HARUSKAH SHOPEE BERMULA DARI DROPSHIP? - BLOG SHOPPERMANIAC

HARUSKAH SHOPEE BERMULA DARI DROPSHIP?

HARUSKAH SHOPEE BERMULA DARI DROPSHIP?

 Ramai yang bertanya pada saya, benarkah berniaga di Shopee harus bermula sebagai dropship.

HARUSKAH SHOPEE BERMULA DARI DROPSHIP?

Saya katakan tidak, anda boleh berniaga di Shopee terus sebagai pengeluar produk anda sendiri, sebagai agen/stokis atau menjual produk borong dari cina.
Tidak semestinya anda harus bermula sebagai dropship. Tidak sama sekali. Anda boleh bermula seperti mana saya tuliskan di atas
Dalam MasterClass Shopppermaniac, kami galakkan anda bermula sebagai dropship. Dropship menjadi pilihan kepada kami adalah kerana sistem dropship ini adalah sistem yang berisiko rendah dan kedua ialah sistem dropship kami adalah auto sync maka anda sebagai seller kurang menumpukan terhadap proses shipping kerana semuanya adalah automatis. Maka anda mempunyai masa untuk mempelajari lebih dalam tentang sistem Shopee.
Itu sebabnya saya menumpukan pada dropship terutama pada seller baru. Sebaik sahaja anda telah memahami segala-galanya tentang sistem di Shopee dan menjana jualan yang konsisten di Shopee melalui dropship.
Maka saya AMAT GALAKKAN anda mencuba pelbagai jenis produk samada pengeluar produk anda sendiri, sebagai agen/stokis atau menjual produk borong dari cina.
Saya tidak galakkan anda menumpukan perhatian kepada dropship selama-lamanya. Ini yang kami berikan di MasterClass kami dan bagaimana teknik ini harus digunakan. Anda boleh mendapatkan MasterClass kami disini :




Catat Ulasan