FACEBOOK ADS DIKRITIK GUNA OBJEKTIF TRAFIK - BLOG SHOPPERMANIAC

FACEBOOK ADS DIKRITIK GUNA OBJEKTIF TRAFIK

Seller Shopee ini tidak memiliki data seperti dari laman web Ecommerce.Oleh itu menggunakan Facebook Ads Target adalah satu teknik yang terbaik.

 Facebook Ads Mengguna Objektif Target 

FACEBOOK ADS DIKRITIK GUNA OBJEKTIF TRAFIK


Saya mendapat maklum balas dari rakan saya mengatakan apa yang saya ajar tentang Facebook Ads adalah salah.

Ini kerana untuk mendapatkan jualan melalui Facebook ads haruslah menggunakan Sales Objektif.


Saya akui bahawa mana-mana agensi marketing yang membuat perkhususan dalam pengiklanan mengguna Facebook Ads akan menggunakan Objektif Sales.

Dan saya sendiri beberapa kali menggunakan objektif sales dalam kempen saya.


Namun rakan saya tidak memahami bahawa dalam MasterClass Shoppermaniac ini kami menumpukan sebuah kedai Shopee. Dimana Seller Shopee ini tidak memiliki data seperti dari laman web Ecommerce.Oleh itu menggunakan Facebook Ads Target adalah satu teknik yang terbaik.

 


PERBEZAAN FACEBOOK ADS OBJEKTIF TRAFIK DAN SALES

Sebelum itu biar saya jelaskan apa itu Objektif Target dalam Facebook Ads. Objektif  kempen trafik boleh menjadi cara terbaik untuk menarik lebih ramai orang melawat tapak web anda dan juga halaman produk anda. Ini bermakna ia bukanglah menarik jualan ke laman web produk anda di Shopee. 


Ini bermakna tugas kempen trafik ialah menarik seberapa ramai pihak yang suka melawat sesuatu laman tapi belum tentu mereka akan membelinya.


Manakala Peringkat jualan atau Sales objektif iklan Facebook paling baik digunakan pada petunjuk yang mengetahui perniagaan anda dan mempunyai niat membeli yang kukuh.


Objektif ini berfungsi paling baik dengan orang di bahagian bawah corong anda yang hanya memerlukan tolakan atau peringatan terakhir untuk membeli. Contohnya mereka yang telah memasukkan data ADD TO CART atau yang pernah membeli produk anda.


Seperti saya katakan, anda tidak mempunyai maklumat ini dan kesesuaian mengguna Objektif Jualan tidak boleh dilakukan.



CARA SHOPPERMANIAC MEMBUAT FUNNEL TRAFIK FACEBOOK ADS

Kami menggunakan 2 funnel sahaja iaitu TOFU MOFU  ( Top Of Funnel / Middle Of Funnel).

Saya akan terangkan secara santai sahaja dimana  anda boleh melihat logiknya teknik ini.


Permulaan, saya akan membuat sebuah iklan mengguna broad atau jika saya mempunyai data sebelum ini dimana saya pernah membuat iklan. Saya akan membuat custom audience seperti Lookalike untuk lebih spesifik.


Jika tidak saya akan membuat iklan dengan memilih auidence dari niche saya. Katakan saya menjual produk EBOOK SHOPEE maka saya akan memilih digital marketing, bisnis online, marketplace dan sebagainya.

Disini pemilihan audien anda amat penting. Jika anda salah memilih maka iklan anda akan pergi ke audien lain. Namun, jika anda ragu-ragu, anda boleh sahaja memilih broad tanpa memilih audien.


Ini kerana Facebookatau Meta baru-baru ini mengatakan, algoritma mereka bijak dan menyarankan anda mengguna broad sahaja. Tahulah mereka mencari audien kesukaan anda melalui data sepanjang anda jalankan iklan anda.


Pastikan kreatif dan copywriting anda menarik. Dan saya mahu  anda mengguna video untuk permulaan ini kerana anda boleh membuat targetting nanti ( MOFU). Nanti saya akan terangkan.


Setelah semuanya siap, Maka anda publish iklan anda ini.


SEBAIK sahaja anda publish iklan anda ini dipanggil TOFU. Anda akan membuat iklan kedua iaitu MOFU dimana audien anda adalah anda memilih mereka yang telah melihat video anda. Ini kita panggil targetting.

Dan anda boleh tetapkan mereka yang telah melihat 25% , 50% atau 75% video anda. Terpulang pada anda.

Anda akan membuat satu lagi kreatif untuk mengingatkan mereka akan produk anda. Pada masa ini anda tidak perlu perkenalkan produk anda kerana mereka telah memahami dari iklan yang pertama.


Kreatif di iklan kedua ini adalah testimoni dan kelebihan produk anda. Dimana iklan kedua ini kita fokus pada mereka yang telah mengetahui produk anda atau kita namakan sebagai Hot Audience. Manakala dalam iklan pertama kita panggil sebagai cold audience.


Pembahagian kos kedua iklan ini ialah 80% untuk iklan pertama dan 20% untuk iklan kedua. 


Logik tak apa yang saya katakan ini . Dan teknik ini telah berkali-kali saya gunakan dan ia menjana sales yang agak baik. 

DAN jika anda telah memahami cara kerja targetting ini anda bukan sahaja boleh membuat 2 funnel ini tetapi beberapa funnel jika anda menjual produk yang lebih mahal dan margin untung yang tinggi.


Jika anda berminatuntuk mendapatkan teknik TOFU dan MOFU kami untuk kedai Shopee anda. Dapatkansatu set Masterclass Shopppermaniac kami di mana kami memberi tunjuk ajar menjana jualan di Shopee dengan 5 funnel kami, Teknik blogging dan sudah tentu teknik Facebook Ads.


DAPATKAN SEKARANG MASTERCLASS SHOPPERMANIAC






Catat Ulasan