Cabaran Terburuk Berblogging. ( Sanggupkah Anda)

Cabaran Terburuk Berblogging. ( Sanggupkah Anda)



 Jika anda bersedia hadapi cabaran ni maka anda layak untuk berblogging. Berblogging adalah satu perjalanan yang cukup panjang untuk mendapatkan hasilnya. 


Sepanjang perjalanan itu pelbagai  itu cabaran akan berlaku dan anda kena kental terutama mendapatkan result yang anda inginkan 


Tapi mahu tak mahu anda kena pelajari ilmu blogging ini, jika mahu meneruskan step anda dalam dunia bisnis online.


Download Blog SEO TIPS CHECKLIST


Sumber: Anarmnet

Blogger merupakan manusia istimewa yang hidup dalam 2 sisi kehidupan iaitu hidup di dunia realiti dan di dunia maya (internet). Seseorang yang memilih untuk menjadi blogger adalah manusia yang berfikir secara kompleks kerana hidup seorang blogger memerlukan kita berfikir dalam pelbagai aspek dan perlu memiliki kebolehan yang tertentu bagi menjayakan aktiviti blogging.


Hidup seorang blogger dapat mengajar kita bagaimana untuk bersosial di dunia maya (dan realiti), bagaimana untuk meluahkan setiap sudut pemikiran ke dalam bentuk penulisan, dan juga mencungkil bakat dalam menguruskan penampilan blog dari segi rekabentuk.


Kesemua ini adalah aspek penting dalam hidup seorang blogger kerana setiap aspek tersebut mampu dimanipulasikan ke dalam blog untuk menarik minat pengunjung singgah lebih lama di blog kita.


Hidup Seorang Blogger

Kebanyakan blogger yang ada sekarang ni menggunakan platform yang pelbagai. Ada yang menggunakan Blogspot, ada yang menggunakan WordPress, Joomla dan sebagainya.


Walaupun wujud bermacam-macam platform untuk berblog, namun setiap daripada kita masih dalam satu komuniti besar blogger dan sama-sama menjalani hidup sebagai seorang blogger.

“Apa yang best sangat buat blog?” — Persoalan ni sering aku terima daripada rakan-rakan bukan blogger.


Setiap perkara yang wujud dalam dunia ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Bila diberitahu tentang kebaikan blogging, mereka yang tidak merasainya sendiri akan menganggap ianya satu keburukan. Malah pelbagai tanggapan lain lagi yang akan muncul kemudian.


Melalaikan, membuang masa, membazir wang ringgit, dan sebagainya. Mentaliti sebegini memang tidak dapat dipisahkan daripada sesetengah orang. Apa aku perolehi sepanjang berblog ni memang sesuatu yang paling bermakna dan penuh ilmu pengetahuan.


Percaya atau tidak, terpulang pada diri mereka.

Bagi yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, terdapat perbezaan ketara dalam hidup seorang blogger itu yang dapat kita lihat.


Dulunya sentiasa berfikir “Apa aku nak update/tulis kat blog?“.

Tetapi kini mulai mempersoalkan “Bagaimana untuk aku hasilkan entri terbaik?“, “Bagaimana nak menarik minat orang untuk singgah di blog?“, “Bagaimana nak tampilkan entri di muka depan Google Search?“, “Bagaimana nak jadi hebat macam Azman Ishak?“, dan macam-macam lagi persoalan ‘bagaimana’.


Believe it or not? Persoalan ‘Apa’ dan ‘Bagaimana’ dapat menggambarkan tahap pemikiran seseorang itu.


Cabaran dalam Hidup Seorang Blogger

Ada banyak cabaran yang memang biasa dilalui dalam hidup seorang blogger. Di sini aku senaraikan cabaran-cabaran yang sering aku hadapi.


1. Tiada Ilham / Idea Untuk Menulis

Sebenarnya ada banyak cara bagaimana mencari ilham untuk menulis di blog. Semua bergantung pada diri masing-masing untuk dapatkan idea tersebut.


Bagi aku, aku lebih suka blogwalking, membaca surat khabar lama (bukan yang terbaru), tengok movie, lepak di ‘bilik termenung’ dan keluar dating dengan awek tercinta.


Paling kerap berlaku bencana kekurangan idea ni adalah ketika aku sedang menaip artikel baru. Pada mulanya memang bersemangat dan berjaya menaip dengan lancar. Kemudian, akan berlaku simptom-simptom mati kutu. Tiba-tiba idea hilang!


2. Kekangan Masa

Aku menjalani 2 kehidupan iaitu hidup sebagai seorang blogger dan sebagai seorang pekerja. Masa yang diperuntukkan lebih banyak diluangkan untuk kerja-kerja yang perlu diutamakan terlebih dahulu.


Ramai yang menggesa aku update blog tapi jika korang berada di tempat aku, korang boleh rasai sendiri bagaimana hidup seorang blogger pada masa yang sama mempunyai komitmen terhadap kerja-kerja ofis.


3. Minat Berblog Sekejap Ada Sekejap Takda

Yang ni cabaran aku yang paling berat. Bila dah jadi macam ni, apa sahaja yang aku lakukan akan terbengkalai separuh jalan. Setiap aktiviti yang dilakukan memang perlu disertai dengan minat.


Minat menjadi faktor pemberi semangat untuk kita berbuat sesuatu. Setuju atau tidak?


4. Wujudnya Twitter dan Facebook

Dua laman sosial gergasi yang terlaris dalam hidup seorang blogger. Blogger-blogger sekarang ni aku tengok lebih gemar mengupdate status di Facebook, berkongsi pelbagai bahan menarik dengan pengguna lain, dan berbual kosong di Twitter.


Ramai juga di kalangan blogger meluahkan “takde idea nak update blog” sedangkan di timeline Facebook dan Twitter beliau dapat kita lihat pelbagai perkongsian bahan yang boleh dijadikan pengisian untuk blog.


Adakah minda kita sudah disekat oleh kedua-dua laman sosial ini atau ianya memang lumrah dalam hidup seorang blogger?


5. Aku Seorang Pemalas

Malas! Aku memang pemalas. Pada masa-masa tertentu sikap malas aku akan jadi 2-3 kali ganda lebih banyak. “Nak bangun kencing pon malas”. Betapa pemalasnya aku ni.


Dari sudut seorang blogger pula, akan terjadi simptom malas nak menaip, malas nak Google, malas nak cari gambar, malas nak tengok coding theme, dan sebagainya. Jika timbul sikap malas ni, apa yang perlu dibuat adalah “Ko pergi tidur jela Anarm oiii”.


Blog Tumbuh Bagai Cendawan

Kini, jumlah blogger semakin hari semakin bertambah. Blog-blog baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hari hujan. Kesucian dunia seorang blogger pun kian tercemar dengan adanya golongan blogger yang terpesong.


Aku perasan dah ramai blogger yang mengundurkan diri dari arena blogging ni. Kenapa dan mengapa mereka berundur aku pon tak tahu. Bagi yang masih berjuang untuk meneruskan hidup seorang blogger, adakah perjuangan kita ini dapat bertahan? Sampai bila?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama