Bolehkah Shopee Seller Padam Review

Bolehkah Shopee Seller Padam Review

 Bolehkah Shopee Seller Padam Review

Sebagai penjual di Shopee, anda pasti tidak gemar mendapat rating negatif terutamanya apabila bukan salah daripada pihak penjual sendiri. Hal ini boleh memberikan kesan kepada rating kedai di platform ini. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara-cara untuk buang rating negatif di Shopee dengan betul.


Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja pembeli menyerahkan penilaian atau ulasan, peniaga tidak akan dapat mengalih keluar / memadam / menyembunyikan / mengedit rating atau ulasan dan ia akan kekal kelihatan untuk semua pelawat kedai ShopeeFood anda.


Walau bagaimanapun, jika anda mendapati penilaian atau ulasan yang tidak sesuai pada kedai Shopee anda, sila laporkan kepada kami dengan menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee melalui sembang atau Pusat Bantuan 


Pertama sekali, penjual boleh memaklumkan kepada agent Shopee menerusi live chat ataupun menghantar emel ke pasukan khidmat pelanggan Shopee mengenai rating negatif yang ingin dibuang


ATAU gunakan butang report abuse seperti dibawah ini:

Please report it to us using the Report Abuse button found on product pages. Shopee will examine the report and take necessary action.

Bolehkah Shopee Seller Padam Review



Penjual perlu mengemukakan beberapa bahan bukti termasuk screenshot perbualan bersama pelanggan, rating atau komen yang ditinggalkan pada produk. Selepas itu, mereka akan meneliti terlebih dahulu berkaitan dengan informasi yang disediakan.


Terdapat beberapa syarat yang membolehkan penjual berbuat sedemikian seperti gambar yang tidak berkaitan pada komen produk, menggunakan bahasa kasar di dalam mesej dan berkongsi maklumat peribadi kepada umum. Setelah mereka sudah selesai semak permohonan tersebut, anda dikehendaki memberikan nombor pesanan pelanggan yang berkaitan.


Tempoh sekitar satu hingga tiga hari diperlukan bagi proses pembuangan rating pada kedai berkenaan. Seterusnya, penjual akan menerima emel daripada pihak Shopee berkenaan pembuangan rating yang telah berjaya menerusi nombor pesanan berikut. Hasil daripada tindakan yang diambil, rating kedai anda akan bertambah baik sekaligus.


Ini merupakan hak anda sebagai penjual yang menjadi sebahagian daripada polisi Shopee. Perkara ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang baru berjinak sebagai penjual di platform ini yang memerlukan rating yang baik bagi membina kepercayaan kepada pengunjung di platform tersebut.


KESIMPULAN jika anda mahu padam review produk anda sememangnya tidak boleh tetapi Shopee boleh membantu anda dengan pelbagai cara anda boleh hubungi mereka.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama