BING KINI MERUPAKAN ENJIN CARIAN KECERDASAN BUATAN ( AI) - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

BING KINI MERUPAKAN ENJIN CARIAN KECERDASAN BUATAN ( AI)

BING KINI MERUPAKAN ENJIN CARIAN KECERDASAN BUATAN ( AI)

 


Kemas kini pada Januari 2024:
Kini Shoppermaniac kami telah mengeluarkan aplikasi AI kami sendiri.
Dapatkan maklumat disini

Apa Itu Super AI Shoppermaniac


Sebelum itu baik saya perkenalkan Apa Itu Bing ?

Bing adalah enjin carian web yang dimiliki oleh syarikat Microsoft. Ia membolehkan pengguna mencari maklumat, gambar, video, dan banyak lagi dengan menggunakan kata kunci tertentu. Bing juga menyediakan banyak fungsi seperti peta, terjemahan, berita, dan banyak lagi. Bing adalah salah satu pesaing utama kepada Google dalam dunia carian web.


Dan kini Bing telah menaiktarafkan platform mereka dengan integrasi kecerdasan buatan.Kini Bing telah memanggil diri mereka New Bing atau Bing Ai 


Bing AI merujuk kepada teknologi kecerdasan buatan yang digunakan dalam enjin carian web Bing. Teknologi ini membolehkan Bing untuk memahami dan menginterpretasikan permintaan carian pengguna secara semantik, serta menyediakan hasil carian yang lebih relevan dan tepat sasaran. 

Selain itu, Bing AI juga digunakan untuk meningkatkan fungsi dan ciri-ciri lain dalam Bing seperti peta, terjemahan, dan banyak lagi. Dengan menggunakan Bing AI, Microsoft berharap dapat meningkatkan pengalaman pengguna ketika mencari maklumat dalam talian.


Bagaimana Mengguna Bing AI / Chat

Jika anda ingin menggunakan Bing AI senang sahaja dimana bahagian enjin carian Bing terdapat satu kolum yang dipanggil "Chat" seperti gambar diatas.


Anda klik butang Chat tersebut dan anda akan dibawa ke Bing AI:


Anda boleh bertanya apa jua soalan yang sesuai seperti mana anda memakai Chat GPT.  Amat mudah. 


Saya telah mencuba beberapa soalan dan juga grafik.


Di atas adalah contoh berbentuk soalan





Contoh atas adalah soalan gambar dimana saya meminta flying cat. Lagi baik dari ChatGPT yang tidak boleh memberi gambar.


Saya tanya soalan berkaitan Branding Shoppermaniac:

BING KINI MERUPAKAN ENJIN CARIAN KECERDASAN BUATAN ( AI)

Power ahhhh!!! Dimana maklumat tentang Shoppermaniac ini dengan pantas di cari oleh enjin Carian Bing 


KESIMPULAN BING AI

Kelebihan Bing AI ini yang paling saya suka ialah ianya percuma tetapi nilai yang diberikan amat tinggi.

Dan saya menjangkakan jika Google tidal bertindak segera maka pada suatu hari  dan masa terdekat. Cara tradisional mencari maklumat kan mula terhakis dengan ujudnya AI teknologi ini.

Sebab itu saya katakan, suka atau tidak suka anda harus mempelajari dunia AI jika tidak mahu ketinggalan dalam perubahan teknologi ini.

Catat Ulasan