Mengapa Saya Perlu Menggunakan Iklan Carian untuk Mengiklankan Produk Saya?
1. Meningkatkan Pendedahan
Tunjukkan iklan anda di tempat di mana pembeli paling berkemungkinan untuk melihatnya, seperti di bahagian atas hasil carian.
2. Meningkatkan Jualan
Perluas jangkauan anda kepada pembeli berpotensi yang sedang mencari menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan senarai produk anda yang diiklankan.
3. Mengawal Perbelanjaan
Kawal berapa banyak yang anda belanjakan dengan menetapkan bajet dan jumlah yang ingin anda tawar untuk setiap klik.
Bagaimana untuk Mula?
Pilih Produk yang Ingin Diiklankan Sebelum anda bermula, pastikan tajuk produk, gambar dan deskripsi anda telah dikemas kini.
Pilih Kata Kunci yang Relevan dengan Produk Biarkan Shopee menguruskan kata kunci anda, atau tambahkan kata kunci anda sendiri.
Tetapkan Harga Tawaran untuk Setiap Kata Kunci yang Dipilih Harga tawaran adalah jumlah maksimum yang anda sanggup bayar untuk setiap klik pada iklan.
Tetapkan Bajet dan Tempoh untuk Iklan Iklan anda akan berjalan sehingga:
- Bajet anda habis
- Kredit Iklan habis
- Tempoh iklan berakhir
Bagaimana Saya Akan Dikenakan Caj?
Anda hanya akan dikenakan caj apabila pembeli mengklik iklan anda. Kos akan ditolak dari Kredit Iklan anda.
Untuk Melindungi Penjual
Sistem Shopee secara automatik mengesan klik yang tidak sah, seperti klik berulang dari pengguna yang sama atau klik automatik, yang mana anda tidak akan dikenakan caj.
Bagaimana Iklan Saya Akan Dikenakan Kedudukan?
Apabila beberapa penjual membida untuk kata kunci yang sama, iklan lain mungkin muncul bersama iklan anda di halaman hasil carian.
Kedudukan iklan anda adalah urutan iklan anda berbanding dengan iklan lain. Sebagai contoh, kedudukan iklan "1" bermakna iklan anda adalah iklan pertama yang ditunjukkan. Kedudukan iklan yang lebih kecil bermaksud kedudukan iklan yang lebih baik, lebih dekat dengan bahagian atas halaman hasil carian (contohnya, kedudukan iklan "3" adalah lebih baik daripada "10").
Kedudukan Iklan Anda Ditentukan oleh 2 Faktor Utama:
Harga Tawaran: Ini adalah harga tertinggi yang anda sanggup bayar untuk satu klik pada iklan.
Harga sebenar yang dikenakan biasanya kurang daripada harga tawaran anda, kerana sistem mengira kos minimum-per-klik yang diperlukan untuk iklan anda ditunjukkan sebelum iklan yang berada di bawahnya.
Anda boleh menetapkan harga tawaran untuk setiap kata kunci yang anda pilih untuk iklan anda, atau anda boleh membiarkan Shopee memilih kata kunci dan mengoptimumkan harga tawaran mereka untuk menjana pulangan pelaburan (ROI) yang sihat dengan memilih "Auto Selected" untuk kata kunci iklan anda.
Skor Kualiti: Ini mengukur kualiti iklan anda dan dipacu oleh:
Relevansi produk yang diiklankan dengan kata kunci yang dipilih.
Kadar Klik Diharapkan (CTR) dan Kadar Penukaran Diharapkan (CR) bagi iklan anda.
CTR ialah jumlah klik pada iklan anda dibahagikan dengan jumlah kali iklan anda ditunjukkan kepada pembeli.
CR mengukur jumlah penukaran jualan bagi produk yang diiklankan dibahagikan dengan jumlah klik pada iklannya.
CTR dan CR dijangka lebih tinggi jika produk yang diiklankan mempunyai:
Gambar menarik, tajuk relevan dan deskripsi produk yang memikat.
Ulasan positif, penilaian produk yang baik dan jumlah "terjual" yang tinggi.
Harga kompetitif atau promosi lain seperti baucar pulangan tunai, harga diskaun atau penghantaran percuma.
Kedudukan iklan anda akan dipengaruhi oleh kedua-dua faktor tersebut secara serentak, iaitu kedua-dua harga tawaran dan skor kualiti iklan berbanding dengan iklan lain.
Harga tawaran atau skor kualiti yang lebih tinggi boleh menyumbang kepada kedudukan iklan yang lebih baik (iaitu lebih dekat ke bahagian atas halaman hasil carian).
Di Manakah Iklan Carian Muncul Apabila Mengiklankan Produk Saya?
Sebanyak maksimum 60 Iklan Carian Produk akan ditunjukkan dalam hasil carian untuk mana-mana kata kunci tunggal, sama ada di mudah alih atau desktop.
Di Mudah Alih
Iklan Carian Produk dipaparkan sebagai 2 senarai produk pertama di halaman hasil carian. Selepas itu, 1 iklan akan ditunjukkan selepas setiap 3 senarai.
Di Desktop
Iklan Carian Produk dipaparkan sebagai 5 senarai produk pertama dan 5 senarai produk terakhir di halaman hasil carian.
Kesimpulan
Pembayaran Shopee ads adalah berdasarkan bid atau harga tawaran yang anda ambil. Dan pembayaran akan dikenakan kepada anda berdasarkan jumlah klik oleh buyer. Jika tiada klik maka tiada bayaran dikenakan.
Ini bermaksud anda harus memastikan jumlah kilk anda dan pembelian produk mesti tinggi untuk mengelakkan kerugian semasa membuat ikaln Shopee ads ini
Berita Baik:
Dalam Masterclass Shopee kami telah menambahkan satu lagi item bagaimana membuat analisa Shopee Ads anda serta bid yang anda ambil berapakah ROAS yang patut anda perolehi jika tidak mahu kerugian.
Bagaimana Membaca Data Shopee Ads
Apa Maksud Pelbagai Metrik Prestasi Iklan?
1. Paparan (Impressions)
Paparan mengukur jumlah kali iklan anda dilihat oleh pembeli yang telah log masuk. Semakin tinggi paparan, semakin luas jangkauan iklan anda kepada pembeli berpotensi.
2. Klik (Clicks)
Klik mengukur jumlah kali pembeli yang telah log masuk mengklik iklan anda setelah melihatnya.
3. Kadar Klik (Click-Through-Rate - CTR)
CTR mengukur peratusan masa pembeli mengklik iklan anda selepas melihatnya.
Sebagai contoh, jika terdapat 100 paparan untuk iklan anda dan 10 klik, CTR anda adalah 10%. CTR yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia mencerminkan minat yang lebih tinggi terhadap iklan anda.
4. Pesanan (Orders)
Pesanan mengukur jumlah pesanan yang dibuat oleh pembeli yang mengandungi produk yang diiklankan atau produk lain dari kedai anda, dalam tempoh 7 hari selepas klik pada iklan.
Nota:
Metrik ini dilancarkan semula pada 24 Jun 2021 dan kini boleh digunakan untuk menjejak jumlah pesanan yang dihasilkan oleh iklan anda berbanding dengan jumlah pesanan kedai anda. Sila ambil perhatian bahawa data untuk "Pesanan" hanya tersedia dari 24 Jun 2021.
5. Konversi (Convrsion)
Penukaran mengukur jumlah produk unik yang dijual dalam setiap pesanan dalam tempoh 7 hari selepas klik pada iklan, termasuk produk yang diiklankan dan produk lain dari kedai anda.
Jika seorang pembeli mengklik beberapa produk yang diiklankan dan membeli beberapa produk dari kedai anda dalam satu pesanan, setiap produk yang diiklankan akan mendapat 1 Penukaran. Selain itu, iklan terakhir yang diklik akan mendapat 1 Penukaran dari jualan setiap produk lain dari kedai anda dalam pesanan yang sama.
6. Item Terjual (Items Sold)
Item Terjual mengukur jumlah kuantiti produk yang diiklankan dan produk lain dibeli dari kedai anda dalam tempoh 7 hari selepas klik pada iklan.
Satu penukaran boleh terdiri daripada pelbagai item terjual bagi produk yang sama. Sebagai contoh, jika anda mengiklankan sebuah baju dan seorang pembeli membeli 3 baju sekaligus, Penukaran akan menjadi 1 dan Item Terjual akan menjadi 3.
7. Nilai Barangan Kasar (Gross Merchandise Value - GMV)
GMV mengukur jumlah wang yang dihasilkan oleh pembeli dari pembelian produk yang diiklankan dan produk lain dari kedai anda dalam tempoh 7 hari selepas klik pada iklan.
8. Perbelanjaan (Expense)
Perbelanjaan mengukur jumlah wang yang dibelanjakan untuk iklan anda. Pastikan perbelanjaan anda berada dalam bajet pengiklanan anda.
9. Pulangan atas Perbelanjaan Pengiklanan (Return on Advertising Spend - ROAS)
ROAS menunjukkan pulangan dari perbelanjaan iklan anda dengan mengukur pendapatan yang dihasilkan oleh iklan dari jualan produk kedai anda berbanding setiap ringgit yang dibelanjakan untuk iklan.
ROAS = GMV ÷ Perbelanjaan
Sebagai contoh, jika GMV yang dibawa oleh iklan anda adalah RM3000 dan perbelanjaan iklan anda adalah RM600, ROAS anda adalah 5.