Buat Iklan Terus Ke What's Apps adalah Kesilapan Besar - BLOG SHOPPERMANIAC

Buat Iklan Terus Ke What's Apps adalah Kesilapan Besar

kesilapan mereka apabila membuat iklan ialah mereka direct customer ke what apps mereka
Buat Iklan Terus Ke What's Apps adalah Kesilapan Besar

Ada beberapa bisnis masih memerlukan method penerangan bisnis mereka secara call atau what's App
Ini adalah kerana bisnis mereka adalah high ticket bisnis iaitu harga bisnis yang mahal. Bagi saya jika melebihi RM500, method ini adalah terbaik.

Namun kesilapan mereka apabila membuat iklan ialah mereka direct customer ke what apps mereka.Dan biasanya apa yang saya lihat peratusan yang berjaya closed bisnis ialah bawah 95%.

Kenapa ni berlaku ialah anda mencari pelanggan yang hanya mahu tahu sahaja tetapi tidak berminat. Anda buang masa melayan mereka dengan copywriting dan kadangkala call mereka yang membazir masa anda.

Cara terbaik ialah anda harus tapis pelanggan yang hanya mahu tahu sahaja tetapi tidak berminat.

BAGAIMANA CARANYA
Caranya mudah sahaja iaitu buat laman web atau Website dan di website tersebut CTA anda ialah no what's App anda. Dengan cara Ini anda dapat tapis mereka dengan lebih baik dan ini kita panggil mereka yang menelepon anda adalah warm audience. 

Potensi kejayaan closed bisnis adalah 80%. Anda akan melihat kadar pengurangan yang ketara mereka yang what apps anda tetapi dari 200 what apps seminggu tetapi tiada Sales. Adalah lebih baik 50 what apps seminggu dengan 1 sales.

Logiknya ialah dengan website anda menapis pelanggan anda dengan memberi penerangan yang jelas tentang produk anda. Perkara asas tentang produk anda telah diterangkan dengan jelas dengan memasukkan pain point pelanggan, kelebihan produk anda, testimoni, harga serta pakej yang anda berikan. 

Oleh itu mana-mana bisnis semua memerlukan website apatah lagi jika anda berurusan dengan what apps atau call. Dengan kos yang amat rendah anda bukan sahaja dapat tenangkan diri anda menjawab panggilan yang terlalu tinggi hingga stress tetapi TIADA JUALAN.

Atau menjawab panggilan telepon yang berkualiti dan hasilkan jualan.

Jika anda sebagai pemula nak belajar bina website kami menggalakkan anda mengguna Platform Blogspot atau CanvaIanya platform yang amat murah dan efektif jika tahu memaksimumkan penggunaanya.

Dan anda bertuah kerana kami ada memberi perkhidmatan ini dan anda boleh memilih salah satu daripadanya.

Catat Ulasan