Makcik Kemboja Minta Maaf ( Pengajaran Kepada Pemilik Bisnis) - BLOG SHOPPERMANIAC

Makcik Kemboja Minta Maaf ( Pengajaran Kepada Pemilik Bisnis)

Makcik Kemboja atau nama penuh beliau Mariyah berumur 49 tahun telah meminta maaf pada semua rakyat Malaysia

Akhrnya Makcik Kemboja atau nama penuh beliau Mariyah berumur 49 tahun telah meminta maaf pada semua rakyat Malaysia atas kesilapan beliau mengatakan Melayu Malas.


Untuk pengetahuan, Makcik Kemboja ini telah membuat konten dan mengatakan beliau adalah rakyat Kemboja dan rakyat Kemboja ni rajin tak macam orang melayu malas.

Makcik Kemboja Minta Maaf ( Pengajaran Kepada Pemilik Bisnis)


Ini telah menyebabkan viral seluruh Malaysia dan menambahkan parut apabila anak beliau mencabar rakyat Malaysia yang mengutuk mak dia sehingga ada yang pergi ke kilang beliau mencari anaknya.


Dan akhirnya tidak tahan dengan cemuhan netizen di Malaysia, beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka tapi sebagai pemilik perniagaan tekstil ianya telah memberi kesan yang amat mendalam pada perniagaan beliau.


Ramai supplier beliau telah menarik diri mengambil baju beliau yang rata-ratanya terdiri dari orang melayu dan timbul masalah lagi syarikat beliau Mariyah Holding Sdn Bhd, tidak membuat pembayaran KWSP kepada pekerja beliau.


Atas sebab inilah sebagai peniaga anda harus menjaga tingkah laku beliau dan jangan sesekali seronok menjaja cerita pantang larang sebagai pencipta konten iaitu soal agama dan bangsa. Dan akhirnya telah memakan diri beliau sendiri.


Makcik Kemboja terlalu riak dan yakin diri dengan menidakkan manusia sekitarnya, seoalh-oleh bisnis beliau dan kekayaan beliau boleh memijak bangsa lain. Inilah sikap yang tidak harus ada pada seorang bisnis owner.


Anda sepatutnya rapat dengan semua orang kerana anda menjual produk dan jika tiada orang yang membelinya siapa yang salah. Riak dan sombong Makcik Kemboja akhirnya secara perlahan membunuh perniagaan beliau dan sikap anak beliau yang celopar mulut seolah-olah macam hero menekan perniagaan anda.


Tak pasal-pasal perniagaan anda kena boikot kerana riak dan sombong dan anggap anda berada di diatas syurga dan orang dibawah anda hendak di lenyak-lenyak.


Pengajaran  disini lah jangan sombong, anda berjaya bukan kerana anda seorang tetapi orang-orang sekelilng anda seprti keluarga anda dan pekerja anda.






Catat Ulasan