Pada tahun 2022 Shopee telah membuat banyak perubahan dan salah satu perubahan ialah penetapan kekal saluran kurier untuk Shopee Seller dimana anda tidak boleh memilih kurier yang anda kehendaki lagi.
Gawat seketika dalam komuniti Shopee Selller dan akhirnya Shopee membenarkan Shopee Seller menukar atau menambah julah kurier tetapi harus melalui kebenaran Shopee dengan mengisi borang tertentu.
Dan pada tahun 2022 , pelbagai jenis borang dan lokasi kerap diubah hingga memeningkan kepala Shopee Seller dan akhir pada hujung tahun ini Shopee telah memperkenalkan Selller Service atau Sistem Layan Diri kepada Shopee Seller dengan memasukkan perubahan kurier di dalam Seller Service ini.
Jom kita lihat apakah Seller Shopee ini.
SALURAN TERBARU MENUKAR KURIER SHOPEE 2023 kini terletak di bahagian logistik
Perubahan lokasi yang terbaru setelah beberapa kali berubah. Baguslah kini Shopee telah membuat lokasi Seller Service dan saya berharap semua perubahan atau borang berkaitan di letakkan di kawasan ini .
Terutama untuk NON SSL yang saya lihat kekerapan borang dan lokasi selalu berubah dan menyusahkan Shopee Seller.
Berbalik pada anda yang mahu menukar Standard Shipping Delivery yang telah dipilih oleh Shopee anda boleh layan diri di lokasi ini.
KLIK PADA Borang Permohonan Perubahan Saluran Penghantaran
Dan seperti biasa anda ikuti arahan yang diberikan di dalam borang tersebut.
SELESAI