KENAPA SHOPEE SUSAHKAN SELLER SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

KENAPA SHOPEE SUSAHKAN SELLER SHOPEE

KENAPA SHOPEE SUSAHKAN SELLER SHOPEE.

Ramai Seller lama berkata, dahulu sebagai Seller Shopee tidaklah seteruk ni.

Sekarang ni macam-macam birokrasi dan pelbagai polisi yang anda kena ikuti malah kini mereka berani hapuskan atau banned kedai Shopee anda.

Perkara sedemkian adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua syarikat besar seperti GRAB, Food Panda dan kini Shopee.

KENAPA INI BERLAKU.


Penawaran Yang Tinggi.

Ini kerana syarikat mereka sudah kukuh dan mempunyai pelanggan yang ramai.

Maka berpusu-pusu lah manusia yang ingin membina bisnes mereka dengan syarikat tersebut.

Ini bermakna syarikat tersebut mempunyai alternative menapis Seller yang mereka mahukan.

Dahulu mereka terpaksa terima sahaja semua seller sebab platform mereka baru nak bercambah dan tidak ramai yang mahu sertai syarikat mereka.

Kini mereka boleh mendabik dada dan singkirkan Seller yang mereka tak suka.

Malah akan berlaku kenaikan kos kepada Seller dari masa ke semasa seperti mana berlaku kepada rider Grab atau Panda Food di mana komisen mereka makin lama makin rendah.

Kau nak komplen, dipersilakan keluar kerana ramai yang menanti diluar..


Saingan Yang Tinggi.

Saingan yang tinggi merupakan salah satu sebab syarikat ni susahkan Seller mereka.

Shopee bukan sahaja yang berada dalam niche marketplace ni tetapi Lazada, Lelong dan sebagainya.

Kedudukan pertama Shopee mungkin akan merundum jika mereka tidak perbaiki atau kemaskini sistem mereka terutama dari segi mendapatkan kepercayaan pelanggan mereka.

Mahu tak mahu mangsa mereka adalah Seller. Anda ditekan menjual produk dengan harga serendah yang mungkin dengan pelbagai event makin lama makin mengarut saya lihat.

Dulu untuk event-event besar pada awal dan hujung tahun dan masa perayaan. Kini setiap.bulan dan setiap minggu..

Mangsanya adalah anda iaitu Seller..
Tapi kalau anda tak suka, anytime boleh opt out sebagai Seller Shopee.


Kesimpulan
Inilah nasib anda dan nasib bisnes anda harus mengikut cara syarikat-syarikat besar ni..

Bukan soal anda suka atau tidak tetapi terpaksa ikut...


Terkini kami mendengar pada bulan January KOMISEN FEE Shopee akan dinaikkan 

KENAPA SHOPEE SUSAHKAN SELLER SHOPEE


Catat Ulasan