MASTERCLASS SHOPPERMANIAC BERWAJAH BARU 2024 - BLOG SHOPPERMANIAC

MASTERCLASS SHOPPERMANIAC BERWAJAH BARU 2024

HARGA BARU MASTERCLASS SHOPPERMANIAC KAMI
MASTERCLASS SHOPPERMANIAC BERWAJAH BARU 2024

 


Pada tahun 2024 Masterclass Shoppermaniac telah membuat beberapa eksperimen dan penambahbaikan pada Kelas Online kami.

Ianya penambah baik dari segi material serta susunan agar lebih bersifat mesra dengan pembaca kami. Penambahbaik juga kami lakukan dari segi portal membership dan sebagainya.

Kami telah beroperasi selama 3 tahun dan sudah tiba masanya kami membuat perubahan dalam material serta harga kami.

MASTERCLASS SATU HARGA

Sebelum ini kami memberi atau menjual satu set Masterclass kami melibatkan Shopee EBook, Blogging Ebook dan Facebook Ads Ebook dengan satu harga RM100.

Dan kami mendapati percampuran semua ilmu dalam satu Masterclass ialah bukan semua memerlukan semua itu. Ada yang hendak Masterclass Shopee sahaja terpaksa mendapatkan Blogging dan FB Ads.

Ini tidak adil walaupun kami menggalakkan anda pelajari semua ini untuk masa depan Bisnis On Line anda.

PEMECAHAN MASTERCLASS SHOPPERMANIAC

Pada pertengahan 2024 kami memecahkan semua Masterclass kami kepada 3 bahagian iaitu Masterclass Shopee, Masterclass Blog dan untuk Facebook kami tumpu pada kelas Facebook Ads Setempat dahulu.

Kami dalam proses membuat tutorial baru menggunakan interface Facebook Ads terbaru yang akan mengambil masa. 

Kesemua Eboook kami masukkan  dalam landing pages kami iaitu shoppermaniac.com dah dari situ anda boleh mendapatkan Masterclass pilihan anda.

Dimana:
  • Masterclass Shopee : RM30
  • Masterclass Blogging : RM35
  • FBAds Iklan Setempat : RM20
  • Masterclass Facebook Ads: Coming soon

Dan kami masih memberi peluang kepada anda mendapatkan kesemua ini dengan Membership Diamond dengan hanya RM50.

Kami telah menurunkan 50% harga kami secara drastik. Ini juga sebab Facebook Ads kami tidak dimasukkan. Tapi percayalah, walaupun kami akan memasukkan  Masterclass Facebook Ads nanti, harga kami tetap rendah.

Dengan perubahan ni diharap semua pengguna yang mahu dapatkan ilmu yang spesifik akan lebih mudah dan tidak membebankan dari Masterclass Shoppermaniac.

Kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda dan sokongan anda adalah tanda kepercayaan anda kepada kami.

Jangan bimbang, konsultasi what apps lepas jualan masih berjalan pada ketiga-tiga Masterclass kami ini. 

Ada masalah boleh what apps kami dan jika penerangan panjang seperti biasa kami akan buatkan video dalam You Tube Channel kami.



MASTERCLASS SHOPPERMANIAC BERKEMBANG

Kami juga mahu mengembangkan jenama Shoppermaniac kami dengan memberi perkhidmatan membuat landing pages, buat Ads, copoywriting dan sebagainya. 

Selain itu selain daripada projek Facebook Ads yang sedang disusun. Kami akan meneruskan projek AI kami  yang tergendala akibat beberapa hal yang kami tak dapat elakkan.

Inilah perubahan Masterclass Shoppermaniac kami lakukan demi anda dan untuk anda.

Jangan lupakan dapat Masterclass Shopee dengan 5 funnel Shopee Sales Funnel Meletup kami yang telah membantu ramai Seller Shopee.

Jangan lupa dapatkan Masterclass Blogging kami dengan teknik Konten Pillar dan Topikal utoriti serta SEO yang kami berikan. 

Jangan lupa dapatkan FBAds Setempat untuk anda yang mempunyai kedai Fizikal dan banjirkan kedai anda dengan pelanggan hanya menggunakan sistem "pin targetting" dalam FB Ads.

Nantikan Masterclass Facebook Ads yang akan boost bisnis anda dengan teknik TOFU dan MOFU kami yang efisien.

Masterclass Shoppermaniac kami sentiasa berkembang dari masa ke semasa.






SEJARAH SHOPPERMANIAC

Jika anda melihat kami mula-mula ditubuhkan kami memberi tunjuk ajar Kedai Shopee kami iaitu storeshoppermaniac kami menjana sales dari RM1000 hingga RM6000 sebulan menggunakan Dropship sahaja.

Dan kami membawa anda ke dunia blogging dimana kami berjaya menarik trafik ke blog kami 15 ribu ke atas sebulan.

Dan kini kami berkembang ke AI dan Digital Produk.  Kedai Shopee pun lama tak jenguk sebab transaksi bisnis kami yang semakin berkembang.

Inilah yang kami mahu berikan pada anda. Berkembang dalam dunia bisnis online yang kami lakukan selama 3 tahun dan kami masih merangkak.

Bermula dengan kedai Shopee dan kami kini berubah platform yang kami lebih minat iaitu Edukasi.

Tak lupa kesilapan kami sepanjang 3 tahun iaitu kegagalan projek minyak wangi kami serta ECommerce kami.

Jika anda bersama semenjak hari pertama, anda tahu bisnis online ini perit tetapi tidak mustahil dan kami mahu kongsikan kepada anda apa kita belajar selama 3 tahun dengan data sebenarp Shoppermaniac serta pengalaman kami selama 15 tahun dalam dunia online dengan berikan Masterclass kami ni.

Catat Ulasan