Jika anda seorang dropshipping dan mempunyai kedai di Shopee atau Seller Shopee, sudah tentu anda akan mengiyakan pendapat saya ini. Di mana Shopee anda beranggapan tidak sesuai untuk membuat bisnis online.
Sebelum itu saya ada membuat artikel berkenaan:
KENAPA SHOPEE ADALAH PILIHAN PENIAGA ON LINE.
Sememang saya masih berpendapat Shopee adalah sebuah platform yang terbaik untuk semua peniaga online tetapi pada masa yang sama untuk peniaga online dropshipping ianya merupakan sebuah gelanggang yang amat kejam dan jika anda tidak mampu mengharungi kekejaman atau persaingan di platform ini maka anda akan meninggalkan cita-cita anda dan beranggapan Shopee tidak sesuai untuk bisnis online.
Sebenarnya masalah utama peniaga on line dropship Shopee tedapat beberapa sebab:
PERSAINGAN HARGA
Harga sekarang amat kompetatif di Shopee. Semenjak COVID-19 ini semakin ramai yang menyertai Shopee sebagai seller dropship memainkan harga hingga margin keuntungan menjadi terlalu sedikit, Apatah lagi jika anda sertai Program Free Shipping dan sebagainya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan oleh Shopee hingga mencecah 9%.
Kebanyakkan seller Shopee yang memainkan harga ini adalah seller-seller baru dan mereka berpendapat tidak mengapa kalau untung sedikit janji jualannya ada. Tetapi mereka tidak mengira penat mereka dan lagi buruk mereka mengurangkan harga hingga kerugian kerana tidak menolak caj perkhidmatan oleh Shopee.
Untuk mengatasi masalah ini terdapat 2 cara iaitu seller terpaksa mencari produk -produk dropshipping yang kurang saingan dan kedua ialah menjual produk sendiri.
Produk dropship yang kurang saingan bermaksud sertai dropship yang baru. Buat masa sekarang jika anda sertai dropship Kumoten atau Save Value iaitu nama besar dropship di Malaysia. Anda akan bersaing dengan ribuan seller dropship dari syarikat yang sama.
Kedua ialah menjual produk sendiri atau menjadi agen founder. Jika anda menjadi agen founder, anda tidak boleh sesuka hati menurunkan harga kerana ianya salah dari segi polisi syarikat.
Saya ada memberikan EBOOK percuma dropship-dropship terbaik di Malaysia jika anda membeli EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya.
ALGORITMA SHOPEE
Kurangnya pemahaman tentang algoritma Shopee, anda tidak akan mampu bersaing dengan peniaga online yang lain di Shopee. Pemahaman algoritma Shopee akan membantu anda dari segi trafik organik ke kedai Shopee anda.
Algoritma Shopee berdasarkan kata kunci yang dicari yang dicari oleh pelanggan di Shopee. Untuk mendapatkan kata kunci atau kata carian yang dilakukan oleh pelanggan di Shopee. Maka anda harus memaksimakan tajuk produk mengikut kata kunci carian oleh pelanggan.
Anda harus mempunyai pemahaman bagaimana mendapatkan kata kunci carian oleh pelanggan di Shopee. Jika anda memperolehi dengan tepat kata kunci kcarian dengan tajuk produk, maka produk anda akan dilonjakkan di carian pertama oleh Shopee. Itulah cara Shopee bekerja.
Bagaimana untuk mendapatkan tajuk produk yang sesuai dengan kata kunci carian berdasarkan algoritma Shopee, saya ada terangkan dengan jelas dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya.
PRODUK LISTING
Produk listing yang tidak menarik perhatian adalah tajuk, gambar, deskripsi dan atribute produk anda yang sepatutnya menarik perhatian buyer. Untuk tajuk produk saya sudah terangkan di atas ianya harus ikuti algortima enjin carian Shopee, ianya termasuk dalam kategori Produk Listing juga,
Apa yang saya ingin tekankan ialah visual dan penerangan produk anda haruslah menarik perhatian pelanggan. Kebanyakkan gambar yang diambil dari dropshipping tidak kemas atau kurang. Malahan ada produk yang mempunyai deskripsi produk yang terlalu ringkas hinggakan maklumat yang pelanggan mahukan tiada.
Selain itu atribute produk bermaksud kategori produk juga harus di periksa agar tidak salah kategori hingga boleh menjejaskan capaian daam kata kunci nanti.
Anda kena faham, pelanggan tidak melihat produk anda secara fizikal tetapi melalui penerangan dan gambar yang anda berikan. Oleh itu ianya amat penting, untuk berjaya dalam dunia on line ini visual dan deskripsi memainkan peranan penting.
Tak guna jika anda mempunyai kata kunci tajuk yang power tetapi bila pelanggan tiba ke produk anda, mereka terus keluar sebab visual tidak menarik.
Produk Listing merupakan salah satu funnel saya di EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya. Dimana saya menerangkan dengan lengkap bagaimana mahu menonjolkan kedai anda lain dari yang lain berbanding pihak lawan,
Produk yang menjamin kemenangan atau sales tinggi serta mampu melawan harga dengan pihak lain itu dianggap sebagai winning produk. Winning produk adalah wajib untuk dicari oleh semua seller dropshipping.
Kebanyakan seller selalu beranggapan dengan produk yang banyak maka sales anda akan tinggi. Kesilapan inilah yang memakan diri anda kerana anda tidak menilai produk anda dari segi saingan atau trend terkini yang dicari oleh pelanggan di Shopee.
Anda harus mempunyai produk yang mempunyai harga yang kompetatif serta ianya tengah laku keras di pasaran, Tidak kiralah jika produk itu adalah "cross sell" produk utama.
Setelah menjumpai produk winning ini maka anda harus kemas kini produk listing produk winning ini. Ianya saling berkait produk listing dan winning produk untuk mendapatkan impak yang kuat.
Dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya ada menerangkan teknik-teknik bagaimana mengenai dan mencari Winning Produk dengan jaminan sales.
MARKETING
Salah satu kelemahan dropshipping ialah produk mereka tidak mempunyai marketing yang baik. Sebagai contoh jika pelanggan membeli produk tersebut akan mendapat free gift.
Marketing atau offer adalah salah satu teknik dalam jualan bisnis on line untuk menarik perhatian pelanggan membeli produk anda.
Sebagai dropshipper kita tak mampu memberii free gift kerana produk tersebut di hantar oleh syarikat dropship. Lalu untuk memaksimakan marketing dalam kedai Shopee anda, terdapat 12 jenis marketing di dalam seller Shopee dashboard seperti voucher, diskaun, add on deal dan sebagainya.
Gunakan kesemua marketing ini untuk menarik perhatian pelanggan anda. Jika anda tidak menggunakan teknik ini, potensi untuk anda menjual produk anda amat tipis.
Dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya ada menerangkan teknik-teknik bagaimana bagaimana mengguna teknik marketing dengan jaminan sales.
KESALAHAN PENGIRAAN UNTUNG RUGI
Disebabkan persaingan yang kuat di Shopee ramai seller Shopee memberi harga yang terlalu rendah hingga merugikan anda. Ada jualan tetapi rugi kerana mereka tidak mengira caj-caj tersembunyi
Begitu seronok memberi potongan harga hingga lupa anda sebenarnya rugi. Pastikan berhati-hati membuat marketing di Shopee tanpa merugikan anda.
Saya ada memberikan EBOOK percuma cara pengiraan untung rugi anda membeli EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya.
MAINTENANCE TIADA
Shopee Seller dashboard merupakan sebuah rumah yang amat besar dan harus memastikan rumah anda sentiasa bersih. Penambahan produk serta produk lapuk harus anda tambah atau buang. Anda juga harus selalau memeriksa stok anda dari masa ke semasa.
Anda juga harus melihat kualiti kedai anda dengan rating yang diberikan oleh Shopee. Jika anda mendapat penalti maka kedai Shopee anda tidak akan dipaparkan oleh Shopee dan ini akan merugikan anda.
Anda harus ingat, Shopee bukanlah milik anda tetapi milik sebuah syarikat swasta dan Shopee suka seller yang membuat sales dan menjaga rating mereka.
Untuk yang demikian, setiap minggu anda harus membuang produk yang sold out dan pastikan winning produk ditambah dari masa ke semasa. Takkan dengan hanya sekali anda membuat produk winning, anda akan berpuas hati. Tidak!!!
Anda harus membuat kajian produk setiap minggu dan pastikan ia di kemas kini dengan produk winning yang baru. Produk listing harus terus dilakukan untuk menjamin kedai Shopee anda konsisten.
Ini yang dinamakan maintenance dan suka tak suka jika anda mahu terus berjaya, pastikan membuat "house keeping" rumah anda. Banyak sebenarnya maintenance kedai Shopee yang patut anda lakukan.
Dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya ada menerangkan teknik-teknik bagaimana bagaimana mengguna teknik maintenance untuk memastikan konsisten sales anda di Shopee.
ADVANCED SALES
Pergantungan pada platform shopee semata-mata tidak akan membuat anda maju ke depan. Dengan menggunakan marketinh sistem mereka dan Shopee Ads mereka bukanlah jaminan kejayaan anda, apatah lagi saingan yang begitu sengit.
Anda terpaksa mencari jus trafik dari sumber luar dari Shopee seperti FB Ads atau memnuat blogging. Melalui FB Ads anda mencari trafik luar dari platform Shopee dan melalui blogging anda mencari trafik organik melalui SEO ( Search Engine Optimization).
Pergantungan sepenuhnya melalui platform Shopee akan menyebabkan perkembangan kedai anda menjadi statik. Anda mahu tak mahu terpaksa membuat strategi seperti diatas,
Dalam EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya ada menerangkan teknik-teknik bagaimana bagaimana membuat Advanced Sales untuk memastikan kedai Shopee anda kekal sihat.
Saya ada memberikan EBOOK percuma bagaimana membuat blog menggunakan blogspot selepas anda membeli EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP saya.
Inilah pemasalahan utama berniaga di Shopee dimana saingan harga amat hebat dan untuk mengekalkan saingan anda harus mempunyai strategi yang baik dan cadangan saya dapatkan EBook Shopee Funnel Sales Meletup kami.
Pada tahun 2023 kami memberikan kesemua produk kami kepada anda iiatu blogging dan Facebook Ads selain EBook utama kami Shopee Funnel.
Lihat video portal pembelajaran yang kami berikan jika anda dapatkan Masterclass kami ini: