10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?


1. KENAPA SHOPEE?

Shopee harus menjadi pilihan utama sebagai platform utama untuk sesiapa yang mahu memulakan bisnes online kerana trafik yang diberikan kepada anda sebagai Seller Shopee amat tinggi.


Perbandingan trafik di Shopee setiap bulan ialah 40 juta orang berbanding Lazada hanya 14juta orang sahaja. Dari data trafik ini sahaja telah menjawab kenapa Shopee harus menjadi platform pilihan utama anda.

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?


2. APAKAH PERKARA UTAMA YANG HARUS DITUMPUKAN APABILA BERNIAGA DI SHOPEE?

Trafik dimana konsep sebagai bisnes online ialah ada trafik baru ada jualan. Konsep ini amat mudah dimana anda membuka sebuah kedai fizikal atau digital sebagai contoh Shopee.  Untuk mendapatkan jualan pada setiap produk anda ialah anda memerlukan pelanggan.


Pelanggan itu dalam erti kata terma bisnes ialah trafik. Dan Shopee merupakan salah satu platform yang mempunyai trafik tertinggi setiap bulan dan atas sebab itu anda memilih Shopee.

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?



3. BAGAIMANA HENDAK MENDAPATKAN TRAFIK?

Dalam dunia perniagaan di marketplace persaingan amat hebat dimana anda harus bersaing dengan beribu-ribu seller yang menjual produk yang sama atau hampir sama. 


Dan kesemua ini mengejar trafik datang ke kedai mereka. Salah satu cara untuk anda mendapatkan trafik ialah memahami algoritma Shopee atau dalam erti kata lain memahami penggunaan kata kunci yang dicari oleh buyer. Ini kita namakan sebagai trafik organik. Di Shopee Funnel kami ia dipanggil Produk Listing.


Selain itu anda harus menjual produk yang dinamakan sebagai Produk Winning iaitu produk yang sedang trending atau potensi mempunyai jualan di Shopee. Anda harus membuat kajian apakah produk winning yang sesuai dijual di kedai anda.


Selain itu anda boleh sahaja mendapatkan trafik menggunakan funnel Advanced Sales kami iaitu salah satu daru 5 funnel MasterClass Shopee kami iaitu dengan menggunakan platform luar dari Shopee seperti Blogging, Facebook Ads serta sosial media.


JIka anda berminat mendapatkan trafik secara konsisten dan tinggi, anda boleh sahaja mendapatkan MasterClass kami yang memberi tunjuk ajar tentang Shopee yang mempunyai 5 funnel, Blogging serta Facebook Ads.

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?


4. Bolehkah terjadi trafik tinggi tapi tiada jualan?

Boleh sahaja terjadi dan sebenarnya ia kerap terjadi di kalangan seller Shopee. Salah satu penyebab utama kedai Shopee anda mendapat trafik yang tinggi tetapi jualan rendah disebabkan harga produk anda yang lebih mahal dari pihak lain.


Anda kena fahami salah satu kelemahan utama marketplace khususnya Shopee ialah mempunyai satu kolum yang dipanggil "You May Also Like" iaitu satu kolum yang memberi perbandingan produk anda dengan produk seller lain.


Jika anda sebagai dropship menjual produk yang sama dan apabila seseorang mencari produk tertentu dan kedai Shopee anda direkemen oleh Shopee algoritma dan apabila buyer skrol kebawah mereka dapati produk yang sama dijual oleh seller lain adalah lebih murah. Maka mereka akan membeli produk tersebut dari seller lain. 


Cara untuk atasi ialah anda kena pastikan setiap produk anda harus mempunyai harga yang kompetatif. Dan jika ada seller Shopee yang lain menjual sesuatu produk hingga membunuh margin untung maka anda tidak perlu fokus pada produk tersebut.


Atas sebab itu saya mengatakan, anda harus mencari produk winning dan kemudian setelah mendapat produk winning tersebut, maka anda kena bandingkan harga dengan seller lain. Dengan metod produk Winning ini, anda hanya fokus pada beberapa produk tertentu.


Anda tidak mampu untuk fokus pada 500-1000 produk dropship anda. Salah satu cara ialah mencari produk winning dan bandingkan harga dan seterusnya, Ianya lebih logik dan cepat.

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?



5. ADAKAH DROPSHIP SESUAI DI JUAL DI SHOPEE?

Ya, tetapi ianya semakin sukar dengan lambakan produk dropship yang sama di Shopee. Ramai seller salah faham iaitu untuk mengatasi seller lain yang menjual produk dropship yang sama ialah main harga iaitu turunkan harga serendah yang mungkin.


Ini adalah satu kerugian yang amat besar kepada seller Shopee dimana anda akan memperolehi margin untung yang amat rendah dan tidak berbaloi dna paling penting anda membunuh semua seller Shopee yang lain yang menjual produk yang sama dengan anda.


Inilah masalah utama jika anda menjual di Shopee sebagai dropship. Disebabkan sebagai dropship anda mempunyai 500- 1000 produk maka masalah ini boleh diatasi iaitu sekali lagi saya ulang ialah anda mencari produk winning dan kemudian bandingkan harga.


JIka produk winning yang anda jumpa margin untung bawah 10%  anda tinggalkan dan cari produk yang lain. Ini sahaja teknik yang harus anda gunakan.


Sebab itu saya galakkan anda mengguna Dropship Save Value dimana hampir setiap minggu mereka akan mengeluarkan produk baru dan biasanya produk baru, harganya masih belum lagi direndahkan maka anda boleh ambil peluang menjual produk tersebut.


10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?


6. APA YANG HARUS SAYA BUAT UNTUK MENDAPATKAN JUALAN DI SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP?

Perkara pertama ialah harus mencari produk winning dan pastikan harganya kompetatif. Ini yang harus anda lakukan dahulu.


Katakan anda sudah menjumpai produk winning dan harga yang kompetatif. Untuk memastikan anda mendapat jualan di Shopee sebagai dropship ialah anda harus perkuatkan produk listing anda.


Ini merupakan salah satu funnel Shopee pertama kami iaitu Produk Listing . Dimana anda akan :

  1. Mengubah suai tajuk mengikut algoritma Shopee.
  2. Mengubah gambar di Shopee. Untuk pengetahuan anda, setiap dropship yang auto sync produk mereka ke Shopee, secara automatik muka hadapan gambar produk semuanya adalah sama.  Anda harus menukar gambar hadapan produk agar berlainan dengan seller Shopee yang lain.
  3. Deskripsi produk harus lebih jelas atau gunakan 2 atau 3 bahasa.

Yang kedua ialah perbaiki marketing anda . Ini adalah funnel ketiga kami iaitu marketing dimana anda akan memaksimakan marketing untuk mendapatkan jualan.

Marketing disini ialah anda memberikan bundle deal dimana beli 3 akan dapat potongan 5%. Atau anda berikan baucer pada buyer anda yang membeli lebih dari RM100 maka mereka akan dapat  potongan 5%.

Shopee mempunyai 11 jenis marketing dan boleh gunakan ikut kesesuaian anda.

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?



7. ADAKAH DROPSHIP SESUAI SERTAI PROGRAM SHOPEE.

Tidak jika anda tidak mahu rugi. Jika margin keuntungan bersih anda adalah 16%  hingga 20% anda tidak digalakkan menyertai Program Shopee seperti Free Shipping yang akan mengambil margin keuntungan anda dari 4% hingga 7%.

Lebih baik digunakan peratusan itu memebri baucer atau diskaun pada produk anda. Atau anda dapatkan margin untung itu untuk diri anda sendiri.

Melalui kedai Shopppermaniac, semenjak kami tidak menggunakan Program Shopee, ia tidak memberi impak jualan kepada kami. Ianya tetap ada jualan konsisten untuk kedai kami.
10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?


7. ADAKAH CAJ TERSEMBUNYI OLEH SHOPEE?

Ya dan sebenarnya ia bukan caj tersembunyi tetapi sering diabaikan terutama oleh Seller Shopee yang baru.


Dimana ia melibatkan 2 caj yang utama iaitu Transcation Fee dan Commission Fee dimana ia melibat pengambilan margin untung anda secara kekal sebanyak 4% ke atas. 


Sebaik sahaja anda masukkan produk anda ke Shopee, anda wajib menolak 4% atau lihat kategori produk untuk commission fee campur dengan transcation fee.


Untuk pengiraan Program Shopee dan Caj Wajib shopee ini, kami telah membina sebuah aplikasi iaitu dipanggil Shopee Kalkulator untuk penggunaan anda. Klik sini untuk dapatkan Shopee Kalkulator.


10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?

10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI?


8. BOLEHKAH DROPSHIP MENGGUNA SHOPEE ADS?

Shopee ads atau pengiklanan Shopee merupakan salah satu kaedah untuk menarik trafik ke kedai Shopee anda.

Jika ditanya adakah Shopee Ads ini wajib diguna oleh dropship. Maka jawapan yang saya boleh berikan ialah Ya.

Sebagai dropship anda tidak boleh menggunakan semua produk membuat Shopee Ads. Anda mesti melihat kadar margin anda jika hendak menggunakan Shopee Ads.

Jika kadar margin anda melebihi 20% maka saya galakkan untuk anda memakai Shopee Ads dan pastikan bid anda tidak melebihi daripada margin untung anda.


Pada amnya, jika anda menggunakan Shopee Ads Search anda akan dikenakan bayaran per klik dan ini merupakan risiko yang agak tinggi pada dropship di Shopee dan rata-ratanya ramai yang mengalami kerugian jika tidak mahir analisa keyword serta bid yang sesuai.


Saya galakkan anda mengguna discovery ads dimana jumlah bid adalah lebih murah dan mudah digunakan.

Namun dalam jangka masa panjang adalah digalakkan menggunakan Facebook Ads sebagai pemain utama dalam iklan Shopee anda kerana pembayaran dalam CPM iaitu "impression" atau anda kena bayar setiap 1000 kali iklan anda ditunjukkan.

Malah Shopee juga mendukung Facebook Ads dengan memberi FB CPAS dimana semua produk anda akan dikatalogkan dan anda boleh mensasar secara spesifik buyer anda.


Sebab itu dalam MasterClass kami, Facebook Ads disertakan bersama dengan manual yang lengkap selain Shopee Funnel ini. Dan ianya bonus untuk anda.



9. SELAIN TRAFIK DARI SHOPEE, APAKAH ALTERNATIF LAIN UNTUK DAPATKAN TRAFIK KE SHOPEE?


Selain daripada 40 juta trafik dari Shopee, anda boleh mendapatkan trafik tambahan daripada iklan menggunakan Facebook Ads yang sememangnya amat sinonim dengan Shopee iaitu FB CPAS seeprti yang saya terangkan tadi.


Selain itu dalam jangka masa panjang dan juga mengembangkan bisnis anda ialah melalui blogging atau website. Anda mendapatkan trafik daripada Google secara organik dengan aplikasikan teknik SEO. 


Dimana anda membuat artikel produk atau anda anggap produk Shopee anda sebagai affiliate dan "link" ke kedai Shopee anda.


Google akan mula mengindeks artikel anda dan setiap pembaca yang datang akan pergi ke kedai Shopee anda melalui link yang diberikan. Dan untuk saya ianya satu trafik yang percuma dan rugi jika anda tidak praktikkannya.


Walaupun ia mengambil masa 6 bulan hingga 1 tahun, anda tidak kerugian apa-apa kerana anda secara perlahan menjana trafik ke kedai Shopee tanpa kos.


Sebab itu dalam MasterClass kami, blogging merupakan salah satu bonus yang kami berikan percuma untuk anda dengan lengkap.



10. BERAPA LAMA KEDAI SHOPEE AKAN MENJANA SALES YANG KONSISTEN?


Untuk menjana sales yang konsisten ia mengambil masa 4 - 6 bulan. Ini adalah jangka masa yang logik dimana anda bermula mendaftarkan kedai Shopee anda dan kemudian anda masukkan produk dropship anda.


Dan selepas anda masukkan produk ke kedai Shopee anda, proses produk listing dan pencarian Produk Winning juga akan mengambil masa anda.


Ini semua memakan masa anda hingga 2 bulan hanya untuk membuat persiapan kedai Shopee anda serta membuat dekorasi pada homepage serta perbaiki deskripsi produk, gambar dan kata kunci.



Anda juga akan mula membina omnichannel untuk kedai Shopee anda seperti Facebook Pages, Instagram dan beberapa sosial media yang lain dalam memastikan branding kedai anda kuat dan meluaskan marketing melalui sistem omnichannel yang wajib dilakukan. Ini pun akan mengambil masa anda.


Dan selepas semua selesai, anda akan mula mempelajari "dashboard" Shopee Seller terutama fungsi-fungsi di Shopee Seller seperti marketing, mohon NON SSL jika perlu. Bagaimana anda mahu menjual di Shopee jika anda tidak memahami menggunakan dashboard Shopee Sellr. Ini pun akan mengambil masa anda.



Dan selain itu pelbagai lagi kerja-kerja tambahan yang akan memakan masa anda. 4 - 6 bulan adalah logik baru kedai Shopee anda akan menjana sales.





KESIMPULAN 

Kesimpulan melalui 10 SOALAN TENTANG SHOPEE YANG  SELLER SHOPEE HARUS KETAHUI maka anda ketahui membuka sebuah kedai Shopee yang baik memakan masa anda serta usaha anda.


Ia memerlukan teknik yang tertentu untuk menjadi yang terbaik dari kalangan dropship anda di Shopee. Dan berniaga di Shopee bukanlah mudah seperti yang anda baca atau dengar di You Tube atau mana-mana sumber yang lain.


Anda boleh sahaja mendapatkan MasterClass kami, bukan sahaja memberi tunjuk ajar Shopee Funnel yang pasti akan meletupkan kedai Shopee anda tetapi pelajari Facebook Ads dan blogging.









Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama