FOUNDER: SHOPEE ADS KAJI PRODUK ANDA MAMPU DIJUAL - BLOG SHOPPERMANIAC

FOUNDER: SHOPEE ADS KAJI PRODUK ANDA MAMPU DIJUAL

bagaimana nak tahu produk yang beliau jual ini mampu jual di Shopee. Inilah satu-satunya produk yang beliau kata mampu jual.

FOUNDER: SHOPEE ADS KAJI PRODUK ANDA MAMPU DIJUAL

Saya mendapat satu soalan dari rakan subcriber saya iaitu bagaimana nak tahu produk yang beliau jual ini mampu jual di Shopee. Inilah satu-satunya produk yang beliau kata mampu jual.


PENERANGAN PRODUK 

Lalu saya bertanya pada beliau adakah beliau telah membuat kajian bahawa produk beliau ini mampu dijual di pasaran daro segi keperluan, harga dan stok. Dan beliau kata produk ini adalah produk yang dibuat oleh isterinya dan dari segi kajian sememangnya tidak dibuat. Namun dari segi harga dan stok beliau merasakan tiada masalah.


Lalu saya bertanya lagi bagaimana pula dari segi produk listing iaitu gambar, video dan produk deskripsi. Adakah semuanya telah disediakan. Dan adakah gambar atau video mencukupi untuk membuat promosi di sosial media?

Bagaimana dengan testimoni, adakah telah disediakan testimoni yang baik dari segi video dan gambar? Bagaimana pembungkusan produk, adakah menarik perhatian pembeli.


Beliau berkata semuanya telah disediakan dan kini beliau mahu menjual di Shopee dan mahu tahu adakah produk beliau ini mampu dijual.



Saya kata jika anda berkeyakinan bahawa produk anda ini mampu dijual atau boleh dikatakan sebagai produk winning. Maka tiada masalah dari segi persiapan produk listing yang lengkap di Shopee.


Lalu saya bertanya lagi, bagaimana dari segi keuntungan margin bersih. Berapakah kadar margin keuntungan anda. Beliau berkata kadar margin adalah 50%. Dan saya kata terbaik iaitu keuntungan yang saya sering sarankan ialah 30%  keatas.


Lalu saya bertanya berapakah dalam bentuk RM jumlah untung bersih. Ia berkata dalam RM20 setiap sekeping produk. Bagus, kadar untung yang menarik dan senang rolling duit.


Lalu saya tanya lagi. Apakah kelebihan produk ini anda ini dengan produk lain yang hampir sama di pasaran. Beliau mengatakan kuantiti produk beliau adalah lebih banyak serta tahan lama dan cara penyediaan adalah cara tradisional.


Kesimpulan yang dapat saya katakan:

  • 1. Produk ini tiada kajian kerana ia produk keluarga
  • 2. Pembungkusan telah siap dengan label dan botol yang cantik
  • 3. Gambar dan video mencukupi termasuk testimoni
  • 4. Margin untuk 50% dengan keuntungan bersih RM20.


TINDAKAN

Saya tidak akan membuat kajian harga sebab produk ini adalah produk tunggal dan ia mengatakan produk beliau adalah mampu beli dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.


Tindakan pertama ialah membuat produk listing di Shopee dan memasukkan diskaun, voucher dan Bundle Deal di kedai Shopee beliau. Dari segi produk listing, beliau dan saya amat berpuas hari kerana gambar, video, deskripsi prduk dan "offer" yang kami berikan amat baik.


Tindakan kedua ialah saya kata saya mahu uji keberkesanan produk ini dengan membuat Shopee Ads. Saya katakan pada beliau, disebabkan ini produk anda sendiri maka anda memerluka modal untuk membuat iklan dengan menggunakan Shopee Ads selain bergantung pada tarfik organik.


Beliau bersetuju dan saya minta beliau "allocate" dalam RM500 ringgit untuk iklan di Shopee Ads di kategori Search Ads. Saya memberikan tunjuk ajar dengan  memilih kata kunci yang sesuai dan tidak terlalu tinggi pencarian di Shopee agar produk beliau mampu berdaya saing. Jumlah keyword atau kata kunci di Shopee Ads beliau paling mahal ialah RM3. 


Bagaimana pengiraan saya ialah peratusan membeli dari total klik ialah 20% sahaja. Ini bermakna kalau ada 50 klik maka beliau mendapat 10 jualan sahaja. Kadar peratusan yang saya ambil ini berdasarkan margin untung bersih beliau. Jika kurang dari 20% maka kata kunci RM3 itu tidak sesuai.


Ini adalah jumlah yang wajar sebab kadar keuntungan beliau adalah RM20 sahaja dan pembayaran Shopee Ads berdasarkan klik. Dan saya mengambil harga jumlah bid yang tertinggi sebagai dasar asas margin keuntungan.


Sebenarnya ianya lebih detail pengiraannya sebab setiap kata kunci itu mempunyai harga bid yang pelbagai dan dari situ kita akan buat analisa agar Shopee Ads ini tidak merugikan anda. 


Selain itu kita akan nilai setiap kata kunci yang mempunyai klik tetapi tiada jualan dan mana kata kunci yang menjana jualan. 


JIka ada jualan dan mencapai target keuntungan yang dikehendaki maka produk beliau adalah mampu beli dan sudah tentu ia produk Winning dan anda boleh sahaja naikkan bid jika perlu pada kata kunci yang menjana jualan.


Andai kata tiada jualan tetapi banyak klik. Maka beliau kena menganalisa kembali pemilihan kata kunci yang dipilih adakah releven atau produk beliau tidak mampu bersaing di Shopee disebabkan harga atau produk listing tidak menarik.


Dan kemudian anda akan teruskan analisa ini setelah membuat penambaikan. Analisa ini akan berterusan berdasarkan data yang diberikan oleh Shopee Ads. Sehingga anda mendapat jualan yang baik atau tiada langsung!!!!


Tidak semua produk boleh dijual di Shopee kerana persaingan harga yang kuat dan serta saingan produk yang serupa. 


Walau bagaimana pun inilah cara untuk menkaji samada produk anda ini mampu jual atau tidak. Shopee Ads adalah salah satu mekanisma pengiklanan yang cukup kuat di Shopee. 


JIka anda menggunakan FB Ads pun sama, dimana anda harus membuat analisa berdasarkan CPM. CTR dan pelbagai lagi serta membuat Targetting. 


NAMUN saya tidak akan mengatakan ianya tidak boleh dijual langsung. Sebagai founder saya menjangkakan anda mempunyai modal untuk pengiklanan. Sekurangnya budget perniagaan anda ialah 80% untuk marketing.


Tindakan lain yang boleh digunakan ialah:

  • 1.Menggunakan influencer untuk promosikan produk anda
  • 2. Menjual produk anda tanpa mengguna Shopee tetapi melalui website atau what apps. Kerana tiada saingan dari pihak lain.
  • 3. Harus memahami menggunakan Facebook Ads dan lain-lain.


Sebab itu dalam kelas Shoppermaniac kami bukan sahaja memberikan tunjuk ajar berniaga di Shopee tetapi bagaimana membuat blog serta menggunakan FB Ads.

Dapatkan MasterClass kami untuk mempelajari teknik Shopee Ads serta blog dan FB ADS





DAPATKAN MASTERCLASS SHOPPERMANIAC YANG AKAN MENGUBAH MASA DEPAN  ANDA SEBAGA SELLER SHOPEE - KLIK 


DAPATKAN SHOPEE KALKULATOR PERCUMA - KLIK 

Catat Ulasan