PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Untuk anda cek sama ada dah ada orang beli ataupun tidak produk anda, anda boleh klik My Order

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Anda akan nampak beberapa tabs yang ada seperti To Ship, Shipping, Completed dan lain-lain. Untuk melihat dah ada pembeli atau belum, anda boleh tekan To Ship. Tapi sebelum saya terang secara jelas, kita flashback yang Shopee ada 2 jenis shipping iaitu shipping biasa dan free shipping program (anda boleh rujuk balik modul sebelum ini).


Jadi saya akan tunjuk cara untuk pos produk untuk kedua-dua jenis shipping ni.


1) Shipping Biasa

Untuk tab yang pertama iaitu All, semua jenis transaksi akan dilihat di sini tapi kita tidak akan focus yang ni sebab menyusahkan untuk tengok. Kita start dengan tab Unpaid.

Unpaid adalah customer yang kebiasaannya ingin membuat pembayaran melalui Seven Eleven. Jadi dia hanya place order di Shopee tapi belum membuat pembayaran. Anda akan dapat tengok statusnya adalah Unpaid.


Peringatan: Anda jangan terus bungkus barang jika status masih Unpaid kerana customer belum bayar dan masih boleh cancel order jika tetiba dia tidak berminat

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Dan kemudian jika dia dah membuat pembayaran, detail pembelian akan berada di tab To Ship. Anda akan dapat tengok status dah berubah menjadi To Ship. Jadi anda dah boleh start membungkus produk yang dibeli oleh customer. Kemudian anda tulis Waybill secara manual yang boleh didapati dari courier masing-masing.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Selepas siap, anda tekan button Ship yang berwarna biru itu untuk masukkan tracking number produk tersebut. Kemudian akan keluar popup seperti di bawah. Anda masukkan tracking number yang terdapat di waybill yang anda dah tulis tadi. Selepas tu tekan Ship. Kemudian hantar parcel tersebut ke pejabat courier.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Kemudian, anda akan tengok detail pembelian dah berpindah ke tab Shipping bermaksud barang dah dalam perjalanan ke alamat customer.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Dan nanti bila customer dah terima barang dan menekan Order Received, anda akan tengok detail pembelian berpindah ke tab Completed. Selepas dah completed, anda akan dapat income pembelian tersebut (masuk dalam Shopee Wallet).

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Okay settled untuk shipping biasa. Jom tengok untuk free shipping program


2) Free Shipping Program

Sama juga flow dia, jika customer dah membuat pembayaran, detail pembelian akan berada di tab To Ship. Cuma yang lainnya adalah free shipping tiada button Ship tapi ada button Arrange Shipment. Anda perlu tekan button ni.

Kemudian akan keluar popup macam di bawah. Popup ni bermaksud anda perlu pergi ke courier yang dipilih untuk hantar barang yang sudah dibungkus itu. Tekan button confirm.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Kemudian akan keluar popup yang kedua yang memberi tracking number untuk pembelian ini. Anda akan nampak instruction dari Shopee untuk anda print waybill yang automatik anda dapat. Anda tekan Print Waybill.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Setelah itu, anda akan nampak waybill yang mengandungi detail penghantar dan detail penerima. Anda perlu print waybill ni dan tampal dibungkusan produk tersebut. Selepas itu hantar ke courier masing-masing.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Selepas itu, staff di courier akan scan barcode yang ada di waybill dan kemudian detail pembelian akan berpindah ke tab Shipping. Dan nanti customer akan menekan Order Received bila barang dah sampai dan detail akan ke tab Completed.

Okay settled flow penghantaran barang. Tapi ni jika tiada pape masalah yang berlaku.

Jadi ni saya akan tunjuk jika tetiba ada customer yang ingin cancel order, apa yang perlu dibuat.

i) Cancel Order

Cancel order berlaku jika detail pembelian masih di tab To Ship. Anda perlu memberi respon sama ada mahu terima atau tolak cancel order yang dibuat oleh customer tersebut. Tekan button Respond yang berwarna biru itu.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Kemudian anda akan nampak Shopee bagi pilihan sama ada nak Reject atau Accept. Ini terserah kepada anda nak pilih yang mana.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Dan jika anda Accept cancel order tersebut, detail pembelian tersebut akan berpindah ke tab Cancellation. Di sini, anda akan dapat tengok semua order yang telah dibatalkan sama ada oleh seller sendiri, atau customer atau Shopee.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Satu lagi kes ialah detail pembelian dah berada di tab Shipping, kebiasaannya ini sebab customer mahu refund (dapat barang rosak) atau pulangkan barang tu semula (tak jadi nak beli).


ii) Return/Refund

Anda akan dapat tengok detail pembelian berada di tab Return/Refund. Anda perlu tekan button Respond yang berwarna biru itu.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

Di sini, anda perlu memilih untuk terima Refund atau mahu Shopee menjadi juri untuk cek siapa yang bersalah. Siapa yang menang akan dapat duit tersebut.

PERIKSA SHOPEE TRACKING DI MY ORDER

 Okay done untuk My Order!!!


DAPATKAN MASTER CLASS KAMI UNTUK MENJANA JUALAN DENGAN TEKNIK FUNNEL KAMI

MASTERCLASS SHOPPERMANIAC

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama