STRATEGI KEMBANGKAN BISNIS ON LINE ANDA 2023

STRATEGI KEMBANGKAN BISNIS ON LINE ANDA 2023

STRATEGI KEMBANGKAN BISNIS ON LINE ANDA 2023

Setiap bisnis online mesti mempunyai cita-cita untuk kembangkan perniagaan on line hingga ke satu tahap maksima dan memperolehi pendapatan yang anda cita-citakan.


Dalam Masterclass Shopeprmaniac kami memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk anda kembangkan bisnis on line anda dengan cara yang sistematik dan branding kami Shoppermaniac telah membuktikan sedikit demi sedikit penambah baikan kami dalam dunia bisnis on line ini.


KRONOLOGI PENGEMBANGAN SHOPPERMANIAC

Biar kami tunjukkan kronologi perkembangan Shoppermaniac kami:

1. Kami bermula dengan sebuah kedai Shopee Shoppermaniac ( April 2021) 

2. You Tube Channel Shoppermaniac di buka untuk memberi tunjuk ajar teknik Shopee ( July 2021) 

3. Membuat EBook Shopee Funnel Sales Meletup dan kini dikenali Masterclass Shoppermaniac ( October 2021).

4. Membuat Sales Pages Master Class Shoppermaniac ( shopeefunnel.com) pada October 2021

5. Membuka blog Shopeefunnel.online untuk tips Bisnis On Line pada bulan December  2021 

6. Membuka blog Shoppermaniac untuk mendapatkan trafik SEO ke Shopee Shoppermaniac pada bulan January 2022

7. Membuka sebuah kedai Shopee baru Homemaniac mengguna DSM pada bulan Julai 2022 tetapi gagal kerana produk DSM sukar dijual 

8. Membuka sebuah website ECommerce yang dikenali Shoppermaniac Store yang menjual produk wangian HG Perfume pada bulan October 2022


Selain itu dari segi sosial media  TIK TOK akau kami buka pada bulan April 2022 dan masih bawah 1000 follower. 


Facebook Pages sebelum ini kami gunakan Facebook Pages bernama Bisnis Delivery dan pada bulan Nov 2022 kami membuat Facebook Pages baru Shoppermaniac.


Dan melalui sistem bisnis on line kami anda dapat melihat Shopee adalah akar utama yang kami berikan tumpuan sepenuhnya yang memakan masa yang agak lama sebelum kami membuat tindakan mengembangkan branding kami ini.


Branding kami ini terdiri dari 2 bahagian iaitu EBook dan Produk. 


Ebook merupakan nadi utama Shoppermaniac dalam KPI kami kerana Shoppermaniac adalah sebuah branding pembelajaran tips bisnis on line.


Keujudan kedai Shopee, Blog dan Ecommerce merupakan real data perjalanan shoppermaniac untuk membuktikan sistem bisnis online kami adalah proven method dan dalam jangka masa 3 tahun anda mampu menjana pendapatan 5 angka melalui sistem ini.


Kerangka masterclass Shoppermaniac  bermula dengan Shopee, blog dan FB Ads hingga anda kembangkan sendiri melalui ilmu yang kami berikan ini.


STRATEGI KEMBANGKAN BISNIS ON LINE ANDA 2023


Perjalanan Shoppermaniac masih jauh lagi dimana kami baru sahaja sampai di tahap blogging dan ECommerce kami masih belum lagi membuat apa-apa tindakan.


Kami sekarang menumpukan EBook Masterclass Shoppermaniac untuk menjana modal untuk ECommerce kami ini.


BAGAIMANA KOS UNTUK KEMBANGKAN BISNIS SHOPPERMANIAC.

Pada permulaan branding shoppermaniac ini ditubuhkan. Kos permulaan kami bakar tanpa pulangan adalah sekitar RM1500++ selama 6 bulan dimana kami menfokuskan pada kedai Shopee Shoppermaniac serta Fb Ads serta Shopee Ads.


FB Ads membakar paling banyak kos selama 6 bulan pertama dimana kami menggunakan membuat eksprimen ads untuk produk dropship Shopee dan EBook.


Sebab itu saya tahu, untuk kedai Dropship Shopee tidak sesuai membuat iklan berbayar kerana kos margin yang rendah dan selebihnya kumpul data untuk eBook kami.


Shopee Ads menggunakan Search Ads juga telah memakan banyak wang kami kerana kos dan margin untung tidak selari. 


Inilah kos pertama kami gunakan untuk permulaan 6 bulan pertama ( tidak termasuk alat untuk You Tube).


Selepas 6 bulan kami berjaya menjana RM1000 sebulan secara konsisten di Shopee dan ianya meningkat dari bulan ke bulan hingga mencecah RM3000 ke atas sebulan.


Saya memperolehi RM300++ margin bersih untung kedai Shopee saya ini. 


Yang menjana margin untung saya ialah melalui penjualan EBook saya dalam anggaran 10 buah sebulan dengan margin untung bersih lepas tolak kos iklan ialah RM600.


Ertinya pada awal 2022 saya mula menjana untung bersih RM1000++. 


Saya mula membeli domain Shoppermaniac / Shopeefunnel.online dan membuat blog menjual produk Shopee di blog dan Ebook di blog. 


Dan untung in saya gunakan untuk membuat konten real data saya melalui eksperimen di You Tube Channel Shopppermaniac.


Contohnya ialah menkaji keberkesanan Kumoten/ DSM/ Dropship Murah dan terbaru Lubok dropship yang tidak menjana apa-apa keuntungan pada saya tetapi kos dan masa telah saya laburkan.


Membuat eksperimen Facebook Ads semenjak ISO 15 ini dan banyak eksperimen terbaru saya lakukan ada yang gagal dan ada yang berjaya. 


Membuat eksperimen FB Ads CPAS Shopee juga memakan wang yang banyak walaupun saya tahu ia tak akan menjana pulangan tetapi saya nak buktikan melalui penggunaan katalog dan ianya terbukti dropship tak sesuai guna FB Ads.


Membuat iklan guna Google Ads dan Tik Tok. Ada yang memberi pulangan dan ada yang tidak.


Terbaru pada 2022 saya membeli Ubersuggest untuk kaji SEO secara auto dengan harga RM1300 dan terkini saya membuat ECommerce sendiri sebab easystore ada sales member 3 tahun dengan harga RM1400.


STRATEGI KEMBANGKAN BISNIS ON LINE ANDA 2023


TETAPI pada 2 bulan terakhir ini saya telah membelanjakan wang poket saya sendiri untuk membuat jenama minyak wangi sendiri iaitu HG Perfume bersama rakan saya dengan membuat packaging serta stok minyak wangi 4 jenama dengan kos RM3500 seorang dan bestnya kami belum mulakan sampai sekarang di website ECommerce saya.


In kerana saya ingin kumpulkan wang dari branding Shoppermaniac untuk tampung kos pengiklanan nanti 


Inilah setakat perkembangan Shoppermaniac dan saya mempunyai KPI hingga hujung tahun 2023 untuk menjana 5 angka sebulan. Ada lagi setahun..rileks dulu.


KESIMPULAN 

Inilah perkembangan Shoppermaniac dan banyak kali saya katakan Bisnis ini adalah satu pembelajaran yang panjang.


Walaupun saya mempunyai pengalaman tetapi apabila kita memulakan sesuatu bisnis atau branding yang baru ia tetap mengambil masa. Lainlah anda PUMP DUIT maksima untuk mempercepatkan bisnis anda.


Masterclass Shoppermaniac kami bukan sebegitu. Kami memberi tunjuk ajar dengan modal yang paling minimum iaitu RM100 sahaja dan contoh saya bakar duit RM1500 pada permulaan 6 bulan adalah kerana saya membuat eksperimen dan anda janganlah buat untuk data yang merugikan sebab saya dah cuba. 


Tetapi RM1500 telah langsai apabila kedai Shopee dan EBook saya mula menjana keuntungan.


Dan terkini saya bakar RM3500 untuk ECommerce bukan kerana saya suka, sekali lagi ingin buktikan melalui real data kami bagaimana pengalaman mempunyai ECommerce sendiri.


Shoppermaniac masih merupakan sebuah lubok ilmu dimana saya dan rakan-rakan saya yang membuat eksperimen perniagaan ini dan keputusannya akan sentiasa saya kongsi untuk anda samada yang berjaya atau gagal.


Cuma kami perlu menjana pendapatan dari branding ini untuk cover kos-kos eksperimen kami ini. RM3500 tidak besar sangat kalau hilang tapi apa gunanya melabur kalau tiada pulangan . Walau pun seringgit anda melabur, anda mesti menjana keuntungan. Itu baru bisnis.


Buat permulaan,mesti ada modal, kalau nak ilmu free, anda akan dapat tips setakat itu sahaja. Kalau hendak berniaga tanpa modal, anda boleh maju tetapi jika orang lain sanggup keluarkan modal. Mungkin ia akan berjaya dalam 3 tahun dan anda mungkin akan berjaya dalam 10 tahun. Itu bezanya kalau nak berniaga tanpa modal dan tanpa ilmu.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama