Ramai yang bertanya bagaimana saya mengekalkan momentum branding Shoppermaniac yang memerlukan kos dan apatah lagi semenjak tahun 2022 kami telah berbelanja ribuan ringgit untuk memastikan You Tube Channel ini kekal segar dengan teknologi serta aplikasi yang wajib kami gunakan seiring dengan cabaran dunia bisnes On line Ini.
Pendapatan yang saya tunjukkan ini pada tarikh 10/3/2023.
Rahsia utama sebagai Bisnes On line ini ialah hampir kesemua mempunyai pelbagai sumber pendapatan dari pelbagai cabang. Kami tidak bergantung pada satu platform sahaja untuk menjana pendapatan.
Dalam kes Shoppermaniac ini kami ini, buat permulaan kami laburkan dalam RM1000 untuk branding ini. Dan banyak kali saya katakan , You Tube Channel ini adalah satu peta bisnes kami yang kami mulakan dari scrap hingga menjana pendapatan konsisten. Ini yang saya mahu buktikan pada anda!!!
SEJARAH SHOPPERMANIAC
Saya membuat You Tube Shoppermaniac ini adalah bertujuan untuk membuat eksperimen bagaimana dari kedai Shopee berdasarkan dropship dan kami ingin kembangkan hingga ke ECommerce website.
Dan saya hanya fokus RM1000 sahaja untuk projek ini, dimana saya tidak mahu menggunakan sumber-sumber lain. Adalah tidak adil jika saya laburkan duit untuk mempercepatkan perkembangan Shoppermaniac ini. Kerana tujuan saya ialah membuktikan pada anda teori saya dengan Peta Bisnes Online kami ini adalah benar dan memerlukan sedikit modal pada permulaan.
Kini telah 2 tahun branding Shoppermaniac ini betapak dan masih jauh lagi perjalanan kami. Cukup jauh kerana saya memberikan masa maksima 4 tahun untuk established branding ini.
BAGAIMANA SUMBER PENDAPATAN SHOPPERMANIAC
Kedai Shopee Shoppermaniac serta Lazada Shoppermaniac
Permulaan menjana pendapatan adalah melalui kedua-dua kedai marketplace ini dan tumpuan saya berikan pada Kedai Shopee Shoppermaniac dimana kami memperolehi RM3000 hingga RM6000 jualan konsisten.
Dengar macam best sebulan RM6000 tetapi untung besih kami setelah tolak Shopee Ads, saya mendapat untuk bersih dalam RM400 -RM600 sahaja sebulan dan adakalanya lagi rendah.
Jualan EBOOK MasterClass Shoppermaniac
Salah satu pendapatan penting adalah melalui jualan eBook kami ni. Dimana setelah tolak iklan berbayar FB ADS kami memperolehi dalam RM 500 ++ sebulan.
Kecilkan kerana saya tidak mempunyai modal yang cukup besar untuk membuat FB Ads dimana saya peruntukan RM300 sebulan sahaja.
Anda kena ingat bahawa saya tidak menggunakan modal luaran.Saya mula rolling semua budget setelah kehabisan RM1000 modal permulaan.
Pendapatan Melalui Blog Google Adsense
Saya mendapat pendapatan tambahan melalui blog shoppermaniac.com dan shopeefunnel.online dengan meletakkan iklan Google Adsense.
Buat masa sekarang belum lagi menjana pendapatan kukuh kerana pageview kedua blog ini amat rendah sekali. Lagipun syarat untuk keluarkan payment ialah saya mesti mendapat USD100 baru boleh check out.
Untuk pengetahuan untuk mengukuhkan blog ini, saya telah membeli aplikasi UBERSUGGEST berjumlah RM1200 menkaji SEO blog ini kerana saya tidak mempunyai kemampuan mengejar perkembangan SEO Google.
Pendapatan Melalui You Tube Channel Shoppermaniac
Syukur alhamdulilah, pada bulan Julai 2022 kami telah mendapat kelulusan untuk Google Adsense di You Tube.
Setakat ini telah mengeluarkan pengeluaran pertama kami dan kami gunakan untuk membeli website ECommerce kami yang berjumlah RM1400.
Pembayaran melalui You Tube agak baik berbanding blog menggunakan Google Adsense.
Sumber Pada Masa Datang
Saya telah membuat sebuah lagi You Tube Channel menjual produk bernama Lubok Maniac tetapi masih amat jauh lagi perkembangannya kerana kekangan masa dan konten.
Saya memasukkan video dari produk-produk di Shopee ke You Tube Channel ini. Untuk mendapatkan trafik tambahan dari You Tube.
Kedua ialah penubuhan website ECommerce kami shoppermaniacstore.com yang baru dimulakan dan masih belum menjana apa-apa sales. Pada ketika ini saya hanya membuat FB ADS dengan jumlah harian RM5 sahaja untuk dapatkan data serta kuatkan pixel saya dahulu. Modal tak cukup beb..
Mempunyai produk sendiri perfum HG Perfume yang saya akan boostkan pada masa terdekat ini setelah saya mempunyai data yang kuat.
Selain itu saya mula berkecimpung dalam bidang affiliate dengan menggunakan blog Shoppermaniac.com untuk menjana pendapatan pasif.
Kesimpulan
Kesimpulannya ialah pendapatan bulanan saya sebulan melalui branding Shoppermaniac ini ialah RM3000 sahaja sebulan. dan hampir semua modal ini digunakan untuk memperbaiki dan kemaskini sistem kami ini.
Dan dari keuntungan di atas saya membelanjakan RM700 untuk iklan berbayar setiap bulan. Inilah kos maintenance saya paling tinggi dan saya kena tambahkan modal lagi semenjak mempunyai website ECommerce ini.
Bukan mudah mahu senang apatah lagi jika anda tidak mempunyai modal. Boleh sahaja saya pamkan duit ke Shoppermaniac ini tetapi saya tidak mahu kerana tujuan utama saya membuat tutorial ini ialah menunjukkan realiti sebenar dunia Bisnes Online.
Ianya satu perjalanan yang panjang dan jika anda bersabar pasti akan berjaya.Cuma kekangan kita ialah modal.
Adakah Shoppermaniac pernah mengalami kegagalan. Ya, dan dalam dunia bisnes online ini ada turun naik dan ada kegagalannya.
- Melalui Shoppermaniac ini anda dapat melihat kegagalan pageview blog kami menjunam jatuh semenjak perubahan algoritma Google.
- Kegagalan Kedai Shopee kedua iaitu HomeManiac yang menggunakan Dropship Malaysia.
- Kegagalan sebuah lagi You Tube Channel Short saya iaitu Shoppermaniac short.
