PEMBUNUH BLOGGER PADA TAHUN 2023 - BLOG SHOPPERMANIAC

PEMBUNUH BLOGGER PADA TAHUN 2023

PEMBUNUH BLOGGER PADA TAHUN 2023

 

PEMBUNUH BLOGGER PADA TAHUN 2023

Pembunuh blogger pada tahun 2023 terdiri dari 3 perkara iaitu :

  • Google Algoritma
  • AI ( Kecerdasan Buatan)
  • Ekonomi


Ketiga-tiga ini akan menentukan jatuh bangun blog anda pada tahun 2023. Selain itu pada tahun 2023, Google mahukan sebuah blog yang membantu manusia atau mengikuti konsep EEAT mereka. Ini semua tambahan sampingan yang akan membunuh blog anda pada tahun 2023.



Google Algoritma

Sebelum kita mula membincangkan isu ini, mari kita fahami apa itu algoritma Google. Algoritma Google adalah satu set petunjuk yang digunakan oleh mesin carian untuk menentukan kedudukan halaman web dalam hasil carian. Algoritma ini adalah rahsia perniagaan Google dan ia sentiasa dikemaskini untuk memberikan pengalaman carian yang lebih baik kepada pengguna


Kemaskini algoritma Google tidak bermaksud blog anda akan musnah itu kata Google. Sebaliknya, ia memberikan peluang kepada anda untuk menambahbaik blog anda. Semakin relevan blog anda dengan topik tertentu, semakin baik kedudukan blog anda dalam hasil carian.


Menambaik blog anda ini sebenarnya membawa satu persoalan yang cukup besar dimana tiba-tiba Google algoritma mengubah prioriti yang telah lama anda gunakan kepada perioriti yang lain secara tak langsung anda kena mengubahsuai semua konten anda semula.


Dan realitinya ramai blogger telah kecundang pada tahun 2022 apabila Google membuat perubahan algoritma mereka terlalu kerap. Dan saya sendiri mengalami keadaan ini dan hampir 4 bulan saya bertungkus lumus perbaiki blog ini yang jatuh mendadak pageviewnya. 4 bulan dan masih belum ada perubahan!!!!


GOOGLE UPDATED TAHUN 2022 DAN IMPAK KEPADA BLOGGER 



AI ( Kecerdasan Buatan)

Kecerdasan buatan merujuk kepada kemampuan mesin untuk menyelesaikan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia. Contohnya, mesin boleh mengenali wajah manusia, memahami bahasa semula jadi, dan membuat ramalan berdasarkan data yang terkumpul. AI digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk perniagaan dan teknologi, dan ia sedang berkembang pesat.


Walaupun kebanyakan blogger menggunakan AI untuk mengautomasikan beberapa aspek dalam proses penulisan seperti penyuntingan dan tajuk penulisan, tetapi mereka masih mempunyai peranan penting dalam industri ini. 


AI mungkin membantu dalam membina blog yang lebih efisien, tetapi ianya tidak dapat menggantikan nilai tambah yang ditawarkan oleh manusia. Blogging memerlukan kreativiti, keprihatinan terhadap isu semasa, serta analisis yang mendalam, dan kebanyakan kemampuan ini masih menjadi kepunyaan manusia.


Betul dan ini menyebabkan anda sebagai blogger harus menulis konten yang cukup hebat dan bersifat EEAT baru boleh melawan AI ini. dahulu menulis selama 2 jam per artikel dan kini anda kena menulis 4-5 jam untuk memastikan artikel anda lebih hebat dari AI. Penat kan !!!


Dan secara ikhlas saya bertanya, jika anda sudah faham menggunakan AI. Adakah anda tidak mahu menggunakannya langsung dalam membina konten serta naikkan trafik blog anda. Tepuk dada tanya selera,.


AI Dalam Dunia Blogging



Ekonomi

Kemelesatan ekonomi merujuk kepada tempoh masa yang ditandai dengan kemerosotan dalam pertumbuhan ekonomi, kekurangan pekerjaan, serta pengurangan pendapatan. Kemelesaan ekonomi boleh berlaku pada tahap negara atau global, dan ia sering kali menyebabkan kesan yang besar pada banyak sektor ekonomi.


Dan pada tahuin 2023 ini kita sering dimomok kemelesatan ekonomi yang teruk di Malaysia dan sebagai blogger apakah impak terkuat akan anda alami.


Kemelesatan ekonomi mungkin boleh membawa kepada pengurangan belanja pengiklanan serta permintaan untuk kandungan kreatif di dalam industri blogging. Pengiklanan merupakan sumber pendapatan penting bagi kebanyakan blogger, dan pengurangan belanja pengiklanan boleh memberi kesan yang besar pada pendapatan mereka. 


Selain itu, permintaan untuk kandungan kreatif di dalam industri blogging juga boleh terjejas, kerana pengiklan mungkin tidak mempunyai cukup wang untuk melabur dalam kempen pemasaran yang berkesan.


APA ITU SEO DAN BAGAIMANA IA BEKERJA UNTUK RATING BLOG ANDA


Kesimpulan

Jadi, adakah kemaskini algoritma Google akan membunuh karier blogger? Jawapannya ialah tidak. Kemaskini algoritma Google memberikan peluang kepada blogger untuk menambahbaik blog mereka. 


Namun, jika blog anda tidak mematuhi peraturan Google, maka kedudukan blog anda dalam hasil carian mungkin terjejas. Oleh itu, pastikan blog anda mempunyai kandungan berkualiti tinggi dan mematuhi semua peraturan Google untuk memastikan blog anda berada pada kedudukan yang baik dalam hasil carian


Walaupun kecerdasan buatan semakin berkembang dan dapat membantu mengautomasikan beberapa aspek dalam industri blogging, ia tidak akan membunuh industri ini. Kebanyakan kemampuan yang diperlukan dalam blogging masih menjadi kepunyaan manusia, dan blogger tetap memegang peranan penting dalam industri ini.


Kemelesatan ekonomi mungkin membawa kepada cabaran dalam industri blogging, tetapi ia tidak akan membawa kepada kematian industri ini. Sebaliknya, ia mungkin akan memacu inovasi dan kemajuan dalam industri in





Catat Ulasan