INTIPATI BELANJAWAN 2024 KEPADA PENIAGA - BLOG SHOPPERMANIAC

INTIPATI BELANJAWAN 2024 KEPADA PENIAGA

Apakah peluang atau faedah sebagai peniaga memperolehi dari Belanjawan 2024 ini

INTIPATI BELANJAWAN 2024 KEPADA PENIAGA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, jam 4 petang ( 13/10/2024)

Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Apakah peluang atau faedah sebagai peniaga memperolehi dari Belanjawan 2024 ini


INTIPATI Belanjawan 2024 Kepada Peniaga 

  • Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus, berbanding 6 peratus. Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi
  • RM25 Juta - Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan.
  • RM44 Bilion - Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS ( Perusahaan mikro, kecil dan sederhana)
  • RM1.4 Bilion - Pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.
  • RM720 Juta - Peruntukan khas bagi menggalakkan golongan wanita dan anak muda menceburi bidang perniagaan.
  • RM8 Bilion - Dana pinjaman di bawah BNM untuk menyokong syarikat PKS. RM600 Juta daripada itu dikhususkan antaranya untuk membantu usahawan mikro dan usahawan berpendapatan rendah.
  • RM100 Juta - Peruntukan pembiayaan bagi menyokong inisiatif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membasmi kemiskinan.
  • RM100 Juta - Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro
  • RM900 Juta - Galakan kepada PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan
  • RM40 Juta - Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.
  • RM50 Juta - Pembinaan 4,000 unit ruang niaga baharu di kawasan PBT.
  • Pengecualian bayaran sewa kiosk bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga.
  • RM430 Juta - Kemudahan pinjaman daripada Agrobank kepada pengusaha agro makanan bagi menyokong peningkatan kapasiti pengeluaran produk pertanian.
  • Pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan & aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000.

INTIPATI BELANJAWAN 2024 KEPADA PENIAGA

APA ITU iTEKAD

Program Pembiayaan Mikro iTEKAD merupakan program kewangan sosial yang bertujuan khusus menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro. iTekad adalah program penaung yang diwujudkan oleh BNM bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.



PERBEZAAN PMKS DAN PKS

Di Malaysia, terdapat perbezaan antara Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan ini bergantung kepada kriteria saiz dan pendapatan tahunan perusahaan. Berikut adalah perbezaan utama:


1. Saiz Perniagaan:

   - *PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana):* PMKS biasanya merujuk kepada perusahaan dengan aset bersih kurang daripada RM 100,000 atau pendapatan tahunan kurang daripada RM 300,000.

   - *PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana):* PKS merujuk kepada perusahaan dengan aset bersih antara RM 100,000 hingga RM 10 juta atau pendapatan tahunan antara RM 300,000 hingga RM 50 juta.


2. Pekerjaan:

   - PMKS mungkin mempunyai pekerja yang kurang dan beroperasi dalam skala yang lebih kecil.

   - PKS biasanya mempunyai lebih banyak pekerja dan lebih besar dalam hal skala operasi.


3. Sokongan Kerajaan:

   - Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai insentif dan sokongan kepada PKS, termasuk keringanan cukai dan program latihan.

   - PMKS mungkin tidak memenuhi syarat untuk beberapa insentif yang ditawarkan kepada PKS.


4. Peraturan:

   - PKS mungkin tunduk kepada lebih banyak peraturan kerajaan berbanding PMKS, termasuk peraturan kewangan dan pekerjaan.


5. Peranan Ekonomi:

   - PKS memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi Malaysia kerana mereka cenderung untuk mempunyai lebih banyak sumber daya dan pekerja.


Perbezaan di atas memberikan gambaran mengenai perbezaan antara PMKS dan PKS di Malaysia. Ia penting untuk merujuk kepada definisi dan peraturan semasa kerajaan untuk maklumat yang lebih terkini dan terperinci.



Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258).


Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

Biasanya AIM ini diambil oleh ibu-ibu atau kaum wanita di kampung-kampung.



Program Shop Malaysia Online

Kempen 'Shop Malaysia Online' bagi memacu pemulihan ekonomi negara menerusi usaha mendorong perniagaan beralih ke arah digital serta menggalakkan rakyat berbelanja secara dalam talian


Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online belanjawan 2024  bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah. Kita tak dapat lagi pengumuman fokus untuk Shop Malaysia On Line ini.



Pinjaman mikro BSN 

BSN Micro Kasih ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

Tujuan Pinjaman: Modal Kerja, Pembelian Aset dan Pengubahsuaian

Amaun Pinjaman: Minima: RM5,000 dan Maksimum: RM50,000


Ini yang saya lihat maklumat terkini. Mungkin ada perubahan lain akan berlaku kita nantikan sahaja



KESIMPULAN INTIPATI BELANJAWAN 2024 KEPADA PENIAGA


Jika dilihat pada keseluruhan faedah belanjawan 2024 ini. Peniaga bisnis online mampu untuk memohon faedah ini dengan kadar bunga yang rendah atau memperolehi geran dari kerajaan.


Lihat dan nantikan bagaimana untuk memohon kesemua faedah Belanjawan Malaysia Madani 2024 ini.  Saya akan kongsikan dalam artikel ini nanti.

Catat Ulasan