NON SSL SHOPEE TERBARU BUNUH RAMAI SELLER SHOPEE - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

NON SSL SHOPEE TERBARU BUNUH RAMAI SELLER SHOPEE

NON SSL SHOPEE TERBARU BUNUH RAMAI SELLER SHOPEE DAN PENGAJARANNYA

 

NON SSL SHOPEE TERBARU BUNUH RAMAI SELLER SHOPEE DAN PENGAJARANNYA

NON SSL SHOPEE TERBARU BUNUH RAMAI SELLER SHOPEE DAN PENGAJARANNYA



NON SSL SHOPEE TERBARU BUNUH RAMAI SELLER SHOPEE DAN PENGAJARANNYA
Kasihan dan sedih saya melihat keluhan oleh ramai Seller Shopee yang tidak boleh menjual produk di Shopee gara-gara perubahan memohon NON SSL Shopee.

Dimana Shopee telah pecahkan kepada 2 kategori Non SSL iaitu Virtual Good dan NON SSL (Produk).

Untuk memohon Virtual Good tidak sukar tetapi untuk memohon Non SSL (Produk) memang cukup leceh dan anda memerlukan dokumen yang agak banyak.




Dan impak terbesar ialah kepada seller dropship kategori satu dimana saya pecahkan secara terperinci kategori dropship yang mana menghadapi masalah dalam memohon NON SSL

Kategori ini  dropship dimana anda menjual produk pihak lain dan jika terdapat tempahan maka anda akan membayar pada syarikat dropship dengan harga dropship dan mereka akan menghantarnya.

Masalah utama ialah pada Kategori 1 dimana anda tidak menguruskan penghantaran dan semua penghantaran dilakukan oleh pihak dropship anda. Lalu bagaimana mereka hendak menyediakan kesemua dokumen yang diminta oleh Shopee. 




Dari perubahan yang dilakukan oleh Shopee ini jelas menunjukkan mereka tidak suka dengan Dropship dan sebolehnya mereka mahukan peniaga sebenar yang menjual produk mereka sendiri atau founder.


Dan dalam soal ini, secara jujurnya saya melihat tiada penyelesaian untuk dropship kategori satu. Anda tidak boleh lagi menjual di Shopee kecuali pihak dropship membantu anda menyediakan semua dokumen.


Anda kena mengubah modus operandi anda dengan menjadi agen dan simpan stok sendiri atau ikuti kelas MasterClass Shoppermaniac kami dimana kami dari dulu menyarankan sertai dropship Auto Sync dengan Shopee. 



PENGAJARAN PERUBAHAN NON SSL SHOPEE


Pengajaran berguna kepada Seller Shopee dari perubahan NON SSL ini ialah anda jangan bergantung selama-lamanya kepada Shopee.

Anda harus membuat perubahan bisnes on line anda apabila anda telah menjana sales yang baik di Shopee. Gunakan keuntungan dari sales di Shopee kembangkan perniagaan ke platform yang lebih bebas dan mudah untuk awal mengawalnya.

Dan banyak kali saya katakan contoh yang terbaik ialah E-Commerce atau Blogging. 


Jangan bergantung pada dropship selama-lamanya. Dropship untuk saya adalah pemula untuk mereka yang mahu menceburkan diri ke dunia bisnes online dengan risiko yang rendah.


Setelah anda memahami dunia bisnes online kembangkan produk pilihan anda mencuba produk sendiri samada anda membuatnya sebagai founder atau anda membeli secara pukal produk dari Cina dan menjual sendiri.


Akhir kata, perubahan NON SSL Shopee ini saya pasti akan berlaku perubahan demi perubahan. Pada tahun 2022 sahaja berlaku beberapa kali perubahan Non SSL dan akhir tahun ini ia telah membunuh ramai Seller Shopee.

Nasihat saya pada Seller Shopee kategori satu, lupakan Shopee dan cari platform lain.





Catat Ulasan