Kisah Kieda Crepe Pengajaran Kepada Bisnis On Line. - BLOG SHOPPERMANIAC

Kisah Kieda Crepe Pengajaran Kepada Bisnis On Line.

Isu paling panas dalam minggu ini dimana pemilik Kieda Crepe telah memecat 5 pekerja dari 12 pekerja beliau serta memberi surat amaran

 

Kisah Kieda Crepe Pengajaran Kepada Bisnis On Line.

Isu paling panas dalam minggu ini dimana pemilik Kieda Crepe telah memecat 5 pekerja dari 12 pekerja beliau serta memberi surat amaran selebihnya pada mereka.


Video ini saya ingin berkongsi kepada bisnis owner samada online atau pun tidak. Dalam bisnis atau sebagai ketua, anda bukan sahaja berjuang untuk memajukan bisnis anda tetapi harus mempunayi ilmu bagaimana mengawal manusia.


Setiap kejayaan anda bukan anda seorang yang menjayakan syarikat anda tetapi bantuan dari keluarga serta pekerja anda, Jika anda mendapat pekerja yang baik maka baiklah syarikat anda dan jika anda mendapat pekerja yang tidak bagus maka buruklah syarikat anda.


Berbalik pada kisah Kieda Crepe ini saya tertarik untuk mengambil pengajaran dari kes ini dari kacamata bisnis owner atau ketua atau penyelia di mana-mana syarikat. Adakah tindakan Kieda Crepe ini salah atau benar. Jom !!!


Apa salah mereka. Kesalahan mereka ialah mereka membuat sebuah whatapps group seramai 12 orang dan mengutuk atau mencerca majikan mereka dalam group khas ni. Dan malangnya perbuatan mereka ini secara tidak sengaja di ketahui oleh pemilik Kieda Crepe ini.


Satu isu yang dipertikaikan tindakan tanpa belas kasihan oleh pemilik Kieda Crepe ini . Namun jika anda lihat dari sudut kemanusiaan sememangnya tindakan Kieda Crepe ini kejam dan tidak berperikemanusian .


Tetapi jika anda lihat dari segi management atau pengurusan ini adalah tindakan yang betul.  Bagi saya tingkahlaku sedemikian jika diketahui oleh majikan dan malangnya diketahui oleh majikan atau boss. Tindakan harus diambil.


Pertama ia melibatkan krebiliti beliau sebagai ketua yang sedar ada unsur-unsur kurang sihat berlaku di syarikat beliau dan jika beliau tidak ambil maka ia akan mengganggu krebiliti beliau dan kuasa beliau sebagai ketua.


Suka tak suka Kieda Crepe atau pemilik dengan nama Khalieda Yusra harus mengambil tindakan. Ianya bukan tindakan yang popular tetapi harus dilakukan dari segi undang-undang pengurusan manusia ini.


Jika tidak, perkara ini akan menjadi wabak dan akan ujud puak-puak yang menyokong KIeda Crepe dan tidak menyokong Kieda Crepe dan ia akan memberi imej yang buruk pada syarikat Khalieda Yusra ini nanti.


Saya menyokong tindakan Kieda Crepe ini dan berharap mana-mana pekerja yang membuat whatapps group ini pandai-pandai ler simpan jangan sampai bocor.


Kalau boss tak tahu, no issue . Tapi kalau tahu, inilah jadinya dan saya yakin semua orang yang bekerja di mana-mana industri mempunyai whatapps group dimana boss tiada dalam tu. Saya pun alami perkara ini dan malah saya mempunyai sticker dalam what apps group tersebut.




Catat Ulasan