Trend saya follow awak dan awak follow saya adalah trend yang biasa dalam dunia sosial media
Lagi teruk di blogger dimana trend follow sesama sendiri amat drastik.
Dan jika bercerita tentang blog backlink pula, anda bukan sahaja akan follow malah bertukar URL sesama sendiri.
Namun sebagai seller atau bisnis online, amalan ni tidak boleh dilakukan dimana-mana platform yang anda sertai.
Ini kerana nilai follower untuk peniaga online amat kritikal kerana anda mahukan followe4 anda hanyalah yang pembeli sahaja agar anda boleh membuat follow up sales dengan buyer anda.
Sebab itu saya melihat apabila seller Shopee membuat pengumuman di media sosial terutama sekali di group marketplace khususnya Shopee.
Mereka post sila follow kedai Shopee saya, nanti saya follow anda adalah tindakan yang amat salah.
Di Shopee, follower amat penting. Ia macam emas untuk anda dimana anda boleh membuat sales produk terbaru anda kepada follower anda.
Tetapi jika kedai Shopee anda iaitu follower anda penuh dengan Seller Shopee adakah ia akan memberi impak yang baik kepada iklan broadcast anda.
Sudah tentu tidak dan ia adalah satu kerugian yang besar untuk anda.
Mungkin sekarang anda tidak nampak impaknya tetapi dalam jangka masa panjang anda akan nampak impaknya.
Jangan jadikan Follower sebagai satu kewajipan dalam menunjukkan kedai anda ni bagus.
Ramai yang terpedaya dengan mitosis, jika ramai follower maka keyakinan pembeli akan lebih tinggi.
Bukan itu pengukurnya. Jika ya, ianya hanyalah dalam satu peratus sahaja.
Yang amat penting ialah review produk anda serta rating produk anda. Itu yang penting.
Anda jangan jadikan diri anda sebagai seller. Jadikan diri anda sebagai buyer, dan jika anda sebagai buyer apakah isi penting yang anda akan cari dalam sesuatu produk.
Adakah follower atau review produk? Anda sudah tentu tahu jawapan anda.
Namun seperti saya katakan, follower memberi dalam satu peratus krebiliti kedai anda dan anda masih perlu mencari follower.
Buat sahaja kempen sesiapa yang follow kedai anda dan beli produk akan dapat diskaun. Shopee ada sediakan fitur ni.
Selain itu kejar mana-mana buyer yang belum jadi follower anda. Suruh mereka jadi follower anda dan kasi baucer. Shopee ada sediakan fitur untuk buat perkara ni.
Dan jika anda rasa follower anda masih kecil. Gunakan teknik saya ni dimana anda follow kedai buyer bukannya seller. Dengan harapan mereka akan follow anda.
Teknik ni boleh diguna pakai kerana anda mencari follower dengan niche kedai anda.
Nak tahu bagaimana, lihat video ini:
Kesimpulannya, jangan ghairah mencari follower dan jika hendak mencari follower gunakan teknik yang betul.