MENGATASI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2024 - BLOG SHOPPERMANIAC

MENGATASI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2024

MENGATASI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2024

MENGATASI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2024


Kemas kini terbaru kenaikan komisen Fee dan Transaksi Fee pada 1 August 2024 

Kenaikan commission fee atau saya katakan kenaikan  mendadak commission fee oleh Shopee telah menyebabkan ramai seller shopee pening kepala terutama dropship seller yang mendapat margin untung dalam 10% hingga 6% sahaja.

Masalah commission fee Shopee ini pula ialah ia mempunyai beberapa kategori yang akan menentukan berapa caj yang akan kena. Sebagai Shopee Seller dropship yang menjual pelbagai produk sudah tentu kami tidak dapat membuat Analisa satu persatu produk kami. Mahu tak mahu saya mengambil keputusan mengambil peratusan 7% yang dahulunya hanya 4% . Kenaikan 3% .

Shopee hanya nak mengaburi mata peniaga Shopee dengan menurunkan Program Shopee tetapi menaikkan caj Komisen lebih banyak dari Program Shopee. Padahal bukan semua Shopee Seller yang mengambil program Shopee ini. 

Pendek kata dropship Shopee akan mengalami kehliangan margin untung 3% lagi. !!!!!

Namun secara positif, untuk saya kenaikan Komisen Fee Shopee merupakan satu petanda positif untuk peniaga Shopee Dropship yang kental.  Saya akan huraikan beberapa sebab kenapa anda harus menganggap kenaikan komisen fee ini sesuatu yang positif.


Kenaikan Commission Fee Dan Transaksi Fee Shopee 2024


PERSAINGAN HARGA 

Pada pandangan saya, persaingan harga sesama dropship akan menurun disebabkan kadar margin keuntungan yang semakin mengecil. Dahulu saya sering tekankan, pastikan anda mengambil 10% margin untung untuk setiap produk. Kini saya tidak berani membuat penyataan tersebut disebabkan kos komisen fee Shopee yang terbaru ini.

Margin untuk yang kecil akan menyebabkan ramai shopee seller akan membuat pemasaran produk dengan harga yang kompetatif iaitu sedikit rendah atau harga yang sama sahaja. Mereka tidak akan menurunkan harga hingga sanggup untung 1% sahaja. Dan sesiapa yang mengamalkan budaya menurunkan harga secar aekstrem,  mereka akan mengaami kerugian apabila 20 March ini efektif kenaikan komisen fee ini. 

Kenaikan komisen fee secara tidak langsung akan mengurangkan stress persaingan harga di Shopee.


RAMAI AKAN BERHENTI 

Jangkaan ini pasti akan berlaku dimana kenaikan Komisen fee ini sebenarnya membunuh seller Shopee Dropship. Ramai akan mengambil keputusan akan berhenti menjual di Shopee atau berhenti mengguna beberapa syarikat dropship. Ini adalah perkara normal yang akan dilakukan kerana takkan mereka mahu untung dalam 6% setiap jualan atau bawah daripada itu?

Kebanyakan peniaga Shopee yang akan berhenti iniialah peniaga Shopee parasit yang bermain harga yang melampau. Mereka tahu walaupun mereka masih boleh menurunkan harga produk dengan kenaikan komisen fee ini ianya tidak menjejaskan kerana mereka koisen fee caj akan mengikar mereka menurunkan harga mendadak.

Baik berhenti sahaja daripada bersaing dengan shopee seller dengan harag perbezaan RM 0.10 sahaja.


RAMAI YANG AKAN RUGI 

Saya jangkakan ramai peniaga seller akan rugi terutama seller baru dan seller-seller paarsit yang bermain harga kerana mereka akan  terlupa menukar teknik pemasaran mereka yang memberikan diskaun yang tinggi. 

Dan pada 20 March apabila Komisen Fee berkuatkuasa dinaikkan maka mereka akan melihat jualan yang baik tetapi secara keseluruhan mereka akan mengalami kerugian jika mereka setkan kadar margin untung mereka bawah 3% .

Anda akan mengatakan  ini hanyalah satu  hipotesis sahaja. Takkan mereka tidak akan tahu kenaikan Komisen Fee ini. Pengalaman saya menjual di Shopee dan berurusan ramai dengan seller baru ini. 

Pasti ada beberapa orang akan terlepas pandang perkara ini dan dahulu jika mereka terlupa. Impaknya hanyalah kadar keuntungan mereka akan rendah tetapi kali ini ia amat berbeza kerana Shopee menaikkan kadar komisen yang melampau dan jika mereka terlupa untuk mengurangkan baucer atau diskaun yang mereka berikan, impaknya adalah amat teruk sekali . Iaitu RUGI!!!


Search Ads AKAN BERKURANGAN

Ramai Shopee Seller akan mengurangkan kos untuk Shopee Ads mereka terutama untuk Search Ads tetapi Discovery Ads akan meningkat kerana bid yang dikenakan agak rendah berbanding Searh Ads iaitu dalam RM0.07 – R<0.11 sahaja.


Kesimpulannya ini adalah jangkaan saya dropship terus bersaing di Shopee amat cerah dan mungkin pada pandangan lain, kenaikan komisen fee yang melampau oleh Shopee ini adalah satu perkembangan yang negative namun sebagai bisnis owner adalah tugas kita untuk mencari jalan mengatasi apa Sahaja halangan samada manipulai system yang ada atau tutup kedai.

Catat Ulasan