MEMBUAT IKLAN BERBAYAR MENCARI PRODUK WINNING
Adakah anda tahu menggunakan Shopee Ads anda boleh memperolehi data dengan cepat untuk Produk Winning.
KEPUTUSAN: ( 20/7/2023)
Melalui data yang diberikan kami mendapati produk ini merugikan walaupun mendapat klik yang banyak. Ini bermakna produk ini adalah produk yang boleh dijual atau ia produk Winning tetapi kedai saya tidak boleh menjualnya.Bila dilihat harga yang dijual di Shopee adalah lebih rendah dan berdasarkan data Shopee Ads yang kami lakukan ia tidak boleh dijual. Harga terendah ialah RM19.50
Kami melihat harga yang dijual di Save Value ialah RM17.40. Dimana kadar keuntungan yang diberikan ialah 20% .
APA YANG PATUT SAYA BUAT?
Saya menggunakan Shopee Calculator apps yang kami berikan percuma. Dan dibawah ini adalah keputusannya jika saya menambahkan lagi diskaun.
Saya dapati boleh mengurangkan harga produk ini sehingga 11% dan dicampur transcation/ commision fee 7% . Maka saya masih boleh menjana keuntungan 3% atau RM0.67 dan produk saya adalah harga terendah sekali.
Maka, adakah ia berbaloi? Terpulang pada anda kerana carian untuk produk ini amat tinggi dan jika anda mahu bersaing dan membuat jualan, tiada masalah. Tetapi jika anda tidak mahu merosakkan harga maka abaikan sahaja.
Kesimpulan.
Ini adalah salah satu cara yang kami gunakan untuk melihat produk mana yang akan memberi sales kepada kami melalui data. Dan adakah produk ini dalam kategori produk winning atau pun tidak.
Pada mulanya ia akan merugikan anda tetapi apabila anda mula "filtering" semua iklan anda, ia akan mula menjana sales untuk anda.
Tetapi anda harus mengeluarkan modal dahulu. Dan mula mengambil keuntungan melalui iklan berbayar selepas itu.
Pada dasarnya ini bukan yang kami mahukan, untung kecik2 macam ini. Buat sakit kepala jer Tapi kami mahu menganalisa adakah dengan jumlah produk yang kecil mampukah kami membuat jualan. Jawapannya ialah YA!!!!
Tetapi kadar keuntungan bukanlah sehebat dengan jumlah produk yang banyak dikedai Shopee anda. Lagi banyak produk lagi banyak potensi untuk menjana sales yang maveles!!