Apakah Itu SEO Shopee? - BLOG SHOPPERMANIAC

Apakah Itu SEO Shopee?

tahukah anda bahawa Shopee, Tik Tok, Facebook dan semua sosial media mempunyai algoritma masing-masing.
tahukah anda bahawa Shopee, Tik Tok, Facebook dan semua sosial media mempunyai algoritma masing-masing.


SEO (Search Engine Optimization) adalah satu proses untuk meningkatkan keterlihatan laman web atau kedai dalam hasil carian mesin pencari. Dalam konteks Shopee, SEO merujuk kepada strategi dan teknik yang digunakan untuk meningkatkan kedudukan produk anda dalam hasil carian di platform Shopee. Dengan memahami dan mengaplikasikan SEO Shopee, anda dapat memastikan produk anda lebih mudah ditemui oleh bakal pembeli, sekali gus meningkatkan peluang jualan.

Untuk penjelasan lebih lanjut tentang SEO ini secara umum dan biasanya ramai yang mengaitkan SEO ini dengan Google sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa Shopee, Tik Tok, Facebook dan semua sosial media mempunyai algoritma masing-masing. Dan setiap algoritma ini mempunyai keutamaan masing-masing yang ditentukan oleh platform mereka sendiri. Dan untuk Shopee apakah kehendak Shopee Algoritma.

Berikut adalah beberapa aspek penting dalam SEO Shopee:


Pemilihan Kata Kunci yang Tepat

Kata kunci adalah teras kepada SEO. Kata kunci yang tepat ialah istilah atau frasa yang sering digunakan oleh pengguna Shopee ketika mencari produk. Sebagai contoh, jika anda menjual beg tangan wanita, kata kunci seperti beg tangan Wanita,  beg tangan fesyen, atau beg wanita murah mungkin relevan. Dalam Bahasa SEO yang tulen ia dpanggil “Searh Intent” iaitu ayat yang biasa digunakan oleh pelangga.
 
Gunakan alat-alat seperti Google Keyword Planner atau Ubersuggest untuk mencari kata kunci yang berkaitan atau menggunakan sendiri platform Shopee yang boleh memberikan kata kunci yang lebih baik.
Selepas mendapatkan kata kunci tersebut masukkan kata kunci tersebut di dalam tajuk produk anda. Tajuk produk harus mengandungi kata kunci utama dan memberi gambaran yang jelas tentang produk.


Deskripsi Produk yang Terperinci

Dalam SEO ia umpama sebagai konten anda. Deskripsi produk haruslah jelas, terperinci, dan menyertakan semua maklumat penting tentang produk. Ini termasuk saiz, bahan, warna, fungsi, dan kelebihan produk. 
Deskripsi yang baik bukan sahaja membantu dalam SEO tetapi juga memberikan maklumat lengkap kepada bakal pembeli, meningkatkan kepercayaan mereka terhadap produk anda.

Pastikan juga jika deskripsi anda pendek gunak 2 atau 3 bahasa menjelaskan tentang produk deskripsi dan masukkan kata kunci di dalam deskripsi ini tadi. 
Anda digalakkkan mengguna bullet point dalam menyenaraikan spesifikasi produk,

Anda harus ingat bahawa deskripsi digunakan untuk memebritahu pelanggan tentang produk, oleh itu penjelasan produk haruslah diutamakan . Bukannya buat spam masukkan kata kunci di dalam deskripsi hingga menglirukan pelanggan anda.


Penggunaan Gambar Berkualiti Tinggi

Gambar produk memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan. Pastikan gambar yang digunakan adalah berkualiti tinggi, menunjukkan produk dari pelbagai sudut, dan memperlihatkan butiran produk dengan jelas. Dalam SEO Shopee dikatakan Shopee Algoritma mengambil kira tajuk gambar tersebut haruslah sinonim dengan tajuk produk. Dimana Shopee Algoritma akan lonjakkan produk kedai tersebut secara organik jika melihat tajuk yang baik serta deskrispi dan gambar dengan kesemuanya memliliki kata kunci yang baik.

Pada masa yang sama pastikan guna gambar yang berkualiti untuk menonjolkan produk anda. SEO hanya menyediakan trafik tetapi visual gambar serta deskripsi yang baik adalah untuk menjual.


Penilaian dan Ulasan Pelanggan

Penilaian dan ulasan positif dapat meningkatkan keterlihatan produk anda di Shopee. Produk dengan penilaian tinggi dan ulasan yang baik cenderung mendapat keutamaan dalam hasil carian. Salah satu item yang di gunakan oleh Shopee Algoritma ialah ulasan oembeli. Lagi banyak ulasan lagi mudah produk anda di tonjolkan oleh Shopee.

Minta pelanggan untuk memberikan ulasan selepas pembelian dan tanggapi ulasan dengan profesional, terutamanya jika ada ulasan negatif. Berikan penyelesaian yang memuaskan untuk masalah yang dihadapi pelanggan.

Aktif Mengguna Program Shopee

Shopee menyediakan pelbagai alat promosi seperti  bundle deal. voucher diskaun, dan flash sale. Menggunakan alat-alat ini dengan bijak dapat meningkatkan keterlihatan produk anda. Dan pada masa yang sama mengikut Shopee, produk anda akan di lonjakkan oleh Shopee Algoritma kerana ia merupakan  merupakan salah satu ranking yang dicari oleh Shopee Algoritma. 

Tetapkan bajet untuk Shopee Ads dan pilih kata kunci yang relevan dan gunakan voucher diskaun untuk menarik lebih banyak pembeli.

Apakah Itu SEO.Shopee?

Kesimpulan

SEO Shopee adalah satu aspek penting dalam mengoptimumkan kedai anda di platform ini. Dengan memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik SEO yang tepat, anda dapat meningkatkan keterlihatan produk anda, menarik lebih banyak pembeli, dan akhirnya meningkatkan jualan. Mulakan dengan pemilihan kata kunci yang tepat, penghasilan tajuk dan deskripsi yang menarik, penggunaan gambar berkualiti, dan aktif dalam promosi. Dengan komitmen dan strategi yang betul, kejayaan kedai Shopee anda berada di dalam genggaman.


Dalam MasterClass Shoppermaniac perkara di atas kami panggil sebagai Produk Listing iaitu salah satu dari 5 funnel kami yang merangkumi semua perkara diatas.

Namun dengan hanya SEO anda sukar mendapatkan jualan. Anda memerlukan beberapa teknik lain yang kami berikan seperti Produk Winning, Marketing, Maintenance dan Advanced Sales.




Catat Ulasan