ANDA PATUT BERNIAGA DI SHOPEE KERANA SEBAB INI - BLOG SHOPPERMANIAC

ANDA PATUT BERNIAGA DI SHOPEE KERANA SEBAB INI

Trafik merupakan akar kepada semua perniagaan on line, kerana ada trafik maka ada jualan.

ANDA PATUT BERNIAGA DI SHOPEE KERANA SEBAB INI

Saya mendapat satu soalan iaitu apa kelebihan berbisnis di Shopee sebagai Shopee Seller. Mari kita huraikan dengan detail kelebihan berbisnis di Shopee.
Pada dasarnya Shopee adalah sebuah marketplace sama seperti Lazada, Lelong, Tik Tok Shop dan lain-lain iaitu mereka menyediakan platform untuk peniaga on line berniaga di plarform mereka. 

Mereka akan sediakan sistem pemasaran dan penghantaran kepada semua seller yang berniaga di platform mereka secara percuma.
Mereka akan kenakan beberapa caj seperti transaksi caj, komisen caj dan jika anda sertai program mereka akan kenakan beberaoa caj tertentu.
Ini adalah satu standard amalan yang dilakukan oleh semua marketplace.


ANDA PATUT BERNIAGA DI SHOPEE KERANA SEBAB INI

Jika anda bertanya pada saya apalah kelebihan Shopee berbanding dengan marketplace lain. Saya dengan cepat akan mengatakan trafik!!!!
Jangan bandingkan polisi kerana semua marketplace sedang ketatkan polisi mereka untuk menarik perhatian pembeli ke platform mereka
Sebagai contoh tempoh hari Shopee ada membuat polisi Change Of Mind dimana pelanggan boleh memulangkan prioduk dalam masa 15 hari tetapi Lazada pula membuat Change Of Mind dari 15 hari ke 30 hari. Dan sebaliknya. Ini adalah bisnis strategi.

Dan ramai yang berniaga di Shopee (saya join banyak Group FB Shopee) mengatakan Shopee sekarang mengambil komisen melampau dan sebagainya. Adakah anda berpeluang berniaga di platform lain selain di Shopee? Kaji dan lihat apakah kelebihan Shopee berbanding dengan platform diluar sana. Sama sahaja iaitu menekan Seller yang sedia ada untuk memastikan platform mereka releven dengan pasaran terkini.

Seperti yang saya katakan tadi, kelebihan Shopee berbanding dengan platform marketplace yang lain ialah trafik !!!!!
Berkali-kali saya katakan platform yang mempunyai trafik tertinggi di Malaysia ialah Shopee dan tempat kedua ialah Lazada.

Dalam bulan May jumlah trafik sebulan ke Shopee ialah 53.39 juta atau sehari 1.7juta manakala Lazada hanya 16,978 juta sebulan atau sehari 565 ribu orang sahaja.Perbandingan sebanyak 3 kali ganda!!!

Anda akan mengatakan berniaga di Shopee persaingan sengit dan sukar mendapat keuntungan. Ini adalah perkara biasa dengan persaingan yang sebegitu hebat dan jika anda mahukan teknik terkini bagaimana untuk mengatasi masalah ini anda dapatkan MasterClass Shopee kami sekarang juga.

ANDA PATUT BERNIAGA DI SHOPEE KERANA SEBAB INI

KENAPA TRAFIK PENTING 

Trafik merupakan akar kepada semua perniagaan on line, kerana ada trafik maka ada jualan.
Anda jual sesuatu produk tetapi tiada siapa yang beli kerana tiada sesiapa yang datang ke kedai anda walaupun produk anda itu murah !!!
Kerana platform yang anda gunakan untuk menjual itu tiada orang yang melawat.

Tapi di Shopee anda tidak menghadapi masalah ini kerana sehari Shopee sediakan 1.7juta orang. Malah apabila Shopee sediakan trafik yang sebegitu tinggi masalah persaingan harga bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan secara teori kerana lambakan trafik yang ada serta ragam pembeli yang pelbagai.


Anda hanya perlu menjual sahaja kerana trafik sudah disediakan. Maka saya telah menjawab soalan kritikal kenapa anda patut berniaga di Shopee.
Produk anda tidak boleh dijual di Shopee ada banyak sebab :
1. Produk yang serupa
2. Produk yang hampir serupa
3. Tiada Marketing 
4. Harga yang terlalu mahal untuk produk yang sama
5. Produk Listing tidak mnyakinkan 
6. Bukan Produk Winning




Catat Ulasan