Saya mendapat satu soalan dari pembaca saya dan soalan ini memang menarik dan saya pun tak terfikir, iaitu bagaimana saya hendak ketahui program Shopee saya join? Saya tak tahu mana nak check.
Soalan bijak dan sememangnya anda tidak boleh periksa apa program yang anda telah join jika anda cari di Shopee Seller Centre. Cara terbaik dan pantas ialah anda melihat jumlah jualan anda dari kedai Shopee anda.
Dari resit pihak Shopee berikan anda dapat melihat keseluruhan jumlah bayaran serta pendapatan yang anda perolehi.. Anda periksa kesemua data yang diberikan dan pada resit diatas. Anda akan ketahui program mana anda akan sertai dan melalui gambar diatas kami ada sertai cashback program.
Kadangkala ia akan tulis Service Fee ( anda kena klik tanda soal sebelah hujung ayat tersebut.
Ini contoh kedua dimana seller ini mengambil program Saver Programme Fee.
JELAS melalui resit income setiap produk anda boleh melihat program Shopee yang anda sertai dan jika anda rasa tidak sesuai maka anda boleh keluar atau terma Shopee ialah OPT OUT.
BAGAIMANA OPT OUT PROGRAM SHOPEE
Dimana dalam penerangan artikel terdapat kolum untuk Opt Out dan anda isikan sahaja maklumat tersebut.
KESIMPULAN
Inilah cara termudah untuk melihat program Shopee mana telah anda sertai dan kita semua tahu Shopee takkan mudah2 nak berikan cara untuk anda melihat program mana anda sertai. Jahat Shopee ini kan..hahahaha



