mahu hentikan sementara operasi kedai Shopee anda boleh mengaktifkan sahaja vacation mode Shopee.

Amat mudah dilakukan dan sila lihat video di bawah ni.




Namun ramai mengatakan jika anda mengaktifkan vacation mode maka ia akan menganggu algoritma Shopee dan akan menyebabkan produk anda yang winning akan kehilangan carian.

Namun saya agak tidak setuju kerana sesebuah produk winning bukan sahaja disebabkan oleh algoritma Shopee tetapi dari produk listing anda. 

Dan jika anda menjalankan shopee ads maka ianya bukan masalah besar jika anda enable vacation mode Shopee.

Entahlah, saya tidak pernah buat vacation mode pada mana-mana kedai Shopee saya.


KOSONGKAN STOK INVENTORI

Cara kedua ialah anda kosongkan inventories stok anda di kedai shopee anda.

Jika stok kosong maka tiada jualan. Dan kedai anda tetap beroperasi seperti biasa.

Untuk saya sistem ini sesuai untuk kedai Shopee yang tidak mempunyai stok yang banyak.

Kalau anda mempunyai stok yang banyak, ianya agak sukar dilakukan. 

Tapi kenapa nak susah-susah kosongkan stok jika ada aplikasi yang disediakan oleh Shopee. Mungkin mereka terpedaya dengan mitos seperti yang saya katakan.

Namun method ini boleh dilakukan jika produk anda di Shopee tidak banyak.


AKTIFKAN PRE-ORDER

Teknik ketiga ialah menukar shipment setting kepada pre order.

Pre order ialah anda menukar standard penghantaran Shopee dari 2 hari kepada 7 hari amnya.

Anda menukar mengikut tarikh cuti anda dan selepas anda balik maka anda dah boleh buat shipment.

Namun mengikut undang-undang Shopee. Pre Order hanya dibenarkan hanya 10% dari keseeluruhan produk anda di Shopee.

Jangan main-main, tak pasal-pasal kena penalti oleh Shopee.

Saya tidak setuju cara ketiga ni dilaksanakan. Bahaya beb..



KESIMPULAN 3 CARA MENUTUP SEMENTARA KEDAI SHOPEE ANDA

Pada pendapat saya ialah ikut sahaja standard  yang diberikan oleh Shopee iaitu guna Vacation Mode yang disediakan.

Buat apa nak pening-pening kepala fikirkan sesuatu yang tidak patut difikirkan.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama