KURANGKAN HARGA HINGGA RUGI UNTUK DAPATKAN TRAFIK

KURANGKAN HARGA HINGGA RUGI UNTUK DAPATKAN TRAFIK

KURANGKAN HARGA HINGGA RUGI UNTUK DAPATKAN TRAFIK

Terbaca dalam salah satu group facebook dimana salah satu seller membuat marketing dengan mengurangkan salah satu produk beliau hingga rugi dalam RM1 - RM2 dan produk beliau jual telah menjadi produk yang paling murah di Shopee.

Melalui teknik ini beliau berjaya menarik trafik ke kedai beliau dan pada masa yang sama selain mereka membeli produk "rugi" anda , mereka akan membeli produk -produk lain di kedai anda.

Dan teknik adalah perkara biasa yang dilakukan dimana anda boleh sahaja memasukkkan "Add On Deal" dalam produk rugi anda supaya mereka membeli produk anda.

Potensi untuk buyer merayau-rayau di kedai anda juga bertambah baik jika produk sampingan anda mempunyai nilai jualan yang berkualiti untuk mereka.

Kesimpulannya teknik ini adalah memastikan mereka datang ke kedai anda dahulu. Samada mereka beli atau tidak itu perkara kedua. Namun kebiasaannya buyer ini akan membeli produk tambahan anda.

Inilah kebaikan yang boleh anda perolehi jika mengamalkan teknik ini tetapi ianya berisiko atau tidak ianya bergantung pada produk-produk anda yang lain samada mampu menarik buyer membeli produk anda.

Tapi pastikan apabila anda membuat jualan"rugi" ini jumlah maksimum belian haruslah di tulis atau jika anda buat diskaun atau voucher anda boleh tetapkan maksimum pembelian.

Di takuti jika anda buyer yang memborong produk tersebut sahaja dan anda pasti akan kerugian selama-lamanya.

Namun KEBURUKAN ialah seller ini akan membunuh seller lain dan ia dipanggil persaingan yang tidak sihat. Perlu di ingat di marketplace seperti Shopee bukan anda seorang sahaja yang menjual produk yang sama tetapi ramai yang menjualnya dan mengamalkan sistem monopoli dengan menjual harga yang paling rendah,

Harga rendah itu bukan persoalannya tetapi anda menjual hingga anda rugi. Itu agak melampau dan membunuh pasaran produk tersebut di Shopee.

Ini adalah tindakan yang mementingkan diri dan tak wajar dilakukan sebagai seller yang berhemah. Dahulu teknik ini amat popular di kalangan syarikat-syarikat poket besar dengan menjual produk mereka dibawah harga keuntungan hingga semua peniaga lain kerugian dan tutup kedai.

Dengan itu mereka akan menguasai pasaran produk tersebut dan kemudian naikkan harga ke harga jualan yang menguntungkan. Dalam isitilah ekonomi ianya salah dan anda boleh dipenjarakan..heheheheh.

KESIMPULAN

Namun saya tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tindakan sesetengah seller yang melakukan perkara ini. Mungkin dengan cara ini beliau mendapat sales yang lebih banyak dan dapat tampung kerugian melalui jualan produk lain.

Pendek kata ini semua tentang marketing, samada anda hendak menjual dengan teknik marketing yang tertulis di buku atau membuat hack marketing atau yang pertama membuat marketing yang terbaru dari idea asal anda. 

Itu semua terpulang pada anda dan saya ingatkan dalam perniagaan ini pastikan ada sedikit belas kasihan. Jangan fikirkan untung semata-mata hingga kita langgar etika dan sifat kemanusiaan anda, Kita bukan Yahudi..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama