Adakah kedai Shopee memerlukan maintenance atau penyelenggaraan. Sebelum saya menjawab soalan ini, adakah anda memakai kereta dan adakah anda membuat penyelenggaraan pada kereta anda. JIka anda tidak membuatnya apakah yang akan terjadi, sudah tentu kereta anda akan mengalami kerosakan atau tidak berada pada prestasi yang optimum. Sama sahaja kedai Shopee dan sebagai Shopee Seller anda harus membuat penyelenggaraan atau maintenance kdai Shopee anda secara berjadual. Tanpa penyelenggaraan yang kerap anda akan melihat kedai Shopee anda akan mengalami penurunan jualan yang amat ketara.
Ini adalah Funnel Ke Empat kami dlaam MasterClass Shoppermaniac kami iaitu Maintenance. Maintenance ini membawa maksud kedai Shopee anda harus sentiasa releven dan dikemas kini.
Dalam MasterClass, kami telah memberikan banyak tips bagaimana membuat penyelenggaraan di kedai shopee anda dan dalam video ini kami menyentuh beberapa penyelenggaraan yang wajib anda lakukan.
