MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS


Salam sejahtera pada semua. Shopee Ads adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Shopee kepada semua Seller membuat iklan produk mereka di Platform Shopee secara bids.

Ini adalah satu kelebihan pada seller Shopee yang lain menyaingi seller Shopee yang lain dalam memaksimakan sales produk mereka.

Shopee Ads terbahagi kepada 2 jenis iaitu Search Ads dan Discovery Ads. Ada juga Shop Ads dan Boost Ads tapi sayahari ini mahu fokuskan kepada Shopee Discovery Ads.

Sebagai dropship yang mempunyai margin untung yang kecil. Saya sering cadangkan mengguna Discovery Ads disebabkan kosnya serendah RM0.07 berbanding dengan Search Ads bergantung pada bid kata kunci.

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS


PENGENALAN SHOPEE SEARCH ADS

Search Ads adalah pilihan yang paling popular dikalangan Seller Shopee kerana mereka boleh bid produk mereka menggunakan kata kunci.

Namun anda harus membuat bids setiap kata kunci dari harga RM0.10 hingga paling tinggi. Atau anda boleh sahaja ikut bids yang diberikan oleh Shopee.

Paling tinggi bid anda maka produk anda akan di lonjakKan dalam carian kata kunci oleh buyer.

Kelemahan Search Ads ini ialah kemungkinan besar, anda akan memilih keyword  yang mahal atau kata kunci yang salah.


Dan selain itu pemilihan jenis Ads di Search Ads seperti Exact dan Broad match memainkan peranan yang cukup besar mengawal budget anda. Sebab itu  ramai yang gagal dalam membuat Search Ads ni.

Apatah lagi jika anda seorang dropship dan margin produk anda amat murah dan ada produk anda tak layak Search Ads.

Jika buat akan merugikan anda kerana sistem pembayaran Shopee melalui per-klik.

Apa alternatif yang anda. Iaitu anda boleh  menggunakan Shopee Discovery Ads dimana nilai bids murah.

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

PENGENALAN SHOPEE DISCOVERY ADS

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS
Atribute atau kategiri produk mesti tepat


Kelainan Discovery Ads bukanlah berpandu pada kata kunci tetapi berpandu pada kategori produk atau persamaan produk.

Dimana produk anda akan ditunjukkan kepada 2 tempat iaitu "You May Also Like" dan di homepage "Daily Discovery"
MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

Menurut Shopee "You May Also Like"
Ads appear in the product detail pages of similar or complementary products to capture a highly relevant audience

Dimana jika seseorang mencari sesuatu produk dan telah klik produk tersebut. Dan pelanggan tersebut boleh membandingkan produk yang serupa mengikut kategori dengan scroll kebawah dan akan menjumpai satu kolum yang dipanggil "You May Also Like" 

Kebaikan "You May Also Like" ini ialah jika produk anda yang ditonjolkan adalah lebih murah berbanding dengan produk yang di klik maka potensi produk anda di beli amat tinggi. 

Ia bukan berkisar tentang harga sahaja tetapi gambar yang lebih menarik dan pelbagai lagi.

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

Menurut Shopee "Daily Discovery" Ialah 
"Ads appear in Shopee homepage’s Daily Discover section to shoppers who have shown interest in similar products in the past 30 days"

Paparan Daily Discover juga diletakkan iklan berbayar supaya customer atau kita sebagai pembeli dapat melihat produk tersebut. Daily discover adalah mengikut sejarah pembeli masing-masing. 

Maksudnya apa produk atau keyword yang anda selalu cari di Shopee dalam masa 30 hari. Maka paparan daily discover anda berkaitan dengan search history anda dan pembelian anda di Shopee.


Jika ditanya pada saya, yang manakah lebih baik samada "You May Also LIke" atau "Daily Discovery" Kedua-duanya mempunyai pro dan kontra.


MENGAPA HARUS GUNA SHOPEE DISCOVERY ADS

Jika produk anda lebih murah dan saingannya lebih mampan maka buyer tadi mungkin akan berubah fikiran memilih produk anda di kolum "You May Also Like"

Potensi untuk mendapat jualan melalui Discovery Ads amat tinggi jika produk jika produk anda murah dengan deskripsi yang baik.

Ramai yang melupakan Shopee Discovery Ads ni dan sering pergi ke Search Ads. 

Untuk dropshipping yang margin rendah, saya galakkan anda menggunakan Discovery Ads.

Dan jika anda mempunyai produk winning, adalah lebih baik memaksimakan Discovery Ads kerana produk anda ni pasti akan menang kan.

Buyer tu scroll bawah dan lihat "You May Also LIke" dan produk anda lebih menonjol maka anda pasti akan dapat curi jualan pihak lawan dengan kos yang lebih murah !!!!.

Dan dengan "daily Discovery" buyer tersebut mungkin pernah scroll sesuatu produk tersebut tetapi belum beli dalam jangkamasa 30 hari dan tiba-tiba produk anda muncul. Potensi untuk mendapat jualan juga amat tinggi.

Inilah option dan kelebihan Discovery Ads. Apa anda tunggu lagi. Maksimakan jualan produk anda dengan Discovery Ads.


CARA MEMBUAT DISCOVERY ADS SHOPEE

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

Pergi ke "Shopee Ads"
Pilih "Discovery Ads
Pilih Produk dan KLIK next,

Anda akan dibawa ke muka hadapan Discovery Ads ini. Tindakan pertama ialah anda disable "Auto Optimisation" kerana bid yang akan dikenakan mengkut kesukaan Shopee.

Jika anda disable "Auto Optimisation" anda mempunyai kebebasan menentukan bid atau kos iklan anda.

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

Pada gambar di atas saya menukar harga bid dari RM0.31 kepada terendah iaitu RM0.07. Ini adalah contoh sahaja, anda boleh menentukan bid harga anda berrdasar pada margin untung produk anda.

Inilah kebebasan yang anda peroleh jika anda disable "Auto Optimisation".

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS



JIka anda "expand" kolum tersebut , anda akan dibawa ke kategori kolum Discovery Ads iaitu "You May Also Like" dan "Daily Discovery" 

Anda boleh naikkan peratusan bid yag mana anda mahukan. Sebagai contoh jika anda merasakan "You May Also Like" mampu menjana jualan maka anda naikkan bid pada kolum tersebut.

Dan biasanya kami akan naikkan bid untuk "You May Also LIke". Ini kebiasaan kami lakukan tetapi sekali lagi lihat pada margin untung anda,.

Setelah selesai, tekan Publish 

MAKSIMAKAN SHOPEE DISCOVERY ADS

Sebaik sahaja anda telah menekan "Publish" maka selesai dan tugas anda seterusnya menilai iklan anda melalui data yang diberikan.



KESIMPULAN SHOPEE DISCOVERY ADS


Pada dasarnya kedua-dua fungsi Search Ads dan Discovery Ads jika digunakan bersama adalah lebih mampan dan mampu menjana sales yang lebih kepada produk anda.


Seperti yang saya katakan, jika anda mempunyai budget yang rendah maka lebih baik menggunakan Discovery Ads.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama