Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan Makanan - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan Makanan

Pada artikel ini saya akan memberikan penerangan bagaimana FB Ads Setempat akan membantu kedai Fizikal khusus perniagaan Restoran

Kenapa Kebanyakan Restoran di Malaysia Tutup: Analisis Perniagaan Restoran

Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan  Makanan


Pada artikel ini saya akan memberikan penerangan bagaimana FB Ads Setempat akan membantu kedai Fizikal khusus perniagaan Restoran mengatasi masalah anda. Anda akan dapat melihat kekuatan FB Ads Setempat mengatasi masalah anda, Untuk itu saya mengambil satu kajian daripada website yang mengatakan kenapa kebanyakkan restoran tutup dan bagaimana FB Ads Setempat akan membantu anda.

Dalam industri perniagaan restoran yang kompetitif di Malaysia, tidak cukup hanya memiliki modal dan tenaga kerja yang mencukupi untuk menjamin kejayaan. Walaupun kedai-kedai ini dilengkapi dengan sumber yang diperlukan, banyak dari mereka tetap gagal menarik pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup. Artikel ini menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 30 restoran di Malaysia, bersama dengan pakar perniagaan, Samuel.


Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan  Makanan

Kurangnya Kepelbagaian dan Inovasi

Salah satu sebab utama kegagalan restoran di Malaysia adalah kurangnya kepelbagaian dan inovasi dalam menu yang ditawarkan. Pelanggan masa kini mencari pengalaman makan yang unik dan berbeza. Restoran yang gagal memperbaharui menu mereka dengan hidangan yang inovatif dan menarik cenderung kehilangan minat pelanggan. Kepentingan untuk inovasi ini tidak hanya terbatas pada makanan tetapi juga dalam pemasaran dan pengalaman pelanggan.

Jawapan:

Ini adalah bergantung pada pemilik restoran sebelum anda membuka perniagaan restoran anda. Sudah tentu anda sudah mempunyai menu “winning” yang akan anda akan gunakan untuk mempromosikan restaurant anda. Ini adalah perkaar biasa dalam duni perniagaan dimana anda akan membuat kajian produk mana yang boleh anda jual serta mempunyai permintaan yang tinggi. Dalm hal ini menu dan juga persembahan produk adalah tanggungjawab anda.


Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan  Makanan

Lokasi yang Tidak Strategik

Lokasi adalah kunci utama dalam perniagaan restoran. Banyak restoran yang baru dibuka sering kali memilih lokasi yang kurang strategik tanpa kajian pasaran yang mendalam. Lokasi yang kurang aksesibiliti atau jauh dari kawasan tumpuan ramai mungkin mempunyai sewa yang lebih murah tetapi menghadapi kesukaran untuk menarik pelanggan. Keupayaan untuk menarik lalu lintas kaki yang tinggi adalah kritikal, terutama bagi restoran yang baru beroperasi.

Jawapan:

Untuk saya lokasi bukanlah satu keperluan yang paling utama tetapi ianya tidak boleh diabaikan. Lokasi yang strategik merupakan bonus kepada pemilik restoran tetapi kerap saya melihat banyak restoran viral yang tidak mempunyai lokasi yang strategik. Apa yang boleh dibantu oleh FB Ads Setempat jika lokasi anda tidak strategik.

Melalui Fb Ads Setempat, kemampuan sistem ini membuat iklan spesifik di kawasan yang berdekatan kedai fizikal restoran anda memberikan peluang kedai anda diketahui oleh semua penduduk yang berada berdekatan di Kawasan peniagaan anda . Masalah pendedahan lokasi anda telah selesai.

Dan saya galakkan apabila lokasi anda ini agak jauh, anda harus dibantu oleh bunting atau banner disekitar 1 km perniagaan anda buat permulaan. Supaya mereka yang melihat iklan anda dan mahu pergi kedai fizikal anda yang agak tersorok dibantu oleh visual banner dan bunting adalah amat membantu.


Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan  Makanan

Persaingan yang Sengit

Industri restoran di Malaysia sangat kompetitif. Dengan kehadiran pelbagai jenis restoran, dari yang mewah hingga kedai makanan jalanan, restoran perlu menonjolkan diri mereka untuk menarik pelanggan. Tanpa ciri khas atau nilai tambah yang jelas, restoran boleh dengan mudah tenggelam dalam lautan pesaing. Persaingan harga juga boleh menjadi faktor, di mana restoran yang tidak mampu bersaing dengan harga yang berpatutan mungkin akan ditinggalkan oleh pelanggan.

Jawapan:

Cuba cerita  pada saya mana perniagaan yang tidak mempunyai persaingan terutama bisnis makan. Sudah tentu persaingan akan ujud dimana-mana sahaja dan salah satu kelebihan anda ialah anda mempunyai menu yang viral setelah membuat kajian yang mendalam. 

Dengan FB Ads Setempat anda boleh mendahului pesaing anda. Ramai masih tidak mngetahui tentang kelebihan menggunakan FB Ads Setemapat dan inilah peluang yang anda harus gunakan untuk mentasi pesaing-pesaing anda dengan 10 langkah ke hadapan!!!


Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan  Makanan

Pengurusan Kewangan yang Lemah

Pengurusan kewangan yang lemah juga merupakan faktor kritikal yang sering diabaikan oleh pemilik restoran. Walaupun memiliki modal yang mencukupi, pengelolaan aliran tunai yang tidak efektif dan kegagalan dalam membuat ramalan kewangan yang realistik boleh menyebabkan kegagalan. Kebanyakan restoran memerlukan masa untuk mencapai titik impak, dan tanpa pengurusan kewangan yang cekap, restoran boleh kehabisan dana sebelum mencapai kestabilan.

Jawapan:

Apabila bercerita tentang pengurusan kewangan ianya terletak pada anda. Kos marketing merupakan factor terpenting dalam mana-mana perniagaan terutama perniagaan baru. Anda memerlukan modal untuk menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3-6 bulan terutama Kedai Fizikal atau restoran yang mengambil masa yang agak lama. Pastikan anda mempunyai modal yang mencukupi untuk membuat iklan samda fizial atau online dalam budget perniagaan anda.


Bagaimana FB Ads Setempat Membantu Kedai Orientasikan  Makanan

Kurangnya Penekanan pada Kualiti Perkhidmatan

Dalam usaha untuk mengurangkan kos, beberapa restoran mungkin mengorbankan kualiti perkhidmatan, yang boleh memberi kesan negatif kepada pengalaman pelanggan. Pelanggan hari ini lebih cenderung untuk berkongsi pengalaman negatif mereka melalui media sosial, yang boleh merosakkan reputasi sebuah restoran dengan cepat. Penting bagi restoran untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi dan memastikan bahawa setiap pelanggan merasa dihargai dan dilayan dengan baik.

Jawapan:

Ya sudah tentu ia memainkan peranan yang penting. Atas Sebab itu adakala iklan anda berjaya memandu pelanggan datang ke kedai anda tetapi mereka haya datang sekali sahaja. Ini kerana kualiti perkhidmatan anda yang buruk. FN Ads Setempat memandu pelanggan ke kedai anda dan untung sebenar adalah melalui “repeating customer” dan iklan mulut ke mulut yang akan membawa kedai anda ke satu peringkat yang lebih tinggi.


DAPATKAN EBOOK DAN VIDEO FACEBOOK ADS SETEMPAT

Kesimpulan

Restoran di Malaysia menghadapi cabaran yang signifikan dalam usaha untuk bertahan dan berkembang dalam industri yang kompetitif ini. Dari keperluan untuk inovasi dan kepelbagaian dalam tawaran menu, memilih lokasi yang strategik, menghadapi persaingan yang sengit, pengurusan kewangan yang efektif, hingga penekanan pada kualiti perkhidmatan, semua aspek ini perlu ditangani dengan teliti. Dengan memahami dan mengatasi isu-isu ini, restoran dapat meningkatkan peluang mereka untuk kejayaan dan keberlangsungan dalam pasaran yang penuh persaingan.




Catat Ulasan