Hari ini saya akan membuat sebuah webinar tentang Canva sahaja. Ramai yang bertanya pada saya kenapa Canva amat popular sebagai salah satu produk digital untuk jana duit?
Apa Itu Canva?
Canva ialah sebuah tool untuk reka bentuk, untuk semua orang. Semua orang tu, maksudnya; kalau anda tak ada kemahiran grafik pun, percayalah, anda boleh mula buat rekaan pertama anda melalui Canva dan anda tak akan gagal!
Anda boleh reka apa-apa yang boleh dicetak, dokumen dalam format PDF, invois, flyers, sehinggalah grafik untuk siaran di platform digital seperti infografik dan rekaan laman web. Pendek kata anda boleh buat apa sahaja mengguna Canva.
Sejarah Canva
Pengasas Canva, Melanie Perkins, ketika zaman kanak-kanaknya dia belajar di Sacred heart College. Kemudian dia mengejar kerjaya dalam bidang komunikasi, psikologi dan pemerdangangan dari University of Western Australia.
Dia juga belajar rekaan komputer asas sebagai subjek major ketika pengajian. Ketika itu, dia sedar bahawa ada ramai pelajar berdepan dengan kesukaran menyelesaikan tugas yang memerlukan kemahiran teknikal dan kompleks seperti penggunaan perisian Photoshop dan Illustrator.
Pada peringkat awal, Melanie bersama Cliff Obrecht (kini suaminya) mengasaskan perniagaan baru yang bernama Fusion Book.
Semasa fasa itu, Fusion Books bertukar nama kepada Canva Inc. Awalnya, ia sangat mencabar untuk Melanie dan Cliff untuk dapatkan dana daripada pelabur. Mereka dapat peluang untuk berjumpa dengan seorang pelabur terkenal, Bill Tai pada tahun 2011 di Perth.
Pada suatu hari, mereka bertemu dengan bekas eksekutif Google. Segala kesukaran yang mereka tempuhi jadi satu rahmat.
Cameron Adams sertai pasukan mereka dan Cameron bantu Canva untuk dapatkan dana bagi melebarkan lagi jenama itu.
Pada 2013, syarikat mereka dilancarkan secara rasminya selepas dua pusingan suntikan modal awal. Ketika itu, Malerie Perkins sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cliff Obrecht sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), dan Cameron Adams sebagai Ketua Pegawai Produk (CPO).
Itulah sejarah ringkas Canva dan kemudian ia menjadi sejarah kegemilangan Canva
KELEBIHAN CANVA
1. BOLEH UPLOAD GAMBAR DAN VIDEO DARI GALLERY HANDPHONE ANDA
Sudah tentu anda pernah melakukan photoshoot menggunakan handphone kan? Dan adakalanya anda mahu menggunakan gambar tersebut sewaktu melakukan editing. Jadi Canva memang menyediakan fungsi ini supaya anda boleh memuatnaik gambar yang anda ingin masukkan di dalam poster atau video. Anda hanya perlu klik butang ‘Upload Media’ dan kemudian aplikasi Canva akan terus pergi ke Gallery handphone atau laptop anda.

2. MASUKKAN TEXT & VIDEO DALAM DESIGN ANDA
Text @ tulisan merupakan elemen penting sewaktu kita mencipta sesuatu design untuk poster atau video. Contohnya kita hendak menulis nombor telefon atau nama FB & IG sebagai rujukan kepada prospek. Jadi anda boleh klik pada simbol ‘T’ seperti gambar di bawah dan taip perkataan yang anda ingin masukkan.

3. TEMPLATE DISEDIAKAN SECARA PERCUMA.
Tahukah anda, setiap design memerlukan saiz dan ukuran yang berbeza? Contohnya anda memerlukan template yang berbeza untuk Facebook Cover, Instagram Stories, Instagram Post, Busines Card, Poster, Banner dan macam-macam tujuan lain. Jadi apa yang menariknya di sini adalah Canva memang sudah menyediakan ready made template tersebut. Anda hanya perlu pilih dan touch up mengikut citarasa anda.
4. BERIBU GAMBAR DAN BACKGROUND READY MADE DISEDIAKAN
Untuk amatur yang kurang pandai melakukan kerja rekaan grafik, Canva adalah aplikasi yang sangat sesuai untuk anda gunakan! Beribu gambar dan background / latar belakang yang menarik disediakan secara percuma.
Anda boleh pilih mengikut kesesuaian tema dan konsep yang anda ingin cipta. Contohnya anda ingin membawa konsep Hari Malaysia. Anda hanya perlu search ‘Malaysia Flag’ dan terus pilih yang mana paling sesuai.
5. BOLEH MASUKKAN AUDIO & VIDEO DI CANVA
Fungsi ini sangat menarik sebab zaman sekarang orang lebih tertarik dengan media yang bergerak dan berbunyi. Contohnya bila anda bila anda scroll akaun Facebook dan anda nampak satu posting yang diiringi dengan audio kegemaran anda, sudah tentu anda akan teruskan mendengar, betul tak?
Sekaligus mesej yang ingin disampaikan oleh si pemilik akaun juga berjaya dicapai. Anda boleh klik butang audio dan pilih audio yang anda minati.

6. AUTO SAVED
Teringat dengan pelajar saya sewaktu di dalam kelas. Sewaktu beliau sedang menyiapkan tugasan rekaan grafik yang saya berikan, tiba-tiba beliau berasa cemas. Gelabah habis!
Kerja editing beliau hilang! Puncanya kerana beliau salah tekan dan keluar daripada aplikasi tersebut. Jangan risau…. Sebenarnya Canva ada fungsi auto-saved! Kerja anda tak akan hilang. Anda hanya perlu klik butang Design dan akan dipaparkan semua design yang anda pernah buat sebelum ni. Lihat gambar di bawah.
7. BOLEH DOWNLOAD & SHARE DESIGN SECARA PERCUMA
Inilah fungsi yang paling penting dan menjana kewangan anda. Dimana semua rekaan anda boleh dikongsi dengan semua pihak, janji mereka dah ada akaun Canva.
Dengan "templates link" oleh Canva ini anda sudah boleh menjual produk Canva anda dan menjana kewangan. Inilah kelebihan Canva yang menjadi titik tolak peniaga Canva.
8. CANVA KINI INTEGRASI DENGAN CANVA AI ( VEO3)
Pada zaman Ai ini, Canva tidak ketinggalan dan telah bekerjasama dengan Chat GPT dan terbaru dengan VEO3 iaitu membuat video Ai yang realistik.
Serius saya taksub dengan kehebatan VEO3 dan kini Canva sediakan percuma untuk pengguna Canva Pro dengan 5 video setiap bulan. Okey ler tu dari beli kredit RM500 dengan 7000 kredit..
Ini adalah titik tolak kelebihan Canva dalam dunia Ai dan ramai yang teruja dan saya pun teruja dan lihat bawah ini video saya buat guna Canva AI dan VEO3.
9. CANVA KINI BOLEH BUAT CODING
10 . CANVA PUNYAI RATUSAN APLIKASI PIHAK KETIGA PERCUMA
Apps Canva, khususnya apps pihak ketiga, ialah penyepaduan yang menambahkan fungsi tambahan pada platform Canva. Apps ini dibina oleh pembangun luar menggunakan teknologi web standard dan boleh disambungkan ke akaun Canva pengguna. Mereka membenarkan pengguna untuk menggabungkan kandungan pihak ketiga, menambah destinasi penerbitan dan menyokong pelbagai sambungan dalam reka bentuk Canva mereka.
APAKAH PRODUK YANG DIJUAL MENGGUNA CANVA
CANVA ADALAH PERCUMA DAN MURAH
Kenapa Canva menjadi pilihan ramai ialah ianya percuma. Walaupun percuma ia masih memberi banyak fungsi percuma kepada pengguna. Saya mula-mula memakai Canva hanya memakai akaun percuma ini sahaja.
Dan kini saya mengguna Canva Pro dengan harga RM250 setahun iaitu harga yang masih murah untuk setahun penggunaan iaitu RM20 sebulan sahaja.
KESIMPULAN
Sebagai pemilik bisnis anda dapat melihat Canva ini adalah sebuah platform yang cukup hebat membuat templates gambar produk, video produk anda, kongsikan templates dan menjual menggunakan Canva Website.
Maksudnya ialah dengan Canva anda boleh membina keseluruhan asas perniagaan anda mengguna satu platform ini sahaja.
MANA SAYA NAK BELAJAR CANVA?
Anda sudah ketahui bahawa Canva mempunyai pelbagai fungsi dan saya bahagikan fungsi utama Canva ialah
- Pertama membuat templates bergambar ( image),
- Kedua membuat video ( samada dari image statik atau video dari templates
- Ketiga ialah membuat website Canva
APA YANG KAMI BERIKAN?
SISTEM MEMBERSHIP
Sistem Pembelajaran kami adalah melalui Membership Portal . Dan Cik/Tuan akan menerima username./password melalui email setelah pembelian.KELAS CANVA PEMULA DAN ADVANCED
KELAS GATEAWAY DAN FACEBOOK ADS
JUAL SEMULA TEMPLATES KAMI
KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI
KAMI BUKAN SEKADAR CANVA
JUAL COPYWRITING KAMI
CANVA TEMPLATES PERCUMA
Kami berikan Canva Templates percuma dimana 1000++ untuk Canva Image dan15 Website Templates untuk sosial media dan website anda.