KENAPA SHOPEE KALKULATOR WEB APLIKASI DIBINA - BLOG SHOPPERMANIAC

KENAPA SHOPEE KALKULATOR WEB APLIKASI DIBINA

KENAPA SHOPEE KALKULATOR WEB APLIKASI DIBINA

 KENAPA SHOPEE  KALKULATOR WEB APLIKASI DIBINA

KENAPA SHOPEE  KALKULATOR WEB APLIKASI DIBINA


Pada tahun 2023 ini Shoppermaniac melangkah membina sebuah web aplikasi yang mudah untuk membantu seller-seller Shopee yang baru untuk melihat margin keuntungan mereka agar tidak rugi.


Melalui pengalaman saya sebagai dropship Shopee salah satu kegagalan utama sebagai Seller Shopee ialah gagal untuk melihat untung bersih setiap produk mereka. Ini adalah kerana persaingan harga yang amat hebat di Shopee dan kebanyakan seller Shopee yang baru ini cuba mengurangkan harga lebih rendah dan mereka tidak ketahui bahawa mereka rugi sebenarnya.


Saya rasa semua Seller Shopee pernah alami perkara ini terutama dropship. Amat penting dalam bisnes on line, anda kena keep track profit margin anda dan anda mesti mempunyai satu standard minimum profit percentage setiap produk anda samada minimum 5% atau lebih. Itu terpulang pada anda.


Kenapa membuat Web Aplikasi:

1. Teknologi 

Teknologi semakin berkembang pesat dan salah satu perkembangan yang menarik untuk dilihat ialah teknologi AI atau kecerdasan buatan.


Dan saya melihat Shopee Kalkulator yang saya bina melalui excel masih berguan terutama untuk penyimpanan data didalam excel tetapi ianya berubah apabila saya memberikan percuma.


Alang-alang nak kasi percuma biarlah ia bersifat teknologi dan santai serta memudahkan pengguna. Orang putih kata friendly apps.



2. Branding

Untuk mengukuhkan branding Shoppermaniac yang terus berkembang dari tahun ke tahun. Dan pada 2023 ini kami membina web aplikasi kami iaitu Shopee Kalkulator sebagai permulaan branding profesional kami.


Kami mahukan keyakinan pengguna dan pembaca produk kami bahawa branding Shoppermaniac adalah sebuah branding yang boleh dipercayai dan sekaligus kam yakin dalam jangka masa panjang akan membantu Revenue atau keuntungan kami.


Bisnes nak untungkan dan takkan anda mahukan untung yang tidak berkembang. Sudah tentu anda mahu mengembangkan bisnes on line anda.



3. Pageview Blog 

Semua ketahui bahawa pada tahun 2022 apabila Google membuat perubahan dalam algoritma mereka, ramai blogger termasuk saya jatuh tersungkur dan mengalami kejatuhan pageview yang amat teruk terutama untuk blog baru.


Saya melihat pergantungan secara terus dengan Google Algoritma amatlah bahaya dan harus ada satu platform lain yang boleh mengatasi Google Algoritma yang semakin mengganas dari tahun ke tahun.


Dan pembinaan Shopee Kalkulator di dalam website shopeefunnel.online kami berharap ia dapat membantu peningkatan pageview melalui penggunaan kerap oleh pembaca kami.


Malah jika mereka share Shopee Kalkulator ini maka secara tak langsung akan memberi kekuatan backlink di website ini.



Kesimpulan

Shopee Kalkulator ini dibina untuk anda dan juga anda dapat mempelajari ilmu yang baru dan sedar dalam dunia bisnes on line, peruabahan terlalu pesat dan jika anda lambat maka anda akan ketinggalan jauh.




Catat Ulasan