TREND SHOPEE VIOLATION SEMAKIN MENINGKAT 2023 INI, - BLOG SHOPPERMANIAC

TREND SHOPEE VIOLATION SEMAKIN MENINGKAT 2023 INI,

TREND SHOPEE VIOLATION SEMAKIN MENINGKAT 2023 INI,

 

Satu lagi keluhan oleh Buyer Shopee yang mahu keluar dari Kumoten disebabkan sering mendapat penalti oleh Shopee.


Dan untuk pengetahuan bukan produk Kumoten sahaja yang sering kena penalti tetapi produk dari Save Value juga sering kena penalti oleh Shopee.


Dan violation produk-produk ini pelbagai dan yang popular ialah anda mencuri branding syarikat lain atau copyright produk dan yang terkini ialah produk-produk kesihatan yang baru-baru ini Shopee telah mengemaskini polisinya.


TREND SHOPEE VIOLATION SEMAKIN MENINGKAT 2023 INI,

Di atas adalah beberapa produk dari kedai Shopee Shopppemaniac yang menyebabkan saya telah menerima 2 penalti dari Shopee.


Dan baru-baru ini saya telah kena penalti lagi dari Shopee disebabkan melanggar polisi Chat mereka. Total saya kena penalti ialah 4 penalti.



Dan ini adalah perkara yang menjadi sangat biasa oleh Shopee dan saya pun dah pening dengan sikap Shopee sekarang ini.


Untuk Seller Shopee anggaplah ini perkara biasa sebagai dropshipping. Perkara ini adalah diluar kawalan anda jika melibatkan produk-produk violation oleh Shopee ini. 


Sebab itu Save Value ada memberikan beberapa cadangan untuk Seller Shopee jika mahu memasukkan produk ke Shopee iaitu;

TREND SHOPEE VIOLATION SEMAKIN MENINGKAT 2023 INI,

Save Value menggalakkan anda menukar tajuk prosuk bagi mengelakkan dituduh spam oleh Shopee kerana ramai yang menjual produk yang sama dengan tajuk yang  sama



TREND SHOPEE VIOLATION SEMAKIN MENINGKAT 2023 INI,



Save Value memberi amaran jangan masukkan produk melebihi 20 produk sehari ke dalam kedai Shopee anda kerana ia juga akan dianggap spam oleh dan penalti untuk ini amat berat iaitu kedai anda akan kena banned.



Kesimpulan yang dapat kita berikan ialah ada violatio yang berada diluar kuasa anda dan mahu tak mahu anda kena terima. Sebagai pemula bisnis on line yang menggunakan dropship, buat sementara ini layan sahaja dan biasanya perkara seperti ini adalah trend oleh Shopee.


Jadikan ia sebagai pengalaman dan tidak perlu tutup mana-mana akaun dropship sebab semua dropship auto sync akan melalui perkara ini. Sebagai mana saya berikan contoh Save Value pun kena penalti.


Bina bisnis anda dan pelajari selok belok ECommerce ini dan lepas tu jual produk sendiri. Dropship hanyalah batu loncatan sahaja untuk anda. 




Catat Ulasan