MENULIS KONTEN MENGIKUT KATEGORI PRODUK

MENULIS KONTEN MENGIKUT KATEGORI PRODUK

MENULIS KONTEN  MENGIKUT KATEGORI PRODUK 
MENULIS KONTEN  MENGIKUT KATEGORI PRODUK



Perjalanan menuju ke arah 15K pageview sebulan kami memberikan satu lagi tips untuk anda mempunyai idea membuat artikel atau konten yang betul.

Tempoh hari saya ada membuat sebuah artikel bagaimana membuat beberapa artikel dan dari beberapa artikel tersebut saya suruh buat internal link ke artikel Utama untuk mendapatkan autoriti dari Google dari artikel Utama. 


Dengan cara tersebut indexing ke artikel Utama akan lebih mampan dan trafik akan lebih tinggi.

Dan kini saya akan berkongsi dengan anda membuat artikel atau konten mengikut kategori. 

Download Blog SEO TIPS CHECKLIST


Maksudnya ialah menyusun semua produk di kedai Shopee mengikut kategori di website anda. Sebagai contoh anda menjual racun serangga dan anda telah kumpulkan kesemua produk racun serangga dan membuat artikel dengan memasukkan semua produk racun serangga di dalam satu artikel.


Ini bermaksud jika ada carian racun serangga tidak kira racun serangga semut, lipas , tikus atau lalat, mereka akan dibawa ke artikel tersebut dan kita memberi pilihan kepada mereka membeli produk yang pada mulanya mereka hanya mencari racun semut dan mereka berpotensi membeli beberapa produk racun serangga yang lain.


Anda akan membuat artikel mengikut kategori ini seberapa yang banyak yang mungkin supaya anda mempunyai koleksi yang berpusat pada produk anda dan memudahkan mereka yang melawat blog anda membeli produk yang anda jual mengikut kategori.


Tujuan kita membuat artikel mengikut kategori ini ialah untuk menonjolkan produk semua produk kita.


Namun kelemahan teknik ini ialah kata kunci anda adalah kata kunci yang umum dan biasanya jumlah carian adalah besar untuk bersaing dengan artikel di luar sana agak sukar , Namun anda harus melakukannya juga kerana anda berniaga bukan membuat artikel peribadi.


Anda hendak menjual produk dan selain artikel jenis  Konten Informasi, Pemahaman dan Utama.yang harus anda buat dengan disiplin. Anda juga harus membuat artikel sedemikian.

Dan artikel Mengikut Kategori ini pula mempunyai 2 bahagian pentng


PRODUK SAMA TETAPI BERLAINAN BRAND DAN HARGA

MENULIS KONTEN  MENGIKUT KATEGORI PRODUK


Sebaga contoh di atas kami menjual beberapa produk Fon Telinga yang mempunyai fungsi yang sama tetapi brand yang  berlainan.

Dalam kedai Shopee kami Shoppermaniac kami mempunyai 8 produk Fon Telinga tetapi kami masukkan hanya 3 produk sahaja. 

Teknik ini membenarkan anda meletakkan sehingga 5 produk maksima. Kenapa?

Ini kerana anda tidak mahu pembeli anda berfikir, jika anda meletakkan 10 produk yang sama di sebuah artikel anda menyuruh pembeli anda berfikir dan akhirnya mereka tidak membelinya..

Letakkan secukup rasa dengan maksimum 5 produk dan untuk saya hanya 3 produk kerana 3 produk ini yang mempunyai harga yang kompetatif dengan Seller Shopee yang lain.


PRODUK YANG BERLAINAN BENTUK TETAPI SAMA KATEGORI

MENULIS KONTEN  MENGIKUT KATEGORI PRODUK

Melalui gambar diatas adalah produk penyapu yang mempunyai pelbagai jenis penyapu. Anda di bolehkan meletak semua jenis penypau yang dijual di kedai anda. 

Anda tidak mempunyai masalah memasukkan semua produk kerana funsgi setiap penyapu tersebut berbeza dan segi saingan sesama sendiri adalah rendah dan paling penting tidak memeningkan pelanggan.



SUSUN SEMUA ARTIKEL PRODUK KATEGORI DALAM SATU ARTIKEL UTAMA


MENULIS KONTEN  MENGIKUT KATEGORI PRODUK

Setelah anda membuat beberapa artikel produk mengikut kategori. Sudah tiba anda membuat satu artikel Utama memasukkan semua produk link dari atikel produk mengikut kategori.

Seperti gambar diatas kami menamakan artikel produk kami ialah KOLEKSI PRODUK VIRAL SHOPPERMANIAC.


NAIKKAN KOLEKSI ARTIKEL PRODUK KATEGORI MELALUI INTERNAL LINK

Pada gambar diatas anda dapat melihat kami meletakkan koleksi artikel di sebelah side bar supaya pembaca mempunayi pilihan untuk klik produk tambahan yang lain.

Anda semua ketahuib bahawa kata kunci yang digunakan jika membuat artikel mengikut kategori ini umum dan sukar dipush ke enjin carian pertama.

Anda membuat teknik SEO dengan membuat link semua produk mengikut kategori ke artikel Koleksi Produk Kategori. Diharap melalui internal link yang kuat membolehkan artikel anda dikesan oleh Google.


LETAKKAN KOLEKSI ARTIKEL PRODUK KATEGORI DI SIDE BAR BLOG

Sebab lain ialah kita ingin menwujudkan perjalanan pelanggan di Website kita agar mereka tidak keluar dengan pantas.

Mungkin mereka masuk ke website anda melalui carian tentang "Pembiakan Lipas" iaitu salah satu artikel yang anda buat di website anda. Dan mereka terperasan iklan di side bar iaitu produk viral anda dan mereka mula membelinya setelah membuka artikel tersebut.


KESIMPULAN KONTEN  MENGIKUT KATEGORI PRODUK 

Konten Mengikut Kategori Produk merupakan salah satu teknik yang boleh anda buat dalam memaksimakan jualan produk anda di website dan sekaligus menambah jumlah konten di blog anda.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama