Website Kena Banned Oleh Domain Provider - BLOG SHOPPERMANIAC

Website Kena Banned Oleh Domain Provider

Salah satu kerugian yang aku alami ialah salah satu Sales Pages kami aku kena banned

 


Salah satu kerugian yang aku alami ialah salah satu Sales Pages kami aku kena banned dan paling tragis ia berlaku semasa aku membuat iklan berbayar mengguna FB Ads dengan budget RM150 sehari. Dan paling tragis aku ketahui selepas 3 hari apabila aku cuba nak buka Sales Pages dan ia tulis "Cannot Connect"

Stress bermain FB Ads

Sebab itu aku hairan kenapa MasterClass Canva Website Pro aku tiada sales langsung selama beberapa hari dan aku bernasib baik teringat nak klik jap website aku sebab dah 3 hari tiada jualankandi FB Ads, biasanya website isu dalam 1%  atau kreatif isu dalam 99%.

Dan yang 1% pula berlaku dan menyebabkan aku kerugian "B**oh gila..huhuhu. 2 hari juga Namecheap nak approved website aku ini tiada kesalahan dan akhirnya semalam (27/4/2025) aku buat balik ads dan kena tunggu lagi algoritma FB Ads.

Ini pelajaran pertama aku kena setelah berbelas tahun bergelumang dengan blogging ini. Pengajaran yang aku porelehi ialah saingan dalam perniagaan bukan mitos. 

Website aku kena banned sebab ada report yang mengatakan aku spam atau jual produk tipu. Siapa yang akan buat report sedemikian jika bukan pesaing kau kan.

That life in bisnis dan jangan berputus asa dan kita tetap kena move on juga..

Dan kini website ini dah lepas dari penjara dan jom kita beriklan




إرسال تعليق